Aiskrim

Waktu kecil - kecil dulu kalau dapat merasa makan aiskrim Cornetto memang terasa diri macam anak orang kaya. Dulu RM2 tu rasa tersangat besar nilainya. Memang fikir berpuluh - puluh kali nak beli aiskrim Cornetto atau tidak sebab kalau dapat makan memanglah kepuasan tu ada tapi tak rasa kenyang. Kadang - kadang tu ikutkan nafsu juga dan akhirnya perut meragam dan berbunyi kerana lapar. Mana tak lapar kalau duit untuk beli nasi digunakan untuk membeli aiskrim. Itu pun kena kumpul 2-3 hari juga nak beli aiskrim tu. Hohoho!

Jadi, kesimpulannya memang beli ais pop jer atau orang kata aiskrim malaysia. Yang beli RM1 dapat 10 tu. Sekarang tak tahulah harga dah berapa tapi waktu dulu dalam 10sen jer. Ada macam - macam warna dan ada dua jenis. Satu yang jenis cair dan satu lagi dah jadi ais. Kalu nak cepat habis belilah yang masih cair tapi pastikan sejuk. Baru nikmat nak makan. Kalau rasa nak menikmati kelazatan ais pop tu belilah yang dah jadi ais. Wah, aku dulu memang hantu ais pop juga sebenarnya. Hantu pun tak macam aku punyalah gila makan ais pop. Ada seorang budak perempuan nih gemuk. Sekali beli nak sampai 5 ker 7 batang ais nih. Sempat pula aku kutuk dia gemuk padahal aku pun sama naik jer saiz dengan dia. Hahaha!


Setiap hari minggu macam dah jadi satu kebiasaan dimana bermula pukul 2 petang sampai ke pukul 4 petang, aku akan alert pada satu bunyi nih. Bila bunyi jer benda tu atau seakan - akan bunyi tu mesti aku akan berlari membuka pintu pagar dan melihat keluar. Hah! Bunyi apa tu? Bunyi loceng! Hohoho! Bila bunyi loceng itu menandakan ada orang menjual aiskrim. Dulu - dulu best! Tak macam sekarang motosikal yang bawa sambil keluar lagu Aiskrim Mat Cool ker apa. Sudahlah cepat! Kalau macam aku dulu benda nih memang menguji kesabaran sebab orang yang jual aiskrim tu naik basikal jer. Jadi, walaupun apek tu masih dekat hujung dunia dimana ada lagi berbelas - belas rumah yang perlu dia lalui sebelum sampai kerumah aku tapi aku setia jer menunggu depan rumah. Kadang - kadang sempat juga bising dekat pakcik tu sebab kayuh lambat. Nasib dia tahu aku budak kut dia malas nak bising. Buat kalau yang bising tu dah besar macam aku sekarang memang anginlah pakcik tu! Hahahaha! Aku paling suka aiskrim coklat dan durian. Sedap! Selalu beli dua. Kadang - kadang tu tamak minta dekat kakak aku lagi. Hahahaha! Mana tak gemuk!


Sekarang sebab dah besar jadi dah macam - macam aiskrim aku rasa. Haih! Sekarang ada aiskrim yang satu scoop pun sampai berbelas ringgit. Aku masih belum cuba lagi aiskrim yang harga mahal macam tu. Tunggulah kalau gaji aku nanti sebulan RM35,000 ker! Hah, waktu tu memang aku spend RM4,000 untuk makanan jer. Hahahahaha! Apa - apapun, kejap lagi rasa nak makan aiskrim lah! Mungkin Aiskrim Pelangi Paddle Pop! Hohohoho!


Seronok bila makan aiskrim! Terasa diri kau berada di awan - awangan sambil ditemani berbelas - belas bidadari. Dah tu bila kau pandang bawah kau lihat pemandangan yang menarik seperti hutan dalam filem Avatar tu. Wow! Hilang masalah bila makan aiskrim! Siapakah yang mula - mula mencipta aiskrim? Terima kasih pada anda!


P/S : Kalau Lah Makan Aiskrim Selalu Tak Dapat Apa - Apa Penyakit Kan Best!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 



11 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tu la kan...kan best kalau batuk makan ais krim leh sihat

    BalasPadam
  2. wahh..terkenang zmn kanak2 aku dlu..aku pn hantu ais pong tu..haha sringgit dpt 10 btg..
    Bile dh bsr ni,dh mcm2 aiskrim dh sapu..yg mhl2 pn sggup beli..

    BalasPadam
  3. pengalaman ko masa kecik2 lebih kurang jeh ngan aq kan? hahaha

    BalasPadam
  4. tapi my friends cakap aiskrim boleh hilangkan sakit tekak tau.

    BalasPadam
  5. hoho..teringat zaman kanak2 dulu. aku suka aiskrim paddle pop pelangi. masa tu 50 sen. balik sekolah mesti singgah kedai dulu makan aiskrim tiap2 hari dgn dua tiga orang kawan :)

    petua mak mertua aku, makan pisang dengan ais krim vanila bleh hilangkan kahak. kalau nak suara sedap boleh la try petua ni. pisang yg terbaik pisang kelat keling :)

    BalasPadam
  6. dulu blh dapat sekerim rm0.20 sen. sekarang ada lg ke?

    BalasPadam
  7. aku suka ais krem. bila sedih perlu mkn eskrem biar mode bole brubah baik :)

    BalasPadam
  8. Gaya cerita nikmat makan ais krim macam gaya cerita pekena dadah, khayal ke main lgi.

    BalasPadam
  9. ais krim pelangi paddle pop tu faveret akuuuu!

    BalasPadam
  10. nak pegi beli aiskrim skrg jgk!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama