Kepada penggemar jeruk buah - buahan mesti korang semua akan kecur air liur bila melintas di hadapan kedai atau gerai seperti di atas kan? Hahahaha! Setahu aku ramai yang meminati jeruk buah - buahan nih dan tak terkecuali aku. Jeruk yang paling aku suka ialah jeruk mangga yang warna kuning tu. Aku sangat suka sampai lepas aku beli jer terus aku makan hingga habis tanpa henti. Mahu tekak waktu tu rasa berasid jer. Hehehe!
Jeruk lain yang aku boleh setakat nak merasa tu ialah jeruk salak dengan jeruk mangga hijau. Jeruk yang lain aku tak pernah cuma aku pernah cuba rasa jeruk betik. Memang tak lepas. Hahaha! Tapi paling aku tak boleh telan jeruk buah pala. Aku ingatkan sedap sangat sebab asyik - asyik orang sebut jeruk buah pala jer. Rupa - rupanya tak pun. Mungkin sebab buah pala tu ada dekat Penang jer kut. Sebab tu lah depa selalu dok sebut - sebut buah pala. Hohoho!
Jadi, dekat sini aku sajalah letak gambar - gambar jeruk yang aku tahu dan pernah lihat. Penat cari dekat pakcik google nih. Dan lepas buat entry nih tiba - tiba rasa gian nak makan jeruk mangga @ mempelam. Haih! Selamat menjamu mata dengan gambar - gambar jeruk buah nih yer.
Jeruk Salak
Jeruk Mangga Sala
Jeruk Kedongdong Hijau
Jeruk Kelubi
Jeruk Kundang
Jeruk Buah Pala
Jeruk Mangga Kulit
Jeruk Betik
Jeruk Cermai
Sebenarnya, tak silap aku ada banyak lagi jenis jeruk buah nih tapi sebab aku bukannya makan semua jeruk jadi tak berapa tahu sangat. Hohohoho! Aku dari hari tu nak pergi Pekan Rabu sebab nak beli jeruk mangga tapi sampai sekarang tak pergi - pergi lagi! Malas betul lah nak keluar! Haih! Apa - apapun jeruk buah dekat utara nih murah! Puas hati kalau beli! Hehehe!
beli kat penang byk ni.
BalasPadamjeruk salak!!!!!!!! saje je erkk... aiisshhh...
BalasPadamjeruk kelubi ang mangga , yummy .
BalasPadamkecur air liur heehe
euwww! kecur air liur gua!
BalasPadamjeruk kedondong sedap nya. haih budak ni. wat aku kecur !
BalasPadamwei..wei..wei..
BalasPadammeleleh air liur aku!!
aih, meleleh air liur ak tengok
BalasPadambro, kat menang byk jeruk nih
jom2 dtg beli sini
ak plg suka jeruk mangga dan betik
terbaik
dulu mak aku cakap, " jangan makan jeruk banyak2, nanti tak boleh nak menghafal"... hehehe
BalasPadamwah sangat meleleh!
BalasPadamkelubi..mangga..oh no.....ish meleleh sudah huwaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadambnyak gile jenis jeruk rpnya. aku tahu mkn buah jeruk pala je
BalasPadamweh datang penang
BalasPadampi beli kat chowrasta tu ha
melambak~
Assalamualaikum...1st time view this blog...
BalasPadamberniaga jeruk ke apa?? mmg buat kecur liur la..huhu...
dah alam xmakan jeruk...
anggap saja makan jeruk dalam mimpi...
tq sharing gambar2 jeruk tu...
Jeruk yang saya suka guna untuk acar buah.Sedap..
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com