Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

Aku baca surat khabar tadi dan terpandang pasal satu tajuk yang agak menarik. Apa perasaan korang sewaktu pertama kali kena cucuk dengan jarum? Selalunya kebanyakkan daripada kita sedar kita mula mendapat suntikan jarum yang pertama waktu sekolah rendah kan? Aku tak tahulah korang macam mana tapi seingat aku suntikan pertama yang aku dapat di sekolah sewaktu sekolah rendah dulu ialah semasa di darjah 1. Aku pun dah lupa kena cucuk dekat mana sama ada peha atau lengan.


Selepas tu tak silap aku masa darjah 6 kut ada juga kena cucuk dan tak silap aku waktu tu budak lelaki kena cucuk BCG ker apa entah dan budak perempuan pula dicucuk Rubella. Bila teringat balik memang lawak gila sebab macam - macam gelagat aku boleh tengok waktu tu. Hakikatnya, aku memang dah pernah kena cucuk sebelum tu sebab alahan kulit aku sebelum nih tetapi tak bererti aku berani sangat cuma aku tak lah terasa takut atau terlalu cuak macam sesetengah kawan - kawan aku tu.

Aku lupalah suntikan apa entah yang lepas kena suntik tu kita tak boleh bagi kena air ker cahaya matahari entah. Korang ingat tak? Tapi seingat aku memang doktor pesan jangan bagi kena cahaya matahari sebab kalau kena cahaya matahari nanti tempat kena cucuk tu membengkak. Lawak betul bila ingat - ingat balik benda ni sebab lepas aku kena cucuk dan keluar dari bilik doktor tu terus aku ambil tangan aku dan tekup tempat yang kena suntik tu sambil berjalan pergi kelas. Konon - konon tak mahu tempat kena cucuk tu nanti kena cahaya matahari. Nanti bengkak pula! Hahahaha!


Gambar Hiasan


Amad : Weh! Doktor kata tak boleh kena air kan?

Nadia : Ar ar! Doktor kata cahaya pun tak boleh kena juga dekat tempat kena cucuk tadi!

Siti : Uwaaaaaaaaaaaaaaaa! Sakittttttt! Darahhh!!!

Abu : Sob Sob Sob! Pedih lah!

Atan : Apa daa korang nih! Itu pun nak nangis! Tengok macam aku! Cool jer!

Abu : Bak sini aku sentuh! Ambik kau!

Atan : Woiii! Sakitlah! Sob sob sob!


Hahahaha! Itu situasi di dalam kelas lepas dicucuk! Nasib aku tak menangis! Kalau tak malu jer! Hahaha! Dalam perjalanan balik ke rumah tangan aku sentiasa jer menutup tempat suntikan tu sebab doktor kata tak boleh kena cahaya. Mandi pun tak bagi kena air dekat tempat kena cucuk tu. Punyalah 'berpantang' aku sehari tu. Hohohoho! Yang tak tahan tu masuk hari kedua dan ketiga pun ada lagi budak yang mengamalkan 'pantang larang' yang doktor cakap tu. Memang hebatlah!

Tetapi, waktu kena cucuk yang paling best mestilah waktu darjah 6 atau darjah 5 tak silap aku. Waktu tu otak pun dah berkembang. Dah boleh fikir jugalah sikit - sikit mana betul dan mana salah kan. Seronoknya tu bila guru kelas cakap esok kena cucuk dan tiba - tiba ramai pula yang tak datang kelas esoknya. Tetapi, malangnya sebab cikgu tipu jer. Kena cucuknya tu sebenarnya lusa. Akhirnya,bila hari ini diorang tak datang dan esok diorang datang maka kenalah cucuk. Hahahahahaahahahhaah(gelak jahat).


Waktu dah tahu nak kena cucuk tu memang kebanyakkannya cuak lah. Aku secara jujurnya cakap tak ada pun rasa takut sebab macam aku cakap tadi aku dah pernah kena kan. Tetapi, tiba - tiba ja aku berasa cuak bila mana ada budak kelas aku terutama perempuan yang masuk ke dalam berjumpa doktor tadi dalam keadaan elok tetapi apabila keluar sahaja menangis sambil lengan ada sedikit darah.

Fuh! Ini jarum besar mana nih? Jarum besar gajah ker apa sampai teruk sangat diorang nih menangis! Tiba - tiba terus aku berasa cuak! Kemudian keluar pula budak lain tetapi senyum pula! Ahhhh, aku dah pening! Perasaan yang mana satu perlu aku percaya? Yang menangis ker atau yang senyum! Kemudian ada seorang budak yang sebelum masuk berjumpa doktor bukan main lagi dia memberi semangat, berborak dan bergelak ketawa tanpa henti tetapi selepas berjumpa doktor dan mendapat suntikan tiba - tiba menjadi seorang yang sangat pendiam. Arghhhhhhhhhh! Menakutkan!

Akhirnya tibalah giliran aku! Doktor bertanya khabar sambil jururawat atau akak misi memberi senyuman yang sedikit manis(sedikit jer sebab misi semua dah tua..hahaha). Sebelum doktor cucuk tu dia suruh lah aku baca Al-Fatihah lah selawat lah doa lah! Mulut aku pun punyalah terkumat - kamit membaca sebab takut jugalah kan tengok kawan - kawan kelas aku tadi tu.




Doktor : Haih! Lengan kamu nih banyak lemak nih! Nak cucuk pun susah!

Aku : Gulppp!!!


Tengah terkumat - kamit baca doa tu tiba - tiba doktor kata dah selesai. Aku macam pelik jugalah sebab bila masanya dia cucuk aku? Hahahaha! Aku pun apa lagi! Keluar daripada bilik tu sambil buat muka sakit! Semua makin cuak jer tengok aku! Hahahahaha!


 Gambar Hiasan


Johan : Weih! Sakit tak kena cucuk tadi?

Aku : Sakit wehhh!!!!

Firdaus : Sakit ker? Jarum doktor tu besar ker?

Aku : Besar jugalah! Dah lah panjang jarum dia! Haih! Tengok nih? Darah tangan aku kena cucuk!

Johan : Wah! Takutnya! Eh, ko masuk dululah Firdaus!

Firdaus : Apa pula aku! Kau kan dekat depan! Kau lah masuk dulu!

Johan : Aku takut lah!

Firdaus : Tak kira! Kau masuk dulu!

Jururawat : Adik - adik! Cepatlah masuk! Doktor dah tunggu tu!


Hahahaha! Aku pun teruskan perjalanan aku ke kelas. Lepas dah melepasi mereka yang tengah menunggu giliran tu aku pun kembali berjalan dengan cerianya sambil menyanyi - nyanyi. Lepas tu bila masuk kelas aku kembalilah ke tempat duduk aku dengan senyuman gembira.





Nur : Hang tak sakit ka kena cucuk?

Aku : Tak ada rasa sakit pun! Biasa jer!

Farid : Wah! Sakit kut! Darah tangan aku nih hah!

Ina : Mana ada sakit pun kan? Aku pun tak rasa apa - apa!

Aku : Hah tengok! Tak sakit pun lah!


Tetapi, selepas beberapa belas minit dan kesan ubat bius telah pun hilang maka kesakitan mulalah dirasai oleh aku! Hahahaha! Tetapi, alhamdulillah aku tak pula menangis ker lari dari sekolah ker apa semata - mata tak mahu kena cucuk. Hohohoho! Bagaimana pula dengan anda semua yang sedang membaca? Ada pengalaman yang mahu dikongsikan? Mari kongsikan di ruangan komen di bawah nih. Apa - apapun, moga anda semua terhibur dengan entry kali ini. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

73 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Assalamualaikum!

    wah! saya pun pernah keca cucuk. Masa darjah 1. kena kat punggung seingat saya. fuh! memang dasyat. bayangkan punggung yg aku lindungi selama ini diraba.cis!

    masuk darjah nam..mcm ang jugak..cool and relaks. disebabkan lemak dlm tubuhku yg sihat ini banyak. jarum itu agak liat nak masuk.

    tp yg bestnya..doktor tu cucuk sambil berbual bual..tak rasa apa apa kan? hehe..

    tp jarum panjang nak mampuih. hahah


    papapun , saya enjoy! terima kasih. w'salam.

    BalasPadam
  2. haha ~ sronok kan kisah dulu2..suke knekan kawan2 dgn m'buat muke yang knon2 sakit..haha ~

    BalasPadam
  3. hahaha...rasanya..kena cucuk masa skola rendah tak la sakit sangat..

    taun ni punye cucuk ye sakit...dah la jarum panjang...tapi xde la sampai menangis mlalak mlolong..lepas je kena inject tuh smua muka macam xde perasaan je...muka robot...ahahaha...

    BalasPadam
  4. aku xpernah lagi menangis masa kena cucuk.. bdk kelas aku pun xde..

    tapi aku byk kali kena cucuk kat bahagian 'gebu' sebab sakit perut..

    BalasPadam
  5. hans..ade ke kena cucuk tang peha?haha..x pnh dgr lagi. ade mber ngelat amik suntikan ms form3, pastu ms nak kawen ari tu bru die ambik.kesian hubby die.kena pose 6 bulan.hahah.. tkut risk ank boleh cacat.

    BalasPadam
  6. namaku anonymous : hohoho...thanks kongsi pengalaman disini

    Ateyn : hahaha..bukan selalu kan?hehehe

    Ad : yups..xsakit pun...tapi bila tgok budak2 lain over sangat nangis2 tu rasa cuak tu... :)

    syah : bahagian gebu? bahagian mana tu? :)

    semarak api : aku xingat tapi xsilap benda tu masa darjah 1....sebab kena buka seluar..tu je ku ingat..rasa2 peha...xkan punggung lak..ke punggung?entah..aku lupa...hhaha..tapi darjah kena cucuk dekat lengan

    BalasPadam
  7. saya ni kidal.so kalo kena cucuk kan tangan kiri kan.so..time nak menulis tu memang ya ampuuuunnn...berat beno rasenye.hahaha :)

    BalasPadam
  8. aku x boleh lupa dan saat ketika masa ni..hehe

    BalasPadam
  9. perhh!! ni ceqq pon takot ni..hhaahak

    BalasPadam
  10. aku suke kena cucuk kt punggung ngn nurse cun... 10 kali pn takde hal la

    BalasPadam
  11. pengalaman aku plak.. ketaq dpt cocok org..hak3..
    serius tgn ketaq2, vibrate gila2..
    sejuk kot..sampai patient plak sruh ak relax..hak3..
    tp lani dah tere la cocok..
    sp nk donate part of ur body utk aku cocok..mai la..hehe..=)

    BalasPadam
  12. panjang hang menulis.
    masa kecik2, jarum kecik je. biiler dah besar, kalu kena cucuk, mak ai, jarum besar dan panjang giler.

    BalasPadam
  13. haha...nice entry title..hehe...igt masa darjah 6..cuak gila masa nk kena inject...xleh lupa..haha

    BalasPadam
  14. akupun rasa takut nian dulu masa elementary school jika nak kena cucuk, biasa jika doctor telah datang sayapun lari dari school , masih budak pula tapi sekarang tak masalah kena cucuk berapa kalipun tak ada rasa takut

    BalasPadam
  15. aku paling benci injection..benci benci benci...


    ekceli bukan benci, takot sebenarnya..keh keh

    BalasPadam
  16. huhu..time drjah 1 cucuk...wat muke poyo nak nangis depan nurse..dh kene cucuk tbe2 darah kua...terus mcm gelabah..nurse ngn rileks bg kapas n cakap "ala..sikit je tu!"..haha..lawak r pk balik..paling benci ialah b4 cucuk kene telan setitik ubt pebende tah..pahit!!!!hahaha..

    BalasPadam
  17. kelakar bila ingat zaman kecik2 tu..ada juga yg menyorok dlm tanda xkluar2....

    BalasPadam
  18. lu buat gua pula teringat mase sekolah dlu! ngee~

    BalasPadam
  19. Pernah tingkatan 3, nak cucuk kak ieka nanges. masa darjah 6 tadak la pulak.... hihhihi

    BalasPadam
  20. sampai skrg, aku fobia lg ngan jarum2 ni..
    huhuhu

    BalasPadam
  21. Akak dulu kena cucuk tak brapa gerun sangat sebab nurse tu slalu pesan, jgn keraskan badan...nanti lagi sakit...Jadi akk buat badan ala2 gaya senang diri laaa..Alhamdulillah..Takdelah sakit sangat..

    Tapi, yang paling menggerunkan adalah bila ada pemeriksaan gigi..Rasa lemah longlai je lutut ni haaaa..Masa kena panggil, n tup2 kena plak tampal gigi/cabut gigi, pemandangan dah rasa berpinar2..nasib baik la tak pengsan..Hehehehe

    BalasPadam
  22. syuwai pun selalu kena inject sebab da masalah kulit juga.. terlalu sensitif..adeh

    memang ada perasaan takut gak sebab sakit kan..

    tapi xla sampai ke tahap nangis2x even dah banyak tempat kena inject2x

    BalasPadam
  23. haha, dulu takut nak buat BCG tu sebab ramai orang kata dia akan cucuk dengan sudu panas.. pahtu korek tangan kita.. memang banyak ah rumour.. last-last simple je pun..haha

    BalasPadam
  24. hehehe...kene inject mase darjah 1...ingat lg...

    BalasPadam
  25. aku ni hati kering kot.... orang takut aku selambe jek...
    siap gelakkan membe.....

    BalasPadam
  26. mmg saat2 yang menakutkan time kna cucuk...paling ingat dah besar umur 24 kena cucuk kat punggung sebb keracunan makanan..ceh dah la sakit malu lak tu :(

    lagi 1 kna cucuk time derma darah...masa tu umur 19, leh pulak jarum tu longgar...patutla darah x kuar...doktor leh tolak jer ngn selamba bagi jarum tu masuk..dah la jarum tu besarrrr waaaaaaaaaaaaa sakit.huhuhu

    BalasPadam
  27. haha.aku kne cucuk xpnh nangis ag.cuma mse 1st time kne cucuk mse darjah 1 kt bontot tu la cuak sikit.haha.drjh 6 plak budak pompuan kan kne inject 2 kali.sebelah kiri bcg sblh kanan rubella.tyme tu rmai budak2 yg nangis.ade yg siap bdarah2 bcg nye.haha.

    BalasPadam
  28. haha. lawak betul..
    situasi ni memang buat ak teringat time nak cucuk bcg dulu tak silap..

    BalasPadam
  29. pempuan masa sekolah rendah kene dua kali la hans

    satu bcg, satu lai rubella
    laki bcg je

    kat sekolah menengah semo kene cucuk kancing gigi..
    then lepas cocok tangan kiri cam lemah, sakit.. ada gak yg efek kene demam

    la ni kan ada satu lai cucuk utk pempuan, aku tatau la drg cucuk kat sepital ke kat sekolah.. itu cucuk utk elak kanser serviks

    BalasPadam
  30. Akak dulu masa sekolah kalo bab enjek2 ni tak brapa gerun sangat...yg paling gerun bila bab tampal/cabut gigi...Seraaaammmm...Rasa berpinar2 je bila nak dok atas kusi check up tuh...Hehehe

    BalasPadam
  31. takut juga nk kene suntik nie..bukan takut sbb takut sakit tapi sbb dh xlama kene suntik kan..hehe :P

    BalasPadam
  32. lali dah kena cucuk2 nie dik, sbb asyik kuar masuk spital jerrk!

    BalasPadam
  33. hohoho..teringat balik masa dlu2 bile baca n3 nie..

    time darjah 1, kne cucuk kat peha. tak sakit kne cucuk sbb dh telah ubat bius tapi yg aku ingt lg sampai skrang kepahitan ubat bius tu dgn gerun tgk jarum yg tembus ke dlm isi peha aku..

    bila kne BCG plak, lengan aku sengal satu hari. Time menulis tu tahan jelah. Balik umah, mak aku cakap jangan bagi kne hujan sbb tak nak bagi parut tu besar atau bernanah.

    BalasPadam
  34. haha bestla cite awk ni...saya plak mase darjah ! dulu doktor tpaksa panggil mak saye utk dtg tmankan saye kene cucuk tu...seb bekla mak saye cikgu kt skolah saye tu so sngla keje doktor tu...memule saye tkut smpai pegang2 kaki meja dlm klas taw....klalakr sgt kalo igt blk....haha

    BalasPadam
  35. dulu2 sampai kena marah ngan nurse sebab nanges2 tak henti.HAHAHAHHAHAHAH :D

    BalasPadam
  36. dulu2 sampai kena marah ngan nurse sebab nanges2 tak henti.HAHAHAHHAHAHAH :D

    BalasPadam
  37. wakakkaka...mcm takot je bunyiknye Hans nih ;p

    yg pompuan punye cuck rubella tu mmg lenguh 3 hari tau

    BalasPadam
  38. huaa...xsukeee kene enjett....enjet kat lengan xpe..ni enjet kat gusiii...sakiittt terase2 pai sekarang...hehe

    BalasPadam
  39. wahhhhhhhhhhhh

    jarum!!!!

    aku memang takut jarum2 nih~ hahaha sakit wooo...

    BalasPadam
  40. aku kena cucuk darjah 1 dan darjah 6 je.. skola menengah form2 dan form3.. lps tu x kena dah masa form 5 pmpuan je yg kena... laki x... hehe

    BalasPadam
  41. masa nk kena cucuk darjah 6 ade sorg budak kelas ni die takut sgt ngan jarum. Bila time kelas kitaorg nk kena cucuk die dah siap lari nk blk umah.. sampai 2,3 org cikgu kejar dia hahah

    BalasPadam
  42. masa nk kena cucuk darjah 6 ade sorg budak kelas ni die takut sgt ngan jarum. Bila time kelas kitaorg nk kena cucuk die dah siap lari nk blk umah.. sampai 2,3 org cikgu kejar dia hahah

    BalasPadam
  43. masa nk kena cucuk darjah 6 ade sorg budak kelas ni die takut sgt ngan jarum. Bila time kelas kitaorg nk kena cucuk die dah siap lari nk blk umah.. sampai 2,3 org cikgu kejar dia hahah

    BalasPadam
  44. cucuk masa darjah 6 sampai ada nanah , mak siap pesan jgn makan telur dgn udang ..pantang le jugak hahah

    BalasPadam
  45. hahha.tetiba teringat time kena cucuk masa darjah 6 ngan tingkatan 3..paling tak bley bla tingkatan 3.dak pempuan ramai gila yang nangis.time tuh cuak gak.tapi biler dah cucuk,ek ele,tak sakit mana pown.hahah*belagak la plak*

    BalasPadam
  46. hahah. x sakit lalu kene cucuk. siyes ckp.
    x rase pepe pon

    BalasPadam
  47. haha:D sy waktu skolah dulu, kecik2 mmg tak pernah takut apabila nk dicucuk2.. antibodii kuat dan cita2 nk jd doktor, so malulah klu takut dengan jarum kn. haha..:D

    BalasPadam
  48. haha.
    aku lagi ah.
    neves gile kot nak kena cucuk.
    XB

    BalasPadam
  49. yg saya ingt kena cucuk tuk pe tah msa tu form 1.. asal nya ckap besar.. konon xsakit.. tp bila kena turn kt nurse tu.. jenuh nurse tu pujuk.. heheh.. wat malu jep..

    BalasPadam
  50. kecik2 je takut, besar2 ni cucuk jarum sendiri kena penjara =P

    BalasPadam
  51. dulu masa kecik takut sangat kena cucuk...sampai nangis2.sekarang tak takut dah kena cucuk..muaz kalau demam,selsema mintak Dr cucuk sbb malas nak makan.ubat pastu insyAllah cepat sembuh.....baru2 ni cucuk vaksin H1N1 dua hari demam kesan ubat tu...

    BalasPadam
  52. dah x ingat dah masa dulu2 saya takut k tak...tapi..ada sorang kawan ni..kesian kat dia sebab masa tengah cucuk tu, jarum tu patah.. terpaksa tarik kuar jarum & cucuk lagi sekali..wahh..berlaku dpan mata saya...^o^

    tapi sampai sekarang...wlaupun x d knangan menakutkn bab2 cucuk2 jarum ni..saya still takut kena cucuk..hihihi....takut bila bayangkan urat saya dicucuk2..hehehe...^_^

    BalasPadam
  53. aku suke kena inject...amik darah ke ape ke..aku suke..tp bile aku suke nih..jarang pulak aku jumpe benda tuh..erm..da addict nak kena cucuk nih..haehehehehe

    BalasPadam
  54. cucuk kat tangan xkisah....
    cucuk kat gigi kebasss woooo..


    salam perkenalan....

    BalasPadam
  55. style la cikgu hang.. trick tu tak nak bagi org tak datang sekolah.haha

    BalasPadam
  56. baru je kena cucuk bbrapa bln lps..taklar skit sgt,cuak je lebih..lctrer suka2 nak kasi ktorg rasa..cndrhati sblom dia pindah..xbaek betol~

    BalasPadam
  57. aku kalo kene cucuk jarum ni ok la lagi..paling cuak kalo yang pemeriksaan gigi tu datang..ahahahaha..sure hilang punya..

    BalasPadam
  58. huish~ anti sungguh la ngan injek-menginjek ni...ingat lagi time darjah satu,,lepas kena cucuk tu terus demam tiga ari... tengok muka doktor pun dah seram,,ni kan plak nak tgk jarum dia...huuuu~

    BalasPadam
  59. huish~ anti sungguh la ngan injek-menginjek ni...ingat lagi time darjah satu,,lepas kena cucuk tu terus demam tiga ari... tengok muka doktor pun dah seram,,ni kan plak nak tgk jarum dia...huuuu~

    BalasPadam
  60. wa, tetibe story pasal cucuk mencucuk ni pehal? ko kene cucuk lagi ke tue2x bangke ni haha~

    BalasPadam
  61. Salam alaik..1 pkre x bleh lpe lpas kne cucuk,mak akn ltak air suam dlm btol n gelek2 kat tmpat cucuk..ni bg surut tmpat cucuk..neway,nice entri..t'igt wk2 kcil..sronok sgt..
    n another 1..lpas kmi kne cucuk drjh 1..kuar je dr blik rwtn,kwn hilang kasut bru..(mklumlah drjh 1)..kmi puas cri..rpenye ttkar ngan kwn sndri ^_^

    BalasPadam
  62. last suntikan yang saya ambil untuk cegah H1N1 masa prac kat hospital dulu.. Majoriti kami semua demam lepas 2 jam kena suntikan.. lepas seminggu baru kebah demam tu..

    BalasPadam
  63. aku masa nak enjet form3 dulu gigit tie tarik jarum nurse kata dah siap x rase ape... aku sampai keluar gigit tie x nak lepas

    BalasPadam
  64. Tringat ada kwn tu lari sembunyi masuk kebun org sbb x nk kene cucuk....x balik rmh smpi cikgu dgn bapak dia kene cari....aduhai....la ni kalau nk lari semvunyi pun x de tempat nk lari....kebun x wujud kt bandar....heheh

    BalasPadam
  65. Saya baru kena tadi. Saya form1. Tadi kena suntikan HPV... Mula ii takut jugak.. Tye bdk ii yg dh inject byk kata sakit. Budak kelas aliran agama je kata x sakit. Masuk je dia sapu bius pasti dia cocok. X sakit tapi kebas. Masuk klas budk llaki ejek.. Maklumlah, bdk llaki x kena😪 masuk klas muka masam semua tye sakit ke pastu saya ckp taklah. Diorg tye dh tu knapa.. Saya jwab LAPAR lh😋😝😂 masing masing ckp lah...

    BalasPadam
  66. Saya baru kena tadi. Saya form1. Tadi kena suntikan HPV... Mula ii takut jugak.. Tye bdk ii yg dh inject byk kata sakit. Budak kelas aliran agama je kata x sakit. Masuk je dia sapu bius pasti dia cocok. X sakit tapi kebas. Masuk klas budk llaki ejek.. Maklumlah, bdk llaki x kena😪 masuk klas muka masam semua tye sakit ke pastu saya ckp taklah. Diorg tye dh tu knapa.. Saya jwab LAPAR lh😋😝😂 masing masing ckp lah...

    BalasPadam
  67. Aku last ambik injection masa F.3 (2010)
    .... Msa tu aunty sya sndiri yg inject kmi. Aunty sya nurse dgn geng2 dia dtg skolah kmi buat injection utk bdak F.3 ....Tak lah sakit sngat pun kena cucuk ....jarum jak pun... Selepas di cucuk,, effect dia tu peeerrrrrhhhhhh mcm org lumpuh sparuh badan ...kebas trsangat2 kebas ...budak lelaki biasalah nk tunjuk diri tu kuat sngat diaorg pun suruh kwn pukul tangan diaorg yg bekas tmpat kena cucuk tu ...aku pulak yg tension tgok gelagat diaorg😂 ...time balik dri skolah tu sorg kwn laki aku tumbuk tangan aku yg ada kesan cucuk tu 2 kali ....aduuuhhhh dah lahh mmg kebas tmbah lagi dtumbuk nya area kena cucuk tu lagi lah tambah2 kebas tngan aku.... Bnda dpegang pun x trasa dek tngan sbb effect lepas cucuk tu buat tngan rasa kebas ....nk tido mlm pun susah sngat2 sbb area tmpt kena cucuk tu rasa bedenyut2 dtambah lagi kena tumbuk dgn kawan aku lagi lah tmbah2 sakit tmbah2 bdenyut .....keesokkan pagi harinya nak mandi sbb nk turun skolah... Sekali aku trpandang crmin dlm bilik mndi aduuhhhh biru pekat area tempat dicucuk tu ...tangan aku besar sbelah,,area tmpat dcucuk tu pun kembang suda ....ptut lah rasa bdenyut2 kebas mlm tu ...smpai dskolah tnya kwn2 dpt tido x mlm tu ...rmai diaorg ckap x dpt tido sbb kebas sngt2 ...kawan aku yg pukul aku smlm tu x dtg skolah dia,, prgi hospital terus sbb demam mndadak effect dri injection tu ....hahahaha Padan muka dia juga sbb kacau org 😂😂

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama