Beronok Ker Bronok?



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Hah! Haiwan dalam gambar tu namanya dipanggil sebagai beronok /  bronok yang boleh ditemui di Pulau Langkawi. Gua tak tahu ejaan mana satu yang betul tetapi itulah nama haiwan tersebut. Pada entry sebelum ini gua seronok melihat jawapan dari ramai blogger dimana ada antara mereka berkata ini adalah ulat! Ada juga yang kata ini adalah gamat! Ada yang kata ulat sagu berbogel! Paling buat gua ketawa tu sebab ada yang kata ini adalah LINTAH! Hahahahahaha! Kalau adalah manusia yang rajin nak kumpul lintah bebanyak macam nih memang hebat lah! Hehehehe!

Tak silap gua haiwan bernama beronok / bronok ini hidup dekat tepi pantai yang berlumpur. Boleh dimakan mentah atau pun dibuat kerabu kerana mengikut apa yang ayah gua kata haiwan ini tidak boleh dimasak kerana ia akan cair jika dimasak. Tetapi, apa - apapun sememangnya beronok / bronok ini akan dicuci dahulu sebelum dimakan. Mengikut pengalaman gua yang melihat abah sekeluarga bersiang haiwan ini beramai - ramai di mana mereka membuang tahi dan isi perut beronok ini dan kemudian mengocak - ngocaknya di dalam air bersih dan boleh terus di makan. Jika dibuat kerabu pula mereka akan menghiris beronok / bronok ini halus - halus kemudian digaul dengan bahan - bahan seperti kerisik, bawang, dan sebagainya untuk dijadikan kerabu.


 Kerabu Bronok - Sumber Gambar Disini


Sayangnya gua tidak berpeluang merasa beronok / bronok ini. Bukannya apa! Ketika itu gua masih bersekolah rendah dan apabila pertama kali melihat bentuk haiwan tersebut memang tak ada selera langsung gua nak mencubanya. Hahahaha! Tetapi, selera manusia sentiasa berubah dan apabila gua menginjak ke alam remaja sekarang gua berasa teringin sangat mahu merasa beronok / bronok ini tambahan pula sesiapa yang merasanya akan memberikan jawapan bahawa haiwan ini sedap rasanya apabila dimakan. Mungkin di waktu akan datang apabila tibanya musim haiwan ini membiak dan mudah didapati di sana maka gua akan pergi ke Pulau Langkawi dan merasai sendiri keenakan kerabu beronok / bronok tersebut. Anda pernah makan beronok / bronok mentah atau yang telah dibuat kerabu? Sedap? Kongsikan pengalaman anda di ruang komen entry ini yer!


P/S : Gua Peminat Kerabu! (^_^)Y


25 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. beronok bersama nonok~ nice flow nie.kekeke ulat sagu penah ar makan, nie xlg(mkn pon kecik2 dlu jer, dag xingt pon rasenyer)

    BalasPadam
  2. errr.. 1st time gua tengok beronok ni.. errr... errr.. err... cam tak mau makan je. huhu~~

    BalasPadam
  3. Geli giler aku tengok.. Haiwan amende la nih.Tak pernah tgk plak aku.. Memang xlalu nak makan la jawabnyer..

    BalasPadam
  4. aish..ta selera tgk..geli lah~
    errr,seronok ke mkn beronok?hehe

    BalasPadam
  5. rrr.. ge ge geliii....
    kerabu mangga je bleh mkn -.-'

    BalasPadam
  6. eh, ingatkan kuih tadi. ada jugak nama kuih bronok. tpi ini pulak. yg ni tak pernah makan, tpi kalau bronok yg kuih tu pernah makan. hehe

    BalasPadam
  7. aduh...tekak ni loya pulak....hahaha

    BalasPadam
  8. xgeli pon..dah biasa makan..^^..mak selalu belah perut dia ja pastu mkn mentah2..huhu..dulu sng la nak amek sbb air surut..skrg ni susah nak cari sbb bnyak tebing kena kambuih..huhu..lma xmkn..rindu..haha

    klo tgk je xmkn mmg la rasa geli tapi xdak apa pon aih..

    *pesal pnjg ni..haha..sbb bronok tu ada kat kg aku kot..haha..terasa budak kampung ni..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. i pun paling suka kerabu beronok.. tak geli pun... macam kita makan rumpai laut juga..

      Padam
  9. kat trgnu bronok tu nama kuih..

    geli pulak..hehe

    BalasPadam
  10. aduih...isskkk:(

    kalau x sebut nama dan tengok pic 1 tu seme nak try mkn kot. heee....:D

    BalasPadam
  11. LangkawiHomestay.net : nak share gambar? boleh2...send dekat email saya hanis_narnia@yahoo.com

    BalasPadam
  12. yg tak penah tgk mgkin akan rasa geli tp klu dah rasa skali pasti ingat dan nak mkn lg....sedap klu buat kerabu...nyummmmm

    BalasPadam
  13. Saya adalah orang Langkawi dan peminat tegar kerabu bronok...termasuk juga siput tukui dan lat tut iaitu rumpai laut yang kale ijau tu....waaaa..sedapnya...wuwuw...nak blk Langkawi.... :(

    BalasPadam
  14. Bronok nie rsenya sedap...lgi sedap makan yng dh disiang sebelum tengok bronok mentah asli..mcm cacing berbentuk mangga pun ade..mcm dlam cacing dalam citer king kong pun ade....

    BalasPadam
  15. Saya berasal dari Bangka
    Dibangka pun ad,saya suka makan brunok(dibangka,Belinyu)
    Saya makan mentah,dibuat semacam rujak😀😀

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama