Assalammualaikum semua! Selepas kami selesai menjelajah seluruh kawasan Floating Market jadi dah tiba masanya untuk check in hotel kami yang berada di Cihampelas. Dalam perjalanan ke sana tiba-tiba Rahmat bertanyakan kami berlima,"Mahu pergi ke Kampung Daun?"
Kami sebelum itu ada juga terdengar tentang Kampung Daun ini merupakan lokasi tempat makan dan bergambar yang cantik. Jadi, alang-alang dah datang tu memang kami mengiyakan jer cakap Rahmat. Hasil keputusan yang kami buat tu memang tidak mengecewakan kerana Kampung Daun tersangatlah cantik dan nyaman.
Ya Allah! Memang cantik gila! Rupa-rupanya kawasan ini memang merupakan kawasan semulajadi dan dibangunkan tanpa merosakkan keindahan yang memang telah ada sejak dahulu lagi. Yang seronok tu sepanjang Hans berada di Kampung Daun ini, tak ada seekor nyamuk pun yang datang. Hehehe! Selalu kalau pergi hutan memang letih lah tahan gatal kena gigit dek nyamuk betina tetapi dekat sini tak ada pula! Lagi keindahan Kampung Daun dan juga gambar tuan punya blog yang acah-acah model ada dibawah. Hahaha!
Kalau makan dekat sini, korang akan duduk di gazebo/pondok/pangkin atau apa-apalah yang korang sebut dan jarak antara setiap gazebo memang jauh. Jadi, memang rasa seronok lah sebab tak ada gangguan bising daripada pelanggan lain yang datang makan. Dan setiap gazebo ini pun ada kelainan juga. Ada yang jenis terbuka dan ada juga yang siap ada langsir. Kalau berbulan madu dekat sini mesti romantico de amor lah gua cakap sama lu. Hahaha!
Hans dan rakan-rakan memang datang ke sini sebab nak bergambar jer. Maklumlah perut masih kenyang lagi. Yang seronoknya tu tiada halangan pun daripada pekerja disini untuk kita masuk dan ambil gambar. Kawasan Kampung Daun ini pun luas dan sejuk. Kalau dekat tempat lain mahunya kena halau kalau semata-mata nak ambil gambar. Tetapi, masing-masing memang dah bercadang nak datang ke sini pada hari terakhir sebab nak cuba makan dekat sini dan merasai sendiri suasana semulajadinya. Itu Hans akan ceritakan pada artikel seterusnya.
Akhirnya, kami tiba di hotel kami iaitu Cihampelas Hotel 3. Dekat kawasan ini ada Cihampelas Hotel, Cihampelas Hotel 2 dan hotel yang Hans tinggal ini. Cihampelas Hotel 3 ini masih baru dan kebersihan serta keselesaan pun terjamin. Yang seronoknya tu bilik yang kami tinggal ini ada 4 katil bujang. Jadi, memandangkan kami ada 5 orang maka bila masuk jer dalam hotel semua berlari nak ambil katil masing-masing. Yang gagal terpaksalah tidur di atas katil ekstra yang kami pesan sebelum ini. Alhamdulillah Hans salah seorang yang ada katil sendiri. Hahahaha!
Memandangkan Hans hanya bawa baju 2 helai dan sehelai seluar jeans saja, jadi Hans ambil kesempatan untuk membeli-belah pakaian dekat Cihampelas 3 ini. Baju-baju dekat sini murah-murah dan kualiti pelbagai. Tak semua jenis kain dia berkualiti tinggi tetapi sekadar nak pakai t-shirt untuk berjalan-jalan tu boleh lah. Ada juga material kain dekat sini yang bagus tetapi kena pandai pilih. Nasib salah seorang daripada kawan Hans tu pakar bab nih jadi memang dia lah jadi sumber rujukan Hans untuk beli apa yang patut. Hahaha! Hasilnya habis nak dekat sejuta rupiah juga lah! Hahahaha!
Memang lama gila kami berlima membeli-belah. Daripada satu ke satu kedai Hans masuk dan tawar menawar. Hahahaha! Alhamdulillah! Dah puas hati membeli apa yang perlu jadi perut pun rasa lapar. Jadi, kami berlima pergi makan di Pascal Food Market dimana agak jauh sedikit dari Cihampelas tetapi Hans kurang berkenan sedikit dengan tempat tu sebab konsep dia seperti Asia Food di Sunway kalau tak silap dimana gerai-gerainya bercampur atau erti kata lain ada gerai yang jual makanan halal dan ada yang tidak halal. Kena pandai pilih! Jadi, begitulah perjalanan kami pada hari pertama ini dimana memang betul-betul padat seperti yang kami mahukan. Alhamdulillah memang seronok betul percutian hari pertama di Bandung ini.
Terima kasih kepada Rahmat kerana membawa kami ke Kampung Daun serta tempat membeli Cihampelas yang berdekatan dengan hotel tempat kami tinggal sebagai salah satu lokasi wajib datang buat kami berlima di hari yang pertama ini. Memang terbaik! Memandangkan ramai yang meminta nombor telefon Rahmat, jadi Hans letakkan nombor telefon nya dibawah untuk memudahkan anda semua berhubung dengannya melalui aplikasi Whatsapps.
Nama : Rahmat Sugiarto
Telefon : +62 821 2195 0335
Instagaram: MAOSTRAVELTOURS_BANDUNG
Email : rahmatsugiarto695@gmail.com
Memandangkan dari pagi sampai ke malam kami berlima berjalan sakan tak ingat dunia, jadi memang badan masing-masing pun dah berbau setaraf badak sumbu sedang berkubang. Jadi, alhamdulillah memang seronok gila bila dapat balik hotel dan tidur dengan selesa nya. Jadi, untuk keesokan harinya Hans dan rakan-rakan akan pergi ke Taman Tema Indoor Terbesar di Indonesia iaitu Trans Studio Bandung yang merupakan salah satu tempat yang memang sudah lama Hans nanti-nantikan untuk datang kesini. Jadi, nantikan pengalaman Hans seterusnya sepanjang bercuti di sana di artikel akan datang. Assalammualaikum :)
BERSAMBUNG.......
Nice one bro!
BalasPadamhahaha...tq
PadamSalam... lepas raye ni plan nak gi Bandung... seronok plak dpat kongsi experience macam ni kan... Harap dpat tau ending sblom raye la ye... #GatheringInformation
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com