Melancong Ke Bukit Tinggi Dan Padang Indonesia - Part 3

Hans bersama rakan dan Pak Herman menuju ke bandar Pandang pada waktu malam dari Bukit Tinggi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Sebenarnya agak berbahaya pergi ke sana pada waktu malam disebabkan perjalanan yang jauh, tiada lebuhraya seperti di Malaysia dan jalan yang dipenuhi lori serta agak sempit. Jadi, Hans nasihatkan kepada sesiapa yang nak ke Padang melalui Bukit Tinggi tu silalah bertolak pada waktu petang yer. Macam Hans sebab kejar masa sikit. Hehehe!


Kami sampai di Padang sekitar pukul 12.30 malam dan misi mencari hotel pun bermula. Depa kata dekat Padang memang tak ada dah hotel-hotel murah macam Bukit Tinggi. Kalau ada pun jauh sikit dari kawasan bandar. Jadi, Hans pun dok tengok hotel-hotel dekat sini memang banyak yang 3 dan 4 bintang lah. Saja lah cuba-cuba survey tengok harga berapa dekat 4-5 buah hotel yang mahal-mahal. Kalau dekat Kuala Lumpur memang tak ada lah aku nak turun pergi survey sebab dah tau sah-sah mahal. Hahaha!

Memang mengejutkan! The Axana Hotel nih hotel 4 bintang kalau tak silap dan dalam Hans dengan sahabat dok survey tu...depa buat promosi! Harga asal 900 ribu rupiah tetapi harga promosi 500 ribu rupiah jer memandangkan kami check ini pun dah lewat kan. Walawehhh!! Kalau dekat KL tak dapat lah cheqqq! Harga semalam dalam RM150 jer...dah macam harga hotel budget dekat KL. Hans bahagi dua dengan kawan jadi seorang bayaq RM75 jer. Wow! Murah oiiiii!


Memang selesa betul bermalam dekat The Axana Hotel cuma sayang sikit sebab terlepas sarapan pagi. Rugi pi tidoq balik! Hahaha! Jadi, memandangkan perut pun dah menyanyi-nyanyi lagu dangdut jadi mari makan Nasi Padang lagi...hip hip hurray!


Destinasi makan kita seterusnya pada episod kali iniiii....hahaha....okay mari makan-makan di Rumah Makan Lamun Ombak. Bukan Ombak Rindu yer! Pekerja dekat sini jer dekat 50 orang. Punya ramai orang nak habaq mai! Yang menarik tu semua pekerja dia pakai baju ada logo CIMB Malaysia. Makanan-makanan dekat sini pun boleh tahan sedap cuma harga sedikit mahal tetapi tak kisah lah memandangkan hari ni hari terakhir dekat sini...duit rupiah pun ada banyak lagi...hehehehe...mai makan mai! Hah! Lupa nak cakap...dekat sini baru Hans jumpa satay macam dekat Malaysia...kuah kacang pekat....tapi rasanya masih tak sesedap di Malaysia. Hehehe!


Dalam perjalanan nak pergi pasar terbesar dekat Padang nih tiba-tiba ternampak satu bangunan berbumbung minangkabau yang cukup unik. Aku tanya lah dekat Pak Herman, "Ini bangunan apa pak? Stadium ka?" Rupa-rupanya ini Masjid Raya Sumatera Barat yang bernilai 3 Trillion Rupiah bersamaan RM1 Billion. Dibina dengan tahan gegaran gempa bumi sehingga skala 10 richter. Memang serius cantik!


Tiba-tiba Pak Herman cerita baru-baru nih Malaysian Lady ada datang sini dan disambut cukup meriah oleh orang sini. Hans punya gigih google cari gambar atau berita...betul ker Pak Herman ni...ker dia menipu aku? Rupa-rupa betul! Gambar seperti di atas. Hehehe!


Alhamdulillah kembali semula dekat kawasan sekitar hotel dan kalau korang nak tahu dekat sini ada pasar yang dibahagi kepada banyak bahagian. Memang besar gila! Rasanya kalau sehari pun tak habis pusing! Hans rasa waktu tu dah macam Azwan Ali dah pegang monopod bergambar. Hahaha!


Kalau dekat Bukit Tinggi cuacanya sejuk tetapi dekat Padang ni punya lah panas terik. Dahaga tekak nih hah nak habaq mai! Dekat sini ramai jual air tebu dan tergerak hati nak minum dekat gerai pakcik nih. Walaweh! 60 sen jer weh segelas air tebu tanpa campuran air tau. Gila murah dan sedap! Semoga murah lah rezeki pakcik ni meniaga ikhlas macam ni. Alhamdulillah!


Serius memang penat berjalan dekat sini. Rasa macam nak tercabut kaki haihhh!!! 


Tengah-tengah dok jalan bahagian kedai emas tiba-tiba nampak satu tempat macam gambar di atas. Setiap kedai emas akan ada benda nih. Mula-mula dok pikiaq juga...depa nih biaq betoi bagi orang juai ayaq meniaga depan kedai...rupa-rupanya ini tempat cuci emas. Hahaha! Maklumlah Hans kan VillagePeople! Hahahaha! Seronok juga sebab pertama kali dapat tengok orang cuci emas depan mata sendiri.


Jadi, memandangkan penat berjalan tu jadi memang rasa nak rehatkan kaki. Waktu nih kalau ada kerugi urut memang indah sangat lah hidup. Hahaha! Jadi, kami menuju ke pantai (Hans lupa nama apa pantai nih) untuk minum-minum sambil menikmati keindahan laut. Pasir dekat pantai nih warna hitam. Sama macam salah satu pantai dekat Langkawi. Seronok betul minum air kelapa dekat sini.


Selepas tu kami minta Pak Herman bawa kami ke Kampung Pondok. Sepanjang jambatan dekat Kampung nih dipenuhi dengan penjual jagung dan pisang bakar. Yang seronok tu setiap gerai akan ada sempadan masing-masing dengan meletakkan kerusi mengikut warna. Memang unik! Hahahaha!


Masya Allah! Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T sebab memang cantik lah pemandangan dekat sini. Sambil-sambil makan jagung bakar tu sambil tu menikmati kapal-kapal dekat bawah nih. Serius cantik kalau bergambar! 


Hahhhhh! Inilah orangnya yang bernama Pak Herman tu. Muka ala-ala pelakon sinetron kan? Hahaha! Memang baik, tepati masa dan bagus Pak Herman nih. Terima kasih kerana melayani kerenah Hans dan rakan-rakan sepanjang kami menggunakan khidmat Pak Herman. Akan datang kalau Hans ke sana lagi, Hans roger Pak Herman yer.


Memandangkan konsep kali ini ala-ala backpackers...hahahaha! Jadi, memang rancang nak tidur dekat airport jer tetapi sayangnya ini bukan KLIA....tidak boleh berada di kawasan Airport sehingga lah pukul 4 pagi. Alamak! Macam mana nih? Tanya dekat pengawal keselamatan dan akhirnya kami dibenarkan tidur di surau airport. Nasib lah boleh bawa troli ke surau! Hahaha!


Beginilah keadaan Surau Lapangan Terbang International Minangkabau. Mula-mula pegawai keselamatan minta passport kami. Gila nak bagi? Hahaha! Nasib member Hans yang uruskan benda tu. Jadi, kami pun duduk lah menunggu sampai pukul 3.30 pagi. Tersengguk-sengguk dah mata tahan tidur. Ini kalau tidur alamatnya memang terlepas kapal terbang lah jawabnya. Hahaha!


Datang satu beg jer tetapi balik.....? Backpackers lah sangat! Hahahahaha!


Alhamdulillah! Inilah hasil buruan sepanjang bercuti di Bukit Tinggi dan Padang Indonesia. Keseluruhan perbelanjaan termasuk tiket penerbangan yang Hans belanjakan sepanjang 3 hari 3 malam disini lebih kurang RM1500 dan anggaran seperti dibawah:


Tiket Penerbangan: RM350
Sewa Supir: RM200
Penginapan: RM100
Makan: RM150
Shopping, Tiket Masuk & Etc: RM700

* Sewa Supir & Penginapan adalah kos yang Hans bayar setelah dibahagi. Kalau datang ramai orang jadi lagi murah lah :)


Secara kesimpulannya, Bukit Tinggi dan Padang ini adalah salah satu destinasi yang memang murah dan menarik. Hasil kain sulam dan songket mereka memang cantik. Harga barang pun sangat murah. Masyarakat tempatan dekat sini pun mesra dan baik-baik. Jadi, memang Hans tak menyesal melancong ke sini.

Selepas ini tak tahu lagi ke mana tetapi In Sha Allah bulan Julai tahun depan Hans akan pergi ke negara Brunei Darussalam. Tiket pun dah beli dah! Hehehe! Doakan yer :)







P/S: Berminat ke Padang? Boleh hubungi atau Whatsapps Pak Herman di talian +6281267849399 untuk sebarang pertanyaan dan harga.

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bab shopping tu menarik. Hehehe.. ramai cakap kain sulam Bukit tinggi ni cantik cantik. (^^,)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...shopping mestilah menarik...janji duit kena sedia bebanyak...kang tengok sahaja tak beli..rugi oh...

      memang cantik-cantik sebab diorang jahit pakai tangan..bukan mesin...kemas dan memang terbaik

      Padam
  2. Assalamu'alaikum bang Hans...
    Trimakasih banyak dah promotkan kampong kami bang Hans...
    Untuk Tuan dan Puan yang belum pernah tengok keindahan alam dan yang belum pernah rasakan kesejukan udara kat bukittinggi ni, jom datang... :)

    BalasPadam
  3. ASSALAMUALAIKUM HANS

    NAK TANYA APA NAMA SYARIKAT PAK HERMAN TU....MACAM MENARIK JA TEMPAT LAWATANNYA

    TERIMA KASIH PENGKONGSIAN ....

    BalasPadam
  4. harga kain sulam di bukit tinggi berapa rm

    BalasPadam
  5. TQ atas perkongsian pengalaman.. best jugak nampak tu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama