Melancong Ke Brunei Darussalam - Part 2

Selepas tidur dengan amannya semalam maka kena lah bangun awal pagi secepat mungkin. Kalau tidak nanti malu dengan Tuan Haji kalau dia yang datang dari jauh sampai dan aku pula masih tak bangun. Hari kedua aku akan di bawa ke Bandar Seri Begawan pula. 

Aku lupa nak ambil gambar kereta Tuan Haji nih sebab setiap hari aku dekat Brunei mesti lain-lain kereta yang dia bawa untuk jemput aku. Sebab Tuan Haji nih peminat dan pengumpul pelbagai jenis kereta. Jadi, video di atas nih saja bagi korang layan-layan kejap jalan raya di Brunei yang lengang dan tak sesak. Kalau Kuala Lumpur macam nih memang indah lah bawa kereta tak payah hadap kesesakan jalan raya setiap masa. Hehehehe!

Sarapan pagi ialah roti canai telur. Nyum Nyum Nyum! Yang seronoknya restoran di Brunei ini semuanya di dalam kedai dan bertutup sebab pasang penghawa dingin. Rupa-rupanya memang peraturannya begitu dan kena sentiasa menjaga kebersihan. Patutlah semalam bila aku jalan-jalan dekat kawasan Gadong tu tak ada pula aku jumpa gerai burger tepi jalan. Rupanya dekat Brunei tak boleh jual dekat luar atau tepi-tepi jalan.

Hah! Abang belanja sikit lah perjalanan dalam kereta di Bandar Seri Begawan. Macam kampung halaman abang dekat Alor Setar masa kecil-kecil dulu pula rasa. Seronok jer mengimbau kenangan bila lalu kawasan sini. Memandangkan Solat Jumaat dekat Brunei nih awal jadi lepas pusing sekejap dekat Bandar maka bergerak ke sebuah masjid untuk solat Jumaat disana.

Dah sampai pun Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. Walawehhhh!! Dari jauh dah nampak kecantikan masjid nih. Memang superb!


Tersangatlah cantik, bersih, kemas, tersusun, dijaga rapi dan aku mati-mati ingat masjid nih masjid baru tapi rupa-rupanya dah lama pun masjid nih. Kalau dekat Malaysia....korang faham-faham jer lah kalau masjid lama macam mana melainkan kalau pengurusan masjid tu bagus maka cantik lah.

Ini untuk info buat pelancong!

Perghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! Serius cantik gila weh! Aku suka gila reka bentuk dengan dekorasi dia! Memang terbaik!

Tempat ambil wuduk dia lagi lah terbaik! Aku tengok dah macam bilik air dalam drama Razia Sultan kepunyaan puteri tu pula. Dengan bersihnya! Air jenih! Tak berlumut! Tak berkelodak! Wangi! Baru ambil wuduk pun dah semangat berkobar-kobar! Hahaha!

Masjid nih kalau tak silap aku dah usia dekat 30 tahun tapi macam aku cakap tadi. Bila kau tengok macam masjid nih masjid baru. Serius aku tak percaya awalnya sampai Tuan Haji cakap ini masjid lama. Hebat betul orang Brunei bab jaga masjid.

 Cantik kan? Terpesona owhhh bila tengok!

Serius bersih weh karpet masjid nih. Sekelumit tahi cicak pun aku tak jumpa. Pihak masjid dekat sini ada pekerja dia. Ada tukang bersih masjid. Ada tukang kebung. Harap-harap pihak masjid-masjid di Malaysia boleh tiru bab nih. Upah lah pekerja tetap untuk jaga masjid supaya masjid kemas bersih.

Masjid dekat Brunei nih setakat 3-4 masjid yang aku singgah mesti akan ada punya lampu chandelier dengan ukiran-ukiran yang unik dan cantik.


Aku sebenarnya masa nih baru dapat telefon baru. Tiba-tiba perasan boleh buat time lapse. Itu aku saja dok cuba-cuba guna. Rupa-rupanya tak boleh ambil gambar dalam masjid. Aku tahu pun lepas dah keluar dari masjid. Hahahaha! Nasib tak ada kena tahan ke apa ker. Hehehehe!


Tiba-tiba rasa lapar tahap menggelegak nih. Lepas tu Tuan Haji tanya nak makan apa. Masa tu aku dekat area pasaraya dan tiba-tiba ternampak Jollibee nih. Dekat Malaysia tak pernah pula aku tengok Restoran Makanan Segera nih. Jadi, mari lah mencuba! Burger dia sedap pula aku makan masa tu. Nyum Nyum! Destinasi seterusnya aku nak pergi melawat ialah Kampong Ayer. 


Berdekatan dengan salah satu jeti Kampong Ayer ada monumen yang comel nih. Namanya Mercu Dirgahayu 60 dan tak silap aku ini merupakan hadiah daripada rakyat Brunei kepada Sultan yang pada ketika itu berumur 60 tahun. Memang rakyat Brunei cukup sayang dengan Sultan mereka. Terbaik!


Masa nampak bot-bot laju nih dekat jeti macam dalam video tu....aku memang dah rasa teruja dah. Nak naik bot masuk dalam Kampong Ayer tu. Tambang bot nih 20 Dolar Brunei tapi sebab Tuan Haji yang belanja memang rasa lega lah. Kalau ikut duit Ringgit memang nangis lah kau sebab nak bayar RM58 (TUKARAN KETIKA ITU) untuk naik bot laju jer.. Untung lah rezeki aku murah sebab Tuan Haji belanja weh. Tapi, kalau dia tak belanja aku memang dah siap sedia duit dah. Rugi lah datang kalau tak pusing sekali kan.


Abang Bot Laju nih tahu-tahu jer aku dari Malaysia...dia pun suka tu aku tak tahu nak cakap macam mana. Patutnya tak jauh sangat pun dia bawa aku tapi memang jauh gila dia bawa aku pusing-pusing Kampong Ayer sampai jumpa jambatan baru yang menghubungkan Kampong Ayer dengan bandar lah. Jumpa kubur lama! Yang paling mencabar sekali bila dia tunjuk dekat aku ada buaya hujung tu. Walaupun jauh tiba-tiba rasa cuak gila kut! Hahaha! Selalu tengok dekat zoo jer. Dah bercerita sekejap perihal buaya dekat sini. Dulu-dulu tak ada tetapi habitat asal dia kena kacau dan sekarang dah ada yang tersesat sampai ke sini.


Lama tak naik bot laju nih. Kali akhir naik masa dulu bertugas cari berita masa banjir dekat Pahang dalam 2 tahun sudah. Jadi, ditambah dengan abang bot nih bawa laju memang seronok lah meluncur sambil tengok rumah, sekolah, balai polis, masjid dan macam-macam lagi yang semuanya di atas air. Best!


Dah masuk Asar dah! Inilah dia masjid kebanggaan rakyat Brunei dan masyhur di seantero dunia disebabkan kubah emas tu. Tak lain tak bukan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang secara rasmi dibuka pada hari Jumaat, 26 September 1958. Lama kan masjid nih tapi macam aku cakap tadi bila tengok depan mata rasa macam semalam jer masjid tu siap. Cantik!



Yang macam kapal tu sebenarnya tempat musabaqah Al-Quran tetapi sebab ada pembaik pulih jadi ditutup untuk dikunjungi. Aku baru acah-acah berangan nak suruh Tuan Haji ambil gambar aku dekat hujung ekor kapal tu ala-ala filem Titanic. Hahahaha!



Inilah ruang dalaman masjid nih yang boleh muatkan lebih kurang 3000 jemaah juga lah. Lampu chandelier sekali lagi menarik hati aku untuk jatuh hati padanya. Hehehe! Cantik! Dan dalam nih pun sebenarnya tak boleh juga ambil gambar tetapi apakan daya sifat seorang pelancong memang curi-curi juga lah ambil. Hehehe!


Hotel kedua hari ini ialah Jubilee Hotel. Kalau semalam hotel kotak macam motel jer. Kali ini Tuan Haji dah menaik taraf hotel aku duduk pula. Memang cantik lah hotel nih. Dah aku jer seorang duduk. Masa tu memang makin bertambah segan lah aku dengan Tuan Haji. Tuan Haji kata dekat aku selamat pusing-pusing bandar dan dia pun balik. Dan bersebelahan hotel nih ialah Pasar Kianggeh yang baru siap dibina dalam tahun 2016 tu juga cuma pasar nih memang jual barang-barang harian lah. Jadi, tak ada sangat pun yang boleh dibeli jadi aku berjalan-jalan lah pusing Bandar Seri Begawan tu.


Berjalan-jalan di waktu malam di Bandar Seri Begawan ini tidak lah sesibuk mana. Ada sesetengah tempat tu rasa sunyi juga melainkan kalau tempat tumpuan ramai memang ramai gila orang. Tetapi, jangan risau kerana memang aku rasa sangat selamat berjalan dekat sini seorang diri. Terpandang Menara Jam ni dan rupa-rupanya monumen nih sebenarnya merupakan lambang keeratan antara negara Brunei dan juga Malaysia.


Bila malam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien teramatlah cantik dengan cahaya-cahaya nya. Serius jatuh hati tengok.


 Pehal muka Abang kerek poyo lak nih?



Ada pasar malam dekat-dekat kawasan Masjid nih. Wah! Sebagai pencinta makanan mesti lah aku nak tengok apa makanan-makanan unik yang ada dekat sini. Serbuuuuuuuuuuuuuu!!


Makanan pertama yang aku beli ialah Durian! Hahahahaha! Gila kan? Sebagai seorang 'Hantu Durian' sebenarnya mana-mana tempat aku pergi memang aku teringin nak makan tetapi mesti terhalang. Pergi Banda Aceh tak sempat beli. Pergi Bandung pula bila waktu nak beli dah tak jumpa. Pergi Padang pun sama tak sempat beli. Tiba-tiba jumpa dekat Brunei jadi makan jer lah. Ada yang kata ini durian dari Sabah. Tak kisah lah janji sedap! Haha!


Ini semua makanan yang biasa-biasa jer sebab dekat Malaysia pun boleh jumpa. Tetapi, saja nak cuba-cuba sebab lain tempat pasti lain rempah dan rasanya. Hehehe!


Makanan yang agak menarik perhatian aku ialah Sotong Tutok. Nama kalau ikut bahasa kampung nih hampir-hampir ke arah kelucahan. Hahaha! Jadi, aku pun tanyalah pakcik yang jual tu apa kebendanya Tutok nih? Rupa-rupanya sotong kering yang dibakar tetapi mereka akan ketuk-ketuk bagi jadi kecil dan mampat. Kemudian di makan bersama kuah sos.


Inilah cara pembuatan sotong tutok tu. Aku yang merakam nih dah dipandang macam Alien pun ada. Nampak sangat kantoi aku bukan orang Brunei masa tu. Hahahaha! Rasanya sedap cuma kuah sos sedikit manis. Dan sebenarnya kena gigit sikit-sikit jer. Aku lupa yang sotong kering nih asalnya besar. Aku terus masukkannya jer semua dalam mulut dan memang azab nak mengunyah. Hahahaha!


Untungnya aku bila datang bulan Julai nih sebab selain bulan kelahiran aku....bulan Julai juga merupakan bulan kelahiran Sultan Brunei. Jadi, sepanjang bulan Julai tu berlangsung pelbagai acara dan majlis berdekatan dengan Regalia Muzium. Walaupun khemah yang dipasang tu orang kata biasa-biasa macam majlis kenduri tetapi kemeriahan dia sangat terasa dan dekat sini boleh belajar banyak budaya masyarakat tempatan Brunei. Lama juga lah aku melayan tengok macam-macam persembahan sampai sedar-sedar dah nak tengah malam dah.



Aku sebenarnya tak pernah makan pun Pais nih. Tak silap dekat Pahang kut yang popular makanan nih. Jadi saja cuba rasa dan tiba-tiba rasa sedap pula. Menyesal beli satu jer. Hahaha!



SENARAI MAKANAN UNTUK MAKAN MALAM HANS DI HARI KEDUA

1. Sebiji Pau Kacang Merah = 1 Dolar
2. Secucuk daging ayam = 2 Dolar
3. Sekeping Roti Bakaq Teloq Meleleh + Cheese = 2.50 Dolar
4. Sekeping Sotong Tutok = 1 Dolar
5. Sekeping Pais Daging = 1 Dolar
6. Sebekas Durian Brunei = 5 Dolar
7. Air Mineral Kecil = 0.50 Dolar

JUMLAH KESELURUHAN = 13 DOLAR

Memang aku datang Brunei nih nak melantak pun selain bercuti dan mengenali budaya dan sikap orang-orang Brunei nih. Jadi, begitulah hari kedua aku di Bandar Seri Begawan. Kena berehat pula sebab esok nak bertolak ke Jerudong pula. Hari yang memenatkan dan sangat membakar kalori.

BERSAMBUNG.....

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Salam dari brunei. memang kalau d brunei kedai2 makan selalu d dalam kedai tak ada yng d luar. kyu402@gmail.com

    BalasPadam
  2. salam. Saya akan melancong berdua ke Brunei pada bulan Mac 2018. Kami rancang nak ambik pakej di sana.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama