AgroBazaar Malaysia KLIA2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, kali ini Hans ingin berkongsi aktiviti seterusnya sewaktu mengikuti Half Day To KLIA 2 Media FAM Trip anjuran Tourism Malaysia dimana Hans dibawa berjalan-jalan melawat beberapa lokasi menarik yang wujud di dalam KLIA 2


Lokasi seterusnya ialah AgroBazaar Malaysia yang terletak di Lot S2-3-L11 Pelepasan Dalam Negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Untuk pengetahuan semua, AgroBazaar Malaysia ini telah mula beroperasi sejak bulan Januari 2017 lagi tetapi masih ramai yang tidak menyedari tentang kewujudan premis ini termasuk Hans sendiri.


AgroBazaar Malaysia ini sebenarnya berkonsepkan "Malaysia Cultural Experiences Store" yang mengetengahkan elemen budaya Malaysia melalui produk-produk agromakanan yang unik dan premium serta memberikan layanan yang cukup mesra kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini. AgroBazaar Malaysia ini juga berfungsi untuk mempromosikan produk-produk keluaran Malaysia di peringkat antarabangsa. Hans cukup suka dengan Coklat Durian Musang King macam di dalam gambar itu. Kalau anda semua nak tahu, sebenarnya AgroBazaar Malaysia di KLIA2 ini memang akan mengadakan promosi produk-produk makanan tempatan setiap bulan. Jadi, semua orang sebenarnya boleh mencuba menikmati sendiri dan kalau rasa berkenan di lidah dan hati itu cepat-cepat lah beli.


Hans merasa sangat kagum apabila masuk ke dalam AgroBazaar Malaysia ini kerana keseluruhan produk yang dijual disini merupakan hasil buatan anak-anak Malaysia. Bukan sahaja produk-produk yang dijual disini berkualiti dari segi rasanya yang sedap tetapi juga cara pembungkusan setiap produk ini juga menarik dan bertaraf antarabangsa. Lebih membuatkan Hans teruja kerana terdapat beberapa pek makanan yang dijual buat sesiapa yang ingin mengembara keluar negara seperti gambar di atas. Yang menariknya ialah cara penyediaannya yang sangat mudah. Hans pada mulanya ingat nak kena letak air panas tetapi rupa-rupanya boleh guna air sejuk sahaja. Terdapat satu bungkusan kecil yang akan bertindak sebagai pemanas untuk memasak makanan di dalam bungkusan tersebut. Wah! Hebat betul teknologi sekarang.


Selain itu, AgroBazaar Malaysia ini juga sebenarnya menarik dan wajib dikunjungi oleh anda sekirannya berada di KLIA 2 ini kerana:

1) Mereka menyediakan makanan sarapan pagi dan makanan tengahari yang menarik.
2) Terdapat lebih daripada 500 produk keluaran anak tempatan dijual disini.
3) Setiap bulan akan diadakan promosi makanan setiap negeri disini.
4) Layanan yang sangat baik dan mesra oleh pekerja AgroBazaar Malaysia


AgroBazaar Malaysia ini dibuka setiap hari bermula pada pukul 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Jangan lupa dapatkan produk makanan-makanan disini  yang bukan sahaja sedap tetapi pasti membantu memudahkan urusan anda sepanjang bercuti atau mengembara di luar negara nanti terutamanya di negara-negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Selamat membeli-belah di AgroBazaar Malaysia KLIA2!

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama