Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, kali ini Hans ingin berkongsi aktiviti seterusnya sewaktu mengikuti program Exploring The Treasures Of Selangor yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Fire Fly. Seterusnya Hans dan rakan media lain telah dibawa ke sebuah lokasi menarik untuk menyaksikan Chinese New Year Lantern and Flora Festival di Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Ini merupakan pengalaman kali pertama Hans melawat Kuil Dong Cen ini dan menyaksikan sendiri Pesta Tanglung yang rupa-rupanya cukup meriah dan penuh warna-warni. Agak menarik buat diri Hans kerana dapat memahami dengan lebih mendalam lagi budaya masyarakat Cina di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, Pesta Tanglung ini merupakan pesta penganut Buddha dan ia diraikan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina mengikut kalendar Cina. Jika pada zaman dahulu kala, Pesta Tanglung ini hanya diraikan oleh golongan Maharaja dan bangsawan sahaja. Namun, pada zaman yang moden ini ialah diraikan oleh semua pihak.
Pesta Tanglung ini juga digelar sebagai Tahun Baru Kecil yang menandakan berakhirnya turutan perayaan yang bermula dari Tahun Baru Cina.
Info tambahan yang Hans ingin kongsikan buat anda semua ialah kalendar Cina menampilkan 12 jenis zodiak berbentuk haiwan. Pada tahun ini, zodiak yang tertera ialah tahun babi dimana penganut Buddha percaya bahawa babi mewakili kesempurnaan dan permulaan satu kitaran yang menandakan bahawa semua perkara akan tercapai dalam kesempurnaan dan berjalan dengan lancar.
Apa yang membuatkan Hans teruja apabila mendengar penerangan tentang Pesta Tanglung ini ialah perancangan yang dilakukan untuk menyiapkan segala hiasan, reka bentuk dan dekorasi ini telah pun berjalan sejak tiga tahun yang lepas.
Jadi, tidak hairan lah jika segala hiasan tanglung yang wujud di sini sangat cantik, berseni dan penuh warna-warni. Sesiapa yang suka bergambar memang pasti rambang mata melihat bagaimana kreatif dan uniknya setiap tanglung dan hiasan yang wujud di ke seluruhan kawasan kuil ini sepanjang berlangsungnya Pesta Tanglung.
Jangan risau kepada sesiapa yang baru mengetahui tentang Pesta Tanglung ini kerana ia diadakan pada setiap tahun mengikut zodiak kalendar Tahun Baru Cina.
Jadi, jangan lupa berkunjung ke Chinese New Year Lantern And Flora Festival atau Pesta Tanglung pada tahun hadapan untuk merasai kemeriahan dan melihat keindahan potret yang terhasil saat anda bergambar di kawasan ini nanti.
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com