Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, kali ini Hans ingin berkongsi aktiviti seterusnya sewaktu mengikuti program Exploring The Treasures Of Selangor yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Fire Fly. Destinasi yang paling Hans nanti-nantikan untuk mengambil yang menarik dan unik iaitu Sky Mirror.
Hans dan rakan media yang lain bertolak ke Jeti Kuala Selangor bermula dari jam 7.00 pagi lagi. Perjalanan dari Subang mengambil masa sekitar satu jam. Kemudian, kami bergerak ke Sky Mirror dengan menaiki bot sambil menikmati alunan ombak serta desiran air yang sungguh menyamankan. Masa yang diambil untuk tiba di Sky Mirror adalah sekitar 30 minit hingga 40 minit.
Hans perasan masih ramai yang tidak tahu bahawa terdapat sebuah kawasan beting pasing yang terletak di Kuala Selangor menawarkan sebuah keindahan panorama yang cukup indah dan sangat mengasyikkan.
Sebenarnya, kawasan pelancongan Sky Mirror ini sudah pun dibuka sejak dua tahun yang lepas untuk pelancong dan ia mendapat sambutan yang cukup baik bukan sahaja daripada pelancong tempatan tetapi juga dari luar negara.
Menariknya sewaktu Hans tiba di Sky Mirror ini, Hans melihat ramai yang datang kesini untuk mengambil gambar di dalam pelbagai posisi serta penggunaan prop yang pelbagai untuk menghasilkan gambar yang menarik, melucukan atau pun unik.
Gambar-gambar yang terhasil di sini seakan-akan sebuah pantulan imej dari air laut yang membuatkan gambar kita kelihatan seperti bercantum. Lebih tepat ia kelihatan seolah-olah kita berada di hadapan cermin.
Sedikit tips untuk para pembaca yang bercadang untuk datang ke Sky Mirror, Hans menyarankan agar anda memakai pakaian yang berwarna ceria dan terang. Elakkan daripada memakai pakaian berwarna hitam atau putih.
Ini kerana gambar yang terhasil akan lebih menawan jika pakaian anda berwarna-warni dan terang. Selain itu juga, rancang masa perjalanan anda dengan betul kerana ada waktu-waktu tertentu sahaja yang anda boleh lawati Sky Mirror. Ini disebabkan keadaan surut pasang air laut mempengaruhi kawasan Sky Mirror tersebut.
Secara peribadi, kunjungan Hans ke Sky Mirror ini merupakan satu memori indah yang tidak akan Hans lupakan. Memang kalau boleh Hans nak datang lagi dan bergambar puas-puas sambil ditemani oleh ketam dan siput yang memenuhi kawasan beting pasir sewaktu kita berjalan di sekitar kawasan Sky Mirror ini.
Berada di Sky Mirror adalah satu perjalanan yang bukan sahaja berbaloi tetapi membuatkan sesiapa sahaja yang sampai disini akan terasa kagum dengan keindahan yang terdapat disini.
Kepada yang berminat untuk pergi ke Sky Mirror ini, anda boleh merancang perjalanan anda dengan menghubungi operator Sky Mirror, Kuala Selangor di talian 016-2234788 untuk mengetahui tarikh serta waktu yang sesuai untuk ke sana.
Anda juga boleh membuat tempahan secara online melalui servis bot di www.skymirrorworld.com. Jadi, selamat melancong ke Sky Mirror Kuala Selangor dan nikmati sendiri panorama ciptaan Allah yang sangat indah lagi mempesona ini.
I'm actually not fond of Kuala Selangor as I had bad memories related to the place but Sky Mirror is one of the places that I really want to go! :D
BalasPadamwajib pergi sebab Sky Mirror nih memang unik
Padampengalaman ada dekat sana tu memang tak dapat nak kata lah tambah-tambah bila tengok hasil gambar yang sangat cantik
menariknya. masa Matta Fair last year ada pegi n da beli pakej ni. tak ingatla macam mana tapi adala beli kat booth depa. lepas tu bila call nak confirm katanya x free la penuh la. few times juga call. lastnya.. lantak dia la =P
BalasPadamowh pergi jer lah sendiri
Padamsenang :)
Thank you Hanshanis, for your information that give. It's a valuable information, I will take my family there.
BalasPadamhehehe
Padamselamat bergambar di Sky Mirror :)
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com