The Green Market KLIA2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, kali ini Hans ingin berkongsi aktiviti seterusnya sewaktu mengikuti Half Day To KLIA 2 Media FAM Trip anjuran Tourism Malaysia dimana Hans dibawa berjalan-jalan melawat beberapa lokasi menarik yang wujud di dalam KLIA 2.


Lokasi terakhir Hans dan rakan-rakan media yang lain ialah The Green Market. Hans pada mulanya tertanya-tanya juga apa sebenarnya The Green Market ini. Rupa-rupanya ia adalah sebuah restoran yang menjual makanan berasaskan hidangan-hidangan dari negara Jepun dan Korea. Apa yang istimewanya restoran ini ialah segala sayuran dan salad yang mereka gunakan di dalam masakan disini diambil segar dari ladang sayuran Cameron Highlands. 


Jadi, Hans dan rakan-rakan media lain berpeluang menikmati makanan tengahari disini. Kami boleh memilih sama ada menu Bento Ayam atau Bento Salmon. Memandangkan Hans sudah selalu sangat makan menu berasaskan ayam setiap hari maka untuk kali ini Hans memilih untuk menikmati Bento Salmon. Bukan senang nak merasa ikan salmon nih. Hehehe!


Semasa menanti Bento Salmon siap, Hans dihidangkan dengan dua jenis minuman iaitu Green Tea dan Guava Juice. Serius Hans sangat sukakan Green Tea yang terdapat di The Green Market ini. Sesuai dengan nama restoran ini, minuman Green Tea dekat sini memang sangat sedap, tidak terlalu manis dan langsung tidak terasa pahit. Senang cakap memang kalau anda datang sini, Hans sarankan anda wajib cuba minuman Green Tea ini. Memang terbaik!


Hans sebenarnya agak asing dengan menu makanan Jepun mahu pun Korea. Jadi, sepanjang menikmati hidangan Bento Salmon ini, Hans boleh katakan Hans terkena kejutan rasa yang agak mengagumkan. Rasa salmon yang terdapat di dalam hidangan ini sangat sedap dan kena dengan tekak Hans kali ini. Gabungan nasi dengan salmon yang wujud di dalam hidangan ini memang sungguh luar biasa rasanya. 


Walaupun rasa sup miso untuk hidangan bento salmon ini sedikit janggal sikit untuk Hans yang pertama kali makan menu ini tetapi secara keseluruhannya Hans merasakan menu Bento Salmon yang terdapat di The Green Market KLIA2 ini sangat sedap dan berbaloi untuk dicuba dan dinikmati jika anda berada di KLIA2.


Akhirnya selesai sudah aktiviti Hans serta rakan media yang lain sepanjang menyertai program Half Day To KLIA 2 Media FAM Trip anjuran Tourism Malaysia. Hans ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia dan semua yang terlibat di dalam memberikan sebuah pengalaman baru serta indah buat Hans sepanjang program ini berlangsung. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu ramai pembaca untuk memudahkan serta membantu percutian anda menjadi lebih indah sewaktu anda berada di KLIA2 nanti. Sekian!

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. nsbla jauh klia tu, klu tak tingin gk nk try... cumanya salmon tu mmg nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...memang sedap
      nanti kalau ada gi klia tu...try2 lah makan tengok

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama