Bufet Ramadan 2019: Pesta Durian Di Selera Serantau Ramadan Buffet Dinner Impiana KLCC Hotel

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi bufet Ramadan yang menarik untuk anda cuba pada waktu berbuka  nanti iaitu di Selera Serantau Ramadan Buffet Dinner Impiana KLCC Hotel


Selera Serantau Ramadan Buffet Dinner
Impiana KLCC Hotel 

Alamat:
Tonka Bean Cafe & Deli,
Impiana Hotel KLCC,
13, Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
5 Mei 2019 - 4 Jun 2019

Waktu:
6.30 P.M - 10.00 P.M

Harga:
RM148 (Dewasa)
RM74 (Kanak-Kanak)
Percuma (Kanak-Kanak Dibawah Umur 6 Tahun)

Nombor Telefon:
+603 2147 1111 (ext: 3034,3035 untuk tempahan)

Email:
ramadan.iklcc@impiana.com


Pada tahun ini, Impiana Hotel sekali lagi mengadakan bufet Ramadan bagi tahun 2019 dengan temanya 'Selera Serantau Ramadan Buffet Dinner' yang menampilkan menu-menu istimewanya seperti Sup Gearbox Meletup!, Kari Kepala Ikan Selatan, Nasi Briyani Gam Kambing Istimewa,Durian dan aiskrim Baskin Robbins yang dinanti-nanti oleh ramai pelanggan dan peminat setia hidangan-hidangan yang disediakan disini.

 Whole BBQ Beef Brisket
 Sup Gear Box 

Sepanjang Hans mencuba pelbagai menu yang disediakan untuk Selera Serantau Ramadan Buffet Dinner yang berlangsung meriah di Impiana KLCC Hotel ini, Hans memang akui hidangan lauk pauk utama yang disediakan di sini memang menarik dan sedap-sedap belaka. Memang rambang mata juga lah nak pilih sebab berbelah-belas lauk disediakan istimewa untuk para pelanggan yang memilih pakej bufet Ramadan disini. Antara menu yang Hans sangat suka di antara banyak pilihan ini ialah Selangka Kambing Masak Hitam dan Telur Itik Serati Lemak Cili Api. Memang makan sampai menjilat jari lah sebab sedap punya pasal.

 Kari Kepala Ikan Merah Selatan
 Seafood
 Selangka Kambing Masak Hitam
 Kerutub Daging
 Tempoyak Ikan Patin Pucuk Ubi
 Telur Itik Serati Lemak Cili Api
 Ekor Pedas Berempah
 Deep Fried Fish
 Udang Merah Telur Masin
 Sotong Goreng Sayur Campur
 Stir Fried Chili Chicken
 Braised Mushroom
 Sayur Bendi
 Asam Pedas Tenggiri Berempah
Ayam Goreng Ketumbar Istimewa
 Aneka Kerabu Dan Sambal

Selain itu, Hans juga cukup suka dengan menu briyani gam yang dihidangkan disini. Memang sedap sangat dan ada dua pilihan briyani iaitu iaitu briyani gam kambing dan briyani gam ayam. Hans lebih sukakan briyani gam kambing sebab rasanya memang menusuk kalbu.

 Briyani Gam Kambing
Briyani Gam Ayam
Acar Briyani Gam

Apa yang menjadikan Selera Serantau Ramadan Buffet Dinner di Impiana KLCC Hotel ini terlalu unik dan istimewa kerana kewujudan buah Durian D24 yang disediakan disini buat para pelanggan mereka. Memang sangat berbaloi lah sebab cuba fikir balik kalau kita nak beli dekat luar buah durian ini berapa pula harganya? Tetapi, kalau disini bukan sahaja dapat makan sedap-sedap tetapi dapat pula makan durian lagi.

 Durian D24


Hans sebagai hantu durian memang tidak dapat menahan nafsu untuk menjamah buah durian D24 yang disediakan dekat sini. Tak silap Hans makan dekat 10 ulas juga lah. Isi tebal-tebal, besar dan sedap. Itu pun sebenarnya boleh lagi nak telan tetapi fikir makan banyak sangat nanti nak balik takut pening tengah jalan jer lah. Kepada yang tak makan durian atau tak suka dengan aroma bau durian yang kuat, jangan takut untuk berbuka puasa di sini kerana acara makan durian dilakukan diluar tempat makan. Jadi, sesiapa yang tengah makan di dalam memang tak akan bau durian langsung. 

 Serawa Durian
Aneka Buah-Buahan
 ABC Corner

Satu lagi tarikan utama di Selera Serantau Ramadan Buffet Dinner di Impiana KLCC Hotel ini semestinya pencuci mulut aiskrim berjenama Baskin Robbins. Bayangkan kalau kita teringin nak makan aiskrim ini bila pergi pasaraya, satu sudu jer dah nak dekat RM10. Tetapi, dekat sini disediakan hampir 12 jenis perisa aiskrim BR ini. Makan lah puas-puas sampai kenyang. Serius Hans memang puas hati sangat dapat makan dekat sini.


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Impiana KLCC Hotel maka bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Paling penting jika anda peminat durian dan aiskrim Baskin Robin, maka jangan lepaskan peluang untuk menjamah makanan kegemaran anda di sini pada bulan Ramadan nanti. Jadi, selamat menjamu selera dan semoga anda gembira menikmati setiap hidangan yang disediakan di sini.

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. uishhhh semua nya bt air liur meleleh laju...
    gerun nengok gigi ikan merah tu hans oi.. nampak cam gigi buaya hehehe...

    durian tu menggoda betul, xpns ke hanz bdk sampai 10 ulas tu... klu akak msti dh rasa pns bdn dh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      gerun juga tengok gigi ikan tu...tapi bila dah makan isi dia memang lupa gigi dia yang gerun tu..
      bab durian tu badan tak panas pula..saya pun pelik...hahaha

      Padam
  2. Ruang solat besar ke cni hans. Mnrik nye tgk waahh xsbr nk mkn nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tahan lah
      wahhh, bila berbuka dekat sini?
      selamat berbuka :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama