Bufet Ramadan Hotel Tenera 2019 Paling Lazat

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi hotel terbaik yang menawarkan anda bufet Ramadan pada tahun 2019 ini iaitu Hotel Tenera yang terletak di Bangi. Secara jujurnya, Hans tidak tahu menahu tentang kewujudan hotel ini sehingga lah diwar-warkan oleh pihak Tourism Selangor. Tambahan lagi apabila ada rakan yang menyatakan hidangan yang disediakan di Hotel Tenera sememangnya menyelerakan membuatkan Hans tidak melepaskan peluang untuk hadir ke Media Preview Sinar Ramadan Buffet 2019 selepas mendapat jemputan daripada pihak Hotel Tenera.


TENERA SINAR RAMADAN BUFET 2019 

Alamat:
Persiaran Kemajuan,
Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Tarikh:
7 Mei 2019 - 3 Jun 2019

Harga:
RM98 (Seorang)

Nombor Telefon:
+6019 385 4796 (Tempahan)

Laman Web:

Untuk tahun ini, tema bufet Ramadan bagi Hotel Tenera ialah Sinar Ramadan Bufet 2019. Hans dimaklumkan bufet Ramadan untuk tahun ini sangat berbeza berbanding tahun sebelumnya dimana untuk tahun 2019, pihak hotel telah menampilkan lebih daripada 40 buah gerai yang menyediakan 200 jenis hidangan tradisional dan autentik yang bakal menarik perhatian pengunjung yang datang untuk berbuka di Hotel Tenera pada Ramadan kali ini.

Kambing Golek "Pesto Caracas"

Hotel Tenera menyatakan terdapat hampir 10 jenis menu yang menjadi tumpuan utama para pengunjung sejak tahun lalu iaitu Kambing Golek “Pesto Caracas”, Lidah Bakar Mulut Senget, Seafood Goreng “Mae Pranom”, Mee Rebus Tulang Rawan/Gear Box, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning Sambal Ibu Saodah, “Live” Dim Sum Aliff Lalulah, Cendol Sawit, Apam Balik Terangkat dan Warung Kopi Tok Wan.

 Daging Dendeng
 Siput Sedut Masak Lemak Keladi
 Pucuk Paku Goreng
Rendang Ayam Daun Pegaga
Lidah Bakar Mulut Senget

Hans sendiri sejak awal lagi sangat tertarik dengan 10 jenis menu yang menjadi tumpuan pengunjung pada tahun sebelumnya. Antara yang menarik perhatian Hans ialah menu Lidah Bakar Mulut Senget yang ditampilkan dengan persembahan makanan yang cukup menyelerakan. Apa yang Hans boleh katakan, rasa lidah bakar yang dihidangkan di Hotel Tenera adalah yang terbaik dari segi rasa dan tekstur. Sangat menyelerakan dan membuatkan Hans gembira sewaktu menjamah hidangan ini. 

 Ikan Bakar Kelapa Parut

Untuk maklumat para pembaca sekalian, Hotel Tenera mula beroperasi pada akhir tahun 2017. Apa yang mengagumkan Hans ialah hotel ini telah dianugerahkan sebagai Hotel 4 Bintang Terbaik bagi tahun 2018 oleh HAPA Award. Disebabkan itu pihak pengurusan Hotel Tenera mensasarkan lebih ramai pengunjung yang akan hadir pada bulan Ramadhan tahun ini berbanding tahun lalu yang telah mencatatkan lebih ribuan pengunjung. .

Ayam Golek Bumbu
 Daging Kambing Gulai Kawah
Kari Kepala Ikan Salmon

Setiap hidangan utama yang disediakan pada Sinar Ramadan Bufet 2019 ini memang berjaya menambat hati Hans. Memang semuanya sedap-sedap dan Hans secara peribadi agak terkejut dengan perkara ini kerana sukar untuk menjumpai banyak hidangan yang menepati selera Hans untuk mana-mana bufet Ramadan sebelum ini. Tetapi, Hotel Tenera sebaliknya kerana berjaya membuatkan Hans ingin mencuba dan makan semua hidangan kerana rasanya yang sangat hebat.

Seafood Goreng Mae Pranom

Buat para pembaca sekalian, Hotel Tenera mengumumkan satu berita baik dimana mereka mengadakan promosi sangat menarik iaitu dengan memberikan potongan diskaun sebanyak 30% dimana anda hanya perlu membayar sebanyak RM68 sahaja berbanding harga asal iaitu RM98 untuk berbuka puasa di Hotel Tenera pada bulan Ramadan nanti. Lebih menarik lagi ialah promosi tempahan awal ini akan dilanjutkan sehingga 30 April 2019.

 Acar Buah
 Cencaluk
 Sambal Belacan Mangga
Sambal Gesek
Pelbagai Jenis Ulam Dan Kerabu
Somtam

Hotel Tenera yang berkonsepkan hotel mesra muslim ini turut tidak ketinggalan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang bersesuain dengan bulan Ramadan nanti bagi menyinarkan lagi suasana sepanjang berlangsungnya bufet Ramadan di Hotel Tenera. Hotel Tenera turut menyediakan surau yang sangat luas, cantik dan selesa untuk para pengunjung menunaikan solat.

Mee Rebus Tulang Rawan @ Gear Box

Satay Ayam Dan Satay Daging

Oden

Aneka Pasta

Walaupun Hans bukan terlalu gemarkan hidangan pasta kerana menu ini cepat memuakkan dan mengenyangkan Hans tetapi mana boleh tahan kalau tengok ada pelbagai jenis hidangan pasta yang disediakan di Hotel Tenera ini. Ada pasta yang anda boleh ambil sendiri tetapi itu terlalu biasa bagi Hans. Jadi, Hans sanggup menanti giliran demi merasa pasta yang Hans pilih untuk dimasak di hadapan Hans iaitu Pesto Fetta Cheese. Menariknya tentang menu ini kerana warnanya yang menjadi kehijauan selepas dimasak dan rasanya pun menarik.

Live Dim Sum Aliff Ba Ta

Hans tertarik untuk berkongsi tentang menu Dim Sum yang disediakan di Hotel Tenera ini. Selalunya, Hans sering kali berjumpa dengan hidangan Dim Sum di beberapa hotel tetapi Hans mengetahui bahawa Dim Sum yang dihidangkan itu merupakan produk sejuk beku yang menghilangkan rasa kesegaran Dim Sum itu sendiri sewaktu dijamah. Tetapi, hal ini sangat berbeza di Hotel Tenera kerana Dim Sum disini dihasilkan di hadapan para pengunjung dan Hans sangat menyukai Dim Sum di Hotel Tenera ini yang bukan sahaja lembut dan bersaiz lebih besar tetapi juga kerana rasanya yang sangat sedap. Hebat betul Chef yang buat Dim Sum dekat sini. Tahniah Chef!

Aneka Jenis Bubur Dan Pulut
Aneka Cucur
Aneka Kuih Muih Tempatan
Apam Balik Terangkat
Aneka Pencuci Mulut
Aneka Jenis Buah
Cendol Sawit Dan Tapai
 Warung  Kopi Tok Wan
Aneka Minuman Sejuk

Anda tidak perlu risau untuk datang ke Hotel Tenera kerana hotel ini amat mudah dicari dan dijumpai kerana berada bersebelahan dengan jalan utama dan terletak di kawasan strategik iaitu 5 minit sahaja dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara, Kuala Lumpur. Hans sendiri pun senang sahaja berjumpa dengan lokasi hotel Tenera ini walaupun baru pertama kali berkunjung ke sini.


Jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Hotel Tenera maka bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Kesimpulannya, Bufet Ramadan di Hotel Tenera merupakan bufet Ramadan yang paling sedap yang Hans telah cuba setakat ini. Jadi, selamat menjamu selera di Hotel Tenera pada bulan Ramadan nanti dan semoga anda berpuas hati dan menyukai setiap hidangan yang disediakan disini.

10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Banyaknya pilihan mknn!!! Taktau nk pilih apa dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak
      sedap-sedap semua
      harga pun murah untuk hidangan yang macam nih punya banyak

      Padam
  2. mula2 tgk tajuk tu akak terbaca, hotel tentera... eh sejak bila ada hotel utk tentera ni heheheh sekali salah baca da

    nsbla akak dh lunch kurang sikit lah rasa berkeroncong, tp nengok segala menu tu ya ampun....semua nampak sedap2, ngn segala jenis makanan... dr setiap pelusuk negara ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      Tenera..sekali pandang memang macam tentera...
      kena try kak makan dekat sini..serius puas hati..
      segala macam sedap-sedap bila masuk mulut

      Padam
  3. Balasan
    1. ya memang sedap
      untuk Hans memang hotel nih ranking nombor 1 untuk buffet Ramadan setakat Hans dok makan buat masa nih

      Padam
  4. makanan dia nmpak lazat betul. buat terliur tgk. hehehe.
    kalau untuk budak 7 tahun ke bawah brapa pulak hrga dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak...
      tak pasti pula
      cuba contact tanya dekat pihak Tenera Hotel

      Padam
  5. awok tak tipu kan kan ... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tipu dosa
      untuk selera saya memang sini terbaik

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama