Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam program Ekspresi Media-Kenyir 2019 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2019 yang lepas. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.
Lokasi seterusnya yang menarik perhatian Hans pada program kali ini ialah sebuah bukit dengan ketinggian sebanyak 330 meter dari paras laut yang merupakan sebuah produk eko pelancongan negeri Terengganu iaitu Bukit Maras. Terletak di daerah Kuala Nerus dimana jarak perjalanan untuk tiba disini dari Kuala Terengganu hanya sejauh 20 kilometer dan mengambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk sampai disini.
Sebelum ini Bukit Maras lebih dikenali sebagai sebuah kawasan tanaman durian, petai serta hasil hutan yang lain. Kemudian kawasan ini mula berubah wajah menjadi lokasi terkenal buat sesiapa yang meminati aktiviti perkhemahan dan mendaki. Kini Bukit Maras menambah satu lagi produk pelancongan terbarunya yang sangat menarik iaitu menawarkan pengalaman meluncur udara melalui aktiviti paragliding. Kedatangan Hans pada awalnya di kawasan dataran padang berhadapan Bukit Maras sahaja sudah disambut dengan pendaratan lincah yang menarik daripada individu pada gambar di atas.
Untuk ke puncak Bukit Maras, ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Anda boleh memilih untuk berjalan dan mendaki ke atas puncak dengan melalui jalan mencabar sejauh 1.6 kilometer dimana ia mengambil masa sekitar 30 minit sehingga 1 jam untuk tiba di puncak bergantung kepada tahap stamina individu. Hans dan rakan media lain bertuah kerana kami dibawa naik ke puncak Bukit Maras melalui kenderaan pacuan empat roda oleh Kelab Terjoh 4x4 Terengganu. Alhamdulillah Hans mempunyai dua pengalaman berbeza yang menarik sewaktu menaiki kenderaan pacuan empat roda ini sewaktu naik ke atas dan juga semasa turun ke bawah.
Jadi, aktiviti seterusnya ialah berjalan memasuki kawasan hutan Batu Biruk yang merupakan kawasan tanda aras kepada puncak Bukit Maras. Disini terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan unik. Satu perkara yang menarik perhatian Hans ialah bunyi riang-riang disini yang baru pertama kali Hans dapat dengar dengan jelas. Cuba klik pada video di bawah dan dengar sendiri bunyi riang-riang yang sangat unik.
Selain itu, Batu Biruk juga menjadi tumpuan para jurugambar untuk merakamkan gambar-gambar indah terbit dan terbenamnya matahari melalui satu sudut pandang yang sangat cantik.
Selepas selesai mendaki, Hans gembira apabila lemak-lemak tepu seolah-olah sedang berpisah dari tubuh Hans. Namun, sekali lagi kejayaan tersebut digagalkan apabila Hans dan rakan-rakan media lain dihidang dengan pelbagai jenis buah-buahan segar yang ditanam sendiri di sekitar Bukit Maras seperti buah tembikai dan kelapa.
CEK MEK MOLEK
KETUPAT GULA TEBU
BELEBAB @ LEPAT UBI
Lebih 'menyayat hati' apabila Hans bukan sekadar dihidangkan dengan minuman air kelapa dan buah tembikai sahaja tetapi turut disertakan dengan pelbagai jenis kuih tradisional negeri Terengganu yang sangat sedap. Kebanyakan kuih-muih tersebut baru pertama kali dijamah oleh Hans dan rasanya memang terbaik. Manis! Lembut! Sedap!
Akhirnya tiba kepada aktiviti yang dinanti-nanti iaitu paragliding yang mula diperkenalkan di kawasan Bukit Maras ini sekitar tahun 2017 sebelum mula mendapat perhatian masyarakat tempatan pada awal tahun 2018. Memandangkan kesuntukan masa maka Hans tidak berkesempatan untuk mencuba aktiviti lasak ini. Dapat rakam rakan-rakan media yang bertuah mencuba paragliding seperti video di bawah ini pun kira okay lah kan? Hahaha!
Jadi, Hans pun bersantai sekejap di hammock menikmati pemandangan Bukit Maras yang indah. Dalam perjalanan turun ke bawah menaiki kereta pacuan empat roda, Hans perasan terdapat ramai orang yang baru mula mendaki untuk tiba ke puncak. Hasil pertanyaan Hans kepada pihak yang menguruskan aktiviti di Bukit Maras, rupa-rupanya terdapat du waktu pendakian di sini iaitu pada sebelah siang (Waktu Mendaki : 06.00 A.M - 07.00 P.M) dan malam (Waktu Mendaki : 07.00 P.M - 12.00 A.M). Tetapi, jika anda berminat untuk mendaki pada waktu malam maka anda perlu diiringi oleh penjaga atau pekerja di Bukit Maras atau anda tidak dibenarkan untuk mendaki ke puncak Bukit Maras.
Secara jujurnya, Hans sangat menyukai segala pengalaman yang Hans peroleh saat berada di puncak Bukit Maras ini. Keindahan alam semula jadi sememangnya luar biasa di dalam mengubati jiwa kita yang sentiasa sesak saat berada di ibu kota yang penuh dengan pancaroba. Kepada penggemar aktiviti lasak, Bukit Maras merupakan sebuah lokasi wajib yang perlu anda cuba untuk mencabar diri anda selepas ini. Jadi, Hans kongsikan beberapa info dibawah sebagai rujukan buat sesiapa yang berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik ini di Bukit Maras.
Tandem Paragliding:
RM200
Perkhemahan:
RM10
Pendakian Trek Denai:
RM10
Pendakian Gua Kelwar:
RM5
Acara Rekreasi Berkumpulan:
RM100-RM200
Facebook:
Instagram:
Email:
hikingmaras@gmail.com
P/S : ANTARA LOKASI MENARIK LAIN YANG BOLEH DIBACA SEPANJANG EKSPRESI MEDIA-KENYIR 2019 ADALAH SEPERTI DI BAWAH:
One of my wishlist nak naik ni. Bestnyaa..
BalasPadamhah
Padamwajib buat paragliding tu
best
subhanallah, mmg cantik lah hans, tp kalu akak naik benda alah tu mau gayat lahai tp pemandangan dr situ mmg cantik sgt
BalasPadampastu di jamu ngn kuih2 tradisional lak... terbaik sgt
hehehehe
Padammemang cantik
tapi rasa kuih depa jamu tu memang sedap sangat
bestnyaaa. saya suka benda2 camni!
BalasPadamhah
Padamkena datang buat aktiviti-aktiviti dekat sini
mesti suka punya
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com