Bufet Ramadan 2019 : Berbuka Di Shah's Village Hotel Sambil Menderma

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan ini iaitu di Shah's Village Hotel Petaling Jaya


IFTAR (BREAKING FAST)
SHAH'S VILLAGE HOTEL PETALING JAYA 

Alamat:
No.3 & 5,
Lorong Sultan,
46200 Petaling Jaya,
Selangor.

Tarikh:
6 Mei 2019 - 3 Jun 2019

Waktu:
7.00 P.M - 10.00 P.M

Harga:
RM60 (Dewasa)
RM45 (Warga Emas)
RM40 (Kanak-Kanak)
RM0 (Kanak-Kanak Berumur 4 Tahun Dan Kebawah)

Nombor Telefon (Tempahan):
+60379555522 
0172037559 (Puan Azza)
0172020950 (Puan Natalia)
0126745612 (Puan Zaila

Facebook:


Apa yang menjadikan bufet Ramadan di Shah's Village Hotel di Petaling Jaya ini sangat unik kerana buat julung kalinya pihak hotel telah bekerjasama dengan Syria Care untuk projek kemanusiaan sepanjang bulan Ramadan ini dimana setiap RM3 daripada pembelian pakej Ramadan anda akan disumbangkan untuk tajaan iftar pelarian Syria di Syria dan Lubnan. Jadi, Hans melihat ini adalah salah satu langkah yang baik kerana semua pihak mendapat keuntungan dan dapat membantu golongan yang betul-betul memerlukan sumbangan makanan seperti golongan pelarian ini.


Untuk pengetahuan para pembaca, Shah's Village Hotel merupakan salah sebuah hotel yang telah lama wujud di Malaysia dan sememangnya sangat terkenal dengan masakan Melayu Tradisional yang sentiasa memikat hati para pelanggan mereka. Jadi, tidak hairan lah apabila setiap tahun sudah menjadi satu kemestian buat Shah's Village Hotel untuk mengekalkan konsep masakan Melayu yang menjadi pilihan ramai ini disamping menawarkan serta menyajikan pelbagai menu hidangan daripada pelbagai jenis masakan.

 Nasi Briyani
 Rendang Daging
Ayam Masak Beriyani

Antara menu makanan tempatan yang disediakan di Shah's Village Hotel yang berjaya menambat hati Hans ialah Nasi Beriani yang dihidangkan dengan pilihan lauk pauk yang sangat menyelerakan. Hans cukup sukakan rasanya yang seolah-olah mengimbau nostalgia Hans saat menikmati hidangan ini. Serius anda wajib cuba nasi beriani disini kerana rasanya yang sedap.

 Ayam Bakar
 Grill Lamb
 Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak
 Kambing Masak Selasih
 Nanas Ikan Masin
 Sambal Udang Petai
 Petola Tumis Kacang Dan Tempe
 Lala

Selain itu, Shah's Village Hotel turut menawarkan menu makanan tempatan yang lain seperti Nasi Bukhara, Nasi Mandi, Laksa, Mee Kari, Mee Goreng dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih muih tempatan. Setiap menu ini disediakan dan dihidangkan oleh chef-chef yang berpengalaman yang sentiasa peka dengan kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Shah's Village Hotel. Lebih menarik, menu yang dihidangkan sepanjang bufet Ramadan disini adalah berlainan setiap hari.

Mee Rebus
 Bihun Goreng
 Bubur Lambuk
 Murtabak
 Gado-Gado
 Tauhu Sumbat
 Rojak Buah
 Puding Sagu
 Kuih Buah Melaka

Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Shah's Village Hotel Petaling Jaya pada bulan Ramadan nanti, silalah membuat tempahan dengan segera kerana selain dapat menikmati hidangan-hidangan yang lazat secara tidak langsung anda juga dapat membantu pihak-pihak yang memerlukan melalui sumbangan RM3 anda bagi pakej Ramadan yang dibeli. Semoga anda gembira berbuka puasa di sini bersama keluarga, rakan-rakan atau orang yang tersayang.

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. selamat berpuasa hans. have a blessed ramadhan

    BalasPadam
  2. Next nanti nak pi makan kat sini lagi...masakan traditional dia menarik

    BalasPadam
  3. kalau tgk semalam rasanya takde apa sgt, tp bila tgk lak harini, di kala jam tunjuk kul 4 ptg... aduhai mmg terliur

    harga berpatutan betul... n paling best menu2 dia tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      itu lah
      tengok waktu tengah berpuasa memang terasa kelaparan
      hahaha

      Padam
  4. Allahu dugaan tngok time bulan puasa ni. selamat tngok time malam. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      nasib tak tengok waktu siang
      kalau tidak habis puasa

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama