Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sebelum ini ada segelintir pembaca yang bertanyakan Hans tentang lokasi berbuka selain daripada yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi, untuk kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan nanti. Kali ini Hans nak bawa hangpa semua untuk melihat lokasi berbuka puasa yang paling menarik di negeri Pulau Pinang iaitu di The Top Penang.
Apa yang menarik dan uniknya disini kerana The Top Penang mempunyai dua buah restoran yang menawarkan juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini kepada para pelanggannya iaitu Restoran Top View dan Restoran Selera Umi. Kedua-dua restoran ini juga menghidangkan hidangan berbeza dan semestinya mampu membangkitkan selera anda sewaktu berbuka puasa nanti.
Restoran Selera Umi yang terletak di tingkat 5, The Top Penang ini merupakan sebuah restoran ikonik yang menawarkan menu masakan melayu yang unik dan berbeza pada setiap hari. Istimewanya ialah ia dihidangkan di dalam mangkuk tingkat istimewa buat para pelanggan mereka.
Pelbagai menu yang pasti membuatkan anda kecur air liur seperti hidangan terkenal disini iaitu Gulai Lemak Ayam Pedas, Rendang Daging, Sotong Goreng Masin, Daging Masak Hitam dan Kari Ayam Kapitan. Selain itu, buat sesiapa yang menggemari hidangan Assam Pedas Ikan, anda wajib memilih Selera Umi sebagai lokasi anda berbuka kerana hidangan ini merupakan hidangan 'signature' mereka yang anda perlu cuba. Hidangan ini sesuai dimakan dengan nasi kukus. Selain itu, Restoran Selera Umi menyediakan pelbagai pencuci mulut tradisional Melayu yang cukup menyelerakan terdiri daripada pelbagai kuih muih tempatan selain disertakan dengan Penang Famous Ais Kacang, sirap selasih, teh tarik dan pelbagai jenis minuman lain.
Buat anda yang ingin berbuka sambil menikmati pemandangan indah 360 darjah negeri Pulau Pinang, Restoran Top View menawarkan pengalaman unik ini pada ketinggian hampir 250 meter. Restoran yang terletak pada aras 59 di The Top Penang ini akan menyajikan pelanggan mereka dengan lebih 100 hidangan berbuka puasa secara bufet yang diketui oleh Chef Shaikh Fauzi dimana para pelanggan mereka dapat menikmati hidangan-hidangan yang sangat menyelerakan seperti Kepah Masak Lemak Cili Api, Udang Masak Assam, Ketam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Masak Masam Manis, Sayur Terung Goreng Berlada yang disertakan dengan Nasi Briyani atau Nasi Kerabu mengikut citarasa anda.
Selain itu, Restoran Top View turut menawarkan hidangan pembuka selera yang cukup istimewa buat para pelanggan mereka seperti Pasembor Pulau Pinang, Kerabu Ayam, Kerabu Kerang, Kerabu Pucuk Ubi, Thai Beef Salad serta Acar Buah-buahan. Lebih istimewa kerana restoran ini turut menyediakan gerai-gerai yang akan menghidangkan makanan anda dalam keadaan segar dan panas-panas seperti hidangan Kambing Golek, Ayam Percik, Tandoori Chicken, Mee Udang, Assam Laksa, Mee Mamak, Roti Jala, Ikan Bakar dan Bubur Lambuk. Akhir sekali, anda boleh nikmati pencuci mulut seperti Bubur Pulut Hitam, Pengat Ubi Keledek, pelbagai jenis kek, puding dan aiskrim sebagai pelengkap berbuka puasa anda.
Selain itu, apa yang menjadikan pengalaman berbuka puasa di The Top Penang ini sangat menarik kerana kedua-dua restoran ini mempunyai pertunjukan tarian kebudayaan Malaysia khas untuk menghiburkan para tetamu yang berbuka puasa disini.
THE TOP PENANG
SELERA UMI & TOP VIEW RESTAURANT AND LOUNGE
SELERA UMI & TOP VIEW RESTAURANT AND LOUNGE
Alamat:
THE TOP Penang
1, Jalan Penang,
10000 George Town,
Penang, Malaysia.
Tarikh:
10 Mei 2019 - 1 Jun 2019
‘Selera Umi’ Ramadhan Set Dinner:
RM68++ (Dewasa)
RM58++ (Kanak-Kanak & Warga Emas)
20% OFF (Harga Promosi Sebelum 1 Mei 2019)
Top View Restaurant and Lounge:
RM98++ (Dewasa)
RM68++ (Kanak-Kanak & Warga Emas)
20% Diskaun (Harga Promosi Sebelum 5 Jun 2019)
Nombor Telefon:
+6042623800 / +60175296674 (untuk tempahan Restoran Selera Umi)
+60173368286 (untuk tempahan Top View Restaurant)
+60173368286 (untuk tempahan Top View Restaurant)
Email:
sales@thetop.com.my.
Facebook:
Laman Web:
Jadi, buat pembaca-pembaca blog www.hanshanis.com yang tinggal di utara, apa kata untuk bulan Ramadan kali ini anda peruntukkan masa untuk berbuka puasa di The Top Penang bersama keluarga tersayang. Terdapat dua buah restoran yang pasti dapat menjadikan momen-momen berbuka puasa pada kali ini pasti yang terbaik sepanjang hidup anda. Silalah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Semoga anda gembira berbuka puasa di Restoran Selera Umi dan Restoran Top View bersama keluarga, rakan-rakan serta orang yang tersayang.
Wah menu semua sedap...kalau ke Penang nanti boleh cuba
BalasPadamyes
Padamkena cuba sambil menikmati pemandangan dari atas
hehehe
ray dah lama tak pergi buffet. bestnye
BalasPadamhehehe
Padampergi lah lepas nih
sambil berbuka sambil menikmati pemandangan 360 darjah
Syok tu berbuka dr tempat tggi sambil menikmati juadah enak.
BalasPadamheheheeh
Padambetul tu Kak Ana
yang penting makanan sedap :)
Wah bestnya. Tak sabar nak pergi pa Bila tengok Abg Hans pergi ��
BalasPadamhehehehe
Padampergi nanti jangan lupa ajak abang sekali
Best tengok menu di sana...
BalasPadamZumal cuba lah nanti
Padamperlis dengan penang dah dekat tu :)
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com