Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman Hans mengikuti program lawatan MAEPS Agrotourism Park dimana pakej yang Hans ikuti ialah MAEPS Food Hunt yang menawarkan empat lokasi lawatan di dalam masa sehari.
Jadi, destinasi kedua Hans untuk pakej MAEPS Food Hunt kali ini ialah House Of Kambing (HOK) untuk menyelesaikan misi pemburuan makanan yang kedua iaitu Sup & Makanan Ringan. Ini merupakan kali pertama Hans mencuba makanan disini namun Hans sudah lama mengetahui tentang kelazatan hidangan kambing yang dijual disini melalui rakan-rakan sekerja yang telah beberapa kali menjamu selera disini. Jadi, betul atau tidak kata-kata pujian daripada rakan Hans sebelum ini yang betul-betul memuji rasa sedap menu-menu yang terdapat di restoran ini? Mari Hans bongkarkan untuk anda semua pada coretan pengalaman kali ini.
MAEPS FOOD HUNT PACKAGES
Pakej Harga:
RM65.00 (Dewasa)
RM50.00 (Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Dan Kebawah)
Waktu Program:
Pilihan 1 :11.00 A.M - 2.00 P.M
Pilihan 2 : 4.00 P.M - 7.00 P.M
Aktiviti Yang Disediakan:
Pilihan 1 :11.00 A.M - 2.00 P.M
Pilihan 2 : 4.00 P.M - 7.00 P.M
Aktiviti Yang Disediakan:
Pembuka Selera (Appetizer) :
Laman Herba
Sup & Makanan Ringan :
House Of Kambing (HOK)
Makanan Utama (Main Course) :
Anda Boleh Memilih Untuk Makan Di Goat2Go @Teknocafe atau Nasi Kandar Apollo
Pencuci Mulut (Dessert) :
Laman Nanas
*Pengangkutan Tram disediakan
Laman Herba
Sup & Makanan Ringan :
House Of Kambing (HOK)
Makanan Utama (Main Course) :
Anda Boleh Memilih Untuk Makan Di Goat2Go @Teknocafe atau Nasi Kandar Apollo
Pencuci Mulut (Dessert) :
Laman Nanas
*Pengangkutan Tram disediakan
Telefon (Pertanyaan & Tempahan):
0162073481 / 0162073452
0162073481 / 0162073452
Facebook:
Instagram:
Salah satu keistimewaan yang ditawarkan oleh House Of Kambing (HOK) ialah pihak restoran menyatakan mereka merupakan lokasi makanan berkonsepkan kafe pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada para pelanggan mereka untuk menikmati hidangan sambil melihat dan merasai suasana pemandangan yang cantik serta bergambar dan bermain bersama ternakan mereka seperti kambing dan unta. Menarik bukan?
Melihat dan bermain dengan kambing ini bagi Hans adalah satu perkara yang biasa tetapi untuk melihat unta di hadapan mata sememangnya satu perkara luar biasa yang jarang berlaku. Sewaktu Hans diberikan rezeki untuk menunaikan umrah, Hans hanya dapat melihat unta dari jauh sahaja memandangkan ada halangan dan sekatan untuk mendekati unta akibat satu wabak penyakit yang kecoh suatu ketika dahulu. Tetapi, kali ini bukan sahaja Hans dapat melihat tetapi berada betul-betul bersebelahan dengan unta yang sangat besar ini. Namun, ada satu perbezaan ketara di antara unta yang terdapat di House Of Kambing (HOK) dengan unta yang Hans pernah lihat di Arab Saudi dimana unta ini hanya mempunyai satu bonggol sahaja manakala unta-unta di Arab Saudi mempunyai dua bonggol. Mengikut penerangan daripada pihak restoran, unta disini merupakan baka dari negara Australia dan itulah yang menyebabkan ianya berlainan dengan spesis unta disana. Memang seronok dapat pegang badan unta dan juga leher unta ini walaupun bulu unta ini sebenarnya kasar dan tidak lah lembut seperti yang dilihat pada pandangan mata.
Jadi, tibalah masanya untuk Hans menyelesaikan misi pemburuan makanan yang kedua iaitu Sup & Makanan Ringan dimana pakej ini menyediakan hidangan Sup Kambing Powerrr yang akan dimakan bersama dengan roti. Namun, disebabkan hari Hans datang ke sini merupakan hari bertuah Hans maka pihak restoran telah bermurah hati untuk belanja Hans makan Grill Out Lamb yang sumpah sedap gila. Diulangi menu Grill Out Lamb ini tidak termasuk di dalam pakej wahai para pembaca sekalian. Kalau teringin nak makan silalah datang sekali lagi dan cuba sendiri hidangan ini. Dibawah adalah info, harga serta ulasan Hans tentang hidangan yang Hans cuba disini.
Menu:
Sup Kambing Powerrr
Harga:
RM10
Penilaian:
5/5
Pandangan Hans:
Hidangan menggunakan kambing hanya sedap jika daging kambing yang dimakan tidak berbau hamis dan isi dagingnya lembut. Jadi, sup kambing powerrr ini sumpah memang power sebab daging kambingnya sangat lembut dan langsung tidak berbau hamis. Lebih menarik ialah rasa supnya yang sangat sedap disebabkan gabungan rempah ratusnya yang sebati. Untuk Hans sendiri kalau datang lagi kesini, Hans rasa Hans akan pesan dua mangkuk bukannya disebabkan kuantitinya sedikit tetapi kerana nak merasa kepuasan menjamah hidangan sup kambing yang sangat lazat. Anda pasti menyukai sup kambing powerrr ini sebab memang terbaik!
Menu:
Grill Out (RM70)
- Disediakan bersama 3 nasi kukus
- Sesuai dimakan oleh 3-4 orang
Grill Out Platter (RM95)
- Disediakan bersama 600 gram ayam panggang serta 5 nasi kukus
- Sesuai dimakan oleh 4-5 orang
Grill Out Mini (RM40)
- Disediakan bersama 2 nasi kukus
- Sesuai dimakan oleh 2-3 orang
- Disediakan bersama 3 nasi kukus
- Sesuai dimakan oleh 3-4 orang
Grill Out Platter (RM95)
- Disediakan bersama 600 gram ayam panggang serta 5 nasi kukus
- Sesuai dimakan oleh 4-5 orang
Grill Out Mini (RM40)
- Disediakan bersama 2 nasi kukus
- Sesuai dimakan oleh 2-3 orang
Penilaian:
5/5
Pandangan Hans:
Hans pernah mencuba hidangan ini di sebuah restoran yang terdapat di Setia Alam namun Hans harus akui House Of Kambing (HOK) kini berada di carta teratas dan utama untuk hidangan ini. Sumpah sedap nak mati beb! Memang pakat-pakat berebut lah masa ini sebab benda sedap kan! Dimakan bersahaja pun sedap apatah lagi jika disulami dengan nasi putih yang sedang panas berasap-asap tu. Serius wajib cuba menu ini kalau anda datang makan disini.
Hans memang merancang kalau dapat gaji nanti Hans berhajat nak datang lagi ke House Of Kambing (HOK) dan memesan hidangan Grill Out yang berharga RM70 tu untuk Hans melantak seorang diri sampai terduduk kekenyangan. Hahaha! Bukan apa sebab rasanya memang serius sedap gila beb! Jadi, berbalik kepada misi pemburuan makanan yang kedua iaitu Sup & Makanan Ringan maka selesai sudah dijalankan oleh Hans dengan jayanya. Menu Sup Kambing Powerrr memang langsung tidak mengecewakan! Puas hati beb!
Bagi Hans, memilih pakej MAEPS Food Hunt ini pada Hans sangat berbaloi kerana dengan hanya bayaran sebanyak RM65 sahaja, Hans mampu melawat dan menikmati makanan di setiap lokasi yang berada di dalam pakej ini dimana setiap makanan yang disediakan bukannya makanan biasa-biasa tetapi makanan luar biasa yang jika dibeli diluar sangat mahal tetapi disini anda dapat menikmatinya dengan harga yang sangat murah dan semestinya rasanya sangat lazat dan menggiurkan anda nanti. Jom ramai-ramai ambil peluang ini untuk mencuba Pakej Food Hunt yang disediakan di dalam program MAEPS Agrotourism Park ini. Serius sangat menguntungkan!
Sedapnye sop kambing
BalasPadammemang sedap sup kambing dekat sini
Padamwajib cuba
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com