Assalammualaikum 'Makcik'

Aku tahu ada yang tak sabar – sabar dah nak baca entry kali nih sebab nak tahu sangat – sangat siapakah makcik yang aku maksudkan tu(macam blog aku nih femes macam blog che det plak..haha).

Kisahnya bermula begini. Pada waktu pagi macam biasalah ada perhimpunan. Kelibat ‘pelajar berbaju biru’ atau pun pengawas sekolah menjalankan tugas masing – masing memang kelihatan jelas sekali waktu tu. Sebelum tu pengawas – pengawas ini diminta memeriksa kuku pelajar masing – masing sama ada panjang atau pendek. Jika panjang nama akan di catat dalam sebuah buku dan akan dikenakan tindakan.

Hari tu aku terlupa pula nak memotong kuku. Nasib atas perhubungan yang agak baik dengan Izreena menyebabkan aku terlepas hari tu. Terima kasih Izreena. Jasamu akan kukenang. Haha. Kalau dengan Zakwan mesti aku dah kena catat nama. Jangan marah yer Zakwan. Hehe.

Hari itu masih aku ingat butir – butir perhimpunan yang menyeru semua pelajar tidak kira yang senior(kami lah tu) atau pun yang junior supaya memberi salam kepada guru – guru dan juga makcik – makcik atau pakcik – pakcik yang ada dalam sekolah ini tidak kira sama ada diorang itu kerani hatta tukang sapu sekolah sekalipun.

Jadi, kami semua pun menyahutlah seruan itu. Ada yang dengan rela hati dan ada juga yang terpaksa. Kira bermula hari itu perkataan seperti assalammualaikum atau selamat pagi sangat mudah meniti di bibir pelajar – pelajar sekolah aku.(asal ayat aku sastera gila nih..benci plak aku bacanya..hehe).

Nak dijadikan cerita, loceng sekolah berbunyi tanda era pembelajaran hari itu sudah tamat. Maka, berpusu – pusulah kami semua satu kelas berlari – lari menyerbu pagar sekolah(lari – lari manja jer..haha). Sampai dekat satu pondok yang berdekatan pagar tu, aku lihat seorang ‘makcik’ memakai baju lebih kurang sama dengan uniform tukang sapu sekolah dan dia juga mengutip daun – daun kering yang bersepah dekat situ masa tu.

Aku pun mempraktikkan lah seruan yang aku dengar waktu perhimpunan pagi tadi tu. Dialog berbunyi begini :-

Aku : Assalammualaikum, makcik!
Makcik : Makcikkkkkk? (dengan muka yang gila tak puas hati pandang dekat aku)
Aku : Apa kena dengan orang tua nih(dalam hati jer lah)

Waktu tu kalau tak silap akulah..Bulat, Humam, Zakwan dan sapa lagi yer..ada sekali masa tu. Aku peduli apa. Tak nak jawab salam sudah. Janji aku dah menyahut seruan pihak sekolah(statement xleh blah..haha).

Keesokkan harinya, ada perhimpunan singkat macam biasa. Pihak sekolah memperkenalkan kepada kami semua PK. Hem baru sekolah kami dan yang membuat aku terkejut macam dengar bom atom meletup tu sebab orang itu ialah ‘makcik’ yang aku tegur tu. Patutlah dia tak puas hati aku panggil dia makcik.

Semasa dia berucap pun dia ada ceritakan yang ada seorang pelajar menegur dia sebagai makcik tetapi dia tidak ingat siapa budak itu. Dan yang membuat aku takut ramai budak kelas aku menoleh kepada aku dan diikuti dengan kelas 6 Alim sebab diorang dapat tahu dari kelas aku. Gila scary masa tu. Cuak aku. Dan sampai ke habis sekolah aku sangat takut nak jumpa PK. Hem atau Cikgu Anisa tu. Kalau terpaksa pun aku akan tunduk – tunduk jer muka. Nasib dia tak ingat. Haha.

P/S : Muka Cikgu Anisa Tu Ada Orang Cakap Macam Nenek Kebayan Yang Jahat..Betul Ker Tak Wallahualam. Pandangan Korang Budak Kelas 6 Arif??

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ko reti malu juge.. haha.. apela ko ni, bkn nk p mintak maaf..

    BalasPadam
  2. hahah~ aku paham.. penah jadi kat aku gak.. sampai aku kua skola tu pon, ckgu tu pandang serong kat aku..
    keh3...

    BalasPadam
  3. wakakakka alwak laa hans nih buleh plak dipanggil pk hem tu makcik. musti betol muke dia mcm nenek kebayan jahat. agagaggaa

    gpk hem skola sy muke keibuan sodap mato den mandang :P

    BalasPadam
  4. Nur Fadhilah(Oma) : haha..mesti la aku reti malu...malas aku..kan minta maaf lain plak jadinya

    Aimy Yasmin : haha..gila sadis ko...cikgu tu pandang serong sampai habis skolah..

    Anuar Manshor : kalau dia cantik memang panggil akak dah lama dah..haha

    Cikgu Wiween : be4 pk hem tu ada sorang nih baik jer..sedap juga mata memandang..masuk jer dia tingat citer2 katun walt disney macam watak perempuan sihir..haha

    BalasPadam
  5. cakap pasai puan anisa, awa pon ada story nk kongsi kat sini.masa darjah 6, awa dilantik sebagai setiausaha pengawas.paham2 la jwtn ni mmg byk keja. thn tu(2000),pengurusan pengawas di'apgret'. sebagai guru penasihat pngawas, puan anisa suruh awa buat satu buku laporan. b4 ni mana ada buku tu. dah la x da rujukan, nk buat plak x reti. so, awa mintak nasihat n tunjuk ajar kwn2 n cikgu kama, cikgu yg paling awa rapat. biasa la, dah la x reti buat, so. lmbt la skit nk siap. setiap kali kali msyuarat pngawas, awa selalu kena marah depan pngaws yg lain. malu wo0o.start dr saat tu, awa dah xmo bsemuka ngan cikgu tu lagi. tp, x semudah tu...time result UPSR kluaq, alhamdulilah, awa dapat kputusan cemerlang. bila dpanggel ke atas stage utk trima sijil, puan anisa plok awa n cakap " ni la ank murid saya yg paling saya sayang ". awa tgamam.. adakah selama ini, 1) dia marah, tp dlm diam, dia syg awa? 2) lakonan semata-mata? jawapannya ada d tangan anda...

    BalasPadam
  6. awa : haha...no 2 kut...dramatis jer dia tu ku rasa...ekekeke...dah dapat 5A sayang la....cuba kata tak dapat...sayang kemana apa kemana...tapi pandangan ku jer..mungkin betul dia sayang dkt ang...haha..anak emas dia la lagu nih...

    BalasPadam
  7. Taqie : Semua hang kenai...aku rasa ang nih jelmaan Yellow Pages kut..maybe dalam kehidupan yang lepas ang nih jahat pastu ang disumpah jadi yellow pages versi manusia..tu lah hukum karma..haha..macam syirik plak dah bunyinya...ang kenai la kut...nama pun dok aloq staq..ang kan femes..sapa xkenai ang...

    BalasPadam
  8. eyh
    jgn lah cakap part femes tuh
    segan lah plak
    tp xpa lah
    aku terima ja
    hahaha

    BalasPadam
  9. Taqie lagi : pungkoq sungguh...kuat perasan ang nih rupanya..ceit...sapa kenai ang?haha

    BalasPadam
  10. ko nak pandangan budak kelas 6 anggur tak?

    budak kelas 6 anggur : ntah x penah nampak cikgu tu. hehe.

    *ok aku mngarut*

    BalasPadam
  11. ezul iswhat : itu la pasal..ang dah ngaku jadi xpayah la nak ingatkan..haha

    BalasPadam
  12. hahahahahah!!lawak gila terpanggil mkcik..maiahahaha

    BalasPadam
  13. misssunshine : masa tu menakutkan..skrg memang lawak..huhu

    BalasPadam
  14. time drjh 6 aku xigt lh PK hem sapa.
    tp setaw aku,cg yg paling "cun" pna aku tgk ialah mama pah! (mama ksygn hambali)
    ahahahaha..
    pasti ank jugak knai kerana beliau......ajaq ank dak?
    aku pown x igt.

    BalasPadam
  15. pikato ezora : dia xajaq aku pun...
    aik bukan ang ka dia kata anak emas dia...hang kan mengharumkan nama kelas ang yg busuk tu..haha

    BalasPadam
  16. hans: awa knai john micheal takie tu.. sian takie org x caya kat dia.hee

    BalasPadam
  17. awa : kenai pun cakap jer xkenai...haha...

    BalasPadam
  18. le, plak.ku pon ade cite, dlu aku nie xedelah dlm glongn elit (pandai(sangtle)) ku xpuas hati tok kat buk 2, die ingt die pandailah.. pendk cte, result kluar die sangke dpt 5a just bdpt 3a, die dgn hampa but blagak tanye aku, "dpt brape ko?" ku pon mjawb, "3a je".muke die brubah n mase 2 ku xtau pon die dpt 3a, almaklumlah, pndai..
    mase 2 ku bangge lak... wlaupon 3a..

    BalasPadam
  19. Sengkool : haha..kami semua waktu tu bukan berlagak pun..berlagak pun dgn cikgu tu jer...sapa suruh cari pasal...huhu..okay la tu..padan muka budak tu berlagak sangat kan?last2 xkemana...huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama