Kisah Aku Dan Kereta(versi petang tadi)

Petang tadi tengah best layan kartun Spongebob(macam budak – budak aku nih) tiba – tiba dengar orang ketuk pintu umah.(siapakah insan itu?) Haih, siapakah yang berani menganggu waktu aku bersenang – lenang nih?(sungguh berani mengganggu Dato SRK) Aku pun menjenguklah pintu umah aku. Ahhhhhh, tidakkkkk!! Sungguh menakutkan!!(darah semua turun ke kaki)

Asal Pak Lang datang nih??Aku takut dekat Pak Lang(jiran kawasan aku) nih bukan sebab wajah beliau seiras puaka niyang rapik jauh sekali serupa Ju On tetapi ketibaan beliau kerumah aku selalunya atas satu sebab >> Abah aku suruh dia ajar aku bawa kereta.(tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk)

Tetiba aku menggeletar(dah macam kena sawan tarik pun ada). Owh, dah 6 bulan tangan aku tidak menyentuh stereng kereta itu. Adoi, macam mana nih? Menyesal tak keluar jalan – jalan tadi. Terpaksalah aku bersiap – siap secara paksa relanya.

Lepas tu Pak Lang suruh aku duduk dekat seat driver dan bawa kereta nih(wah,suka suki jer suruh aku jadi driver..aku Dato lah bukan driver..hahaha). Aku pun mulalah menghidupkan enjin. Adoi, lupa plak aku mana pedal minyak mana clutch mana break.Tanya Pak Lang maka beliau pun menceritakan salah – silah tempat kewujudan semua benda alah dalam kereta tu.

Maka ingatlah kembali aku tempat – tempat tiga benda alah nih.(hahaha) Maka, bermulalah perjalanan membawa kereta wira abahku itu mengikut arahan Pak Lang. Vrooooommmmmmmmm!!Fuh, dah macam Robert Kubica dengan Felipe Massa pula aku bawa kereta(gila laju..haha). Padahal aku punyalah ‘berhemah’ tadi. Tetiba tangan berpeluh – peluh. Haih, selalu tak pernah plak macam nih. Apa – apa hal muka kena berani. Keyakinan itu penting. Gagagagaga(gelak jahat).

Yesssss! Kereta aku tidak mati dekat traffic light. Ini adalah pencapaian yang memberansangkan(kahkahkah). Tapi hari nih aku mengalami masalah untuk menukar gear dari gear 2 ke gear 3. Mangkuk ayun tul aku ari nih(bukan senang nak tengok aku kutuk diri sendiri). Asal la asyik tak masuk – masuk jer gear nih(berani gear nih cuba mencari pasal dengan aku). Mulalah kereta berbunyi macam nak meletup(patutkah aku malu pada pemandu – pemandu sekeliling???). Arghhhh, yang penting muka kena relaks. Ini perkara wajib bagi aku..gagagagagga(gelak sopan).

Arghhhh, kau ingat kau bagus ker dapat potong aku??? Gila bengang sama motosikal itu. Lalu aku potong beliau balik. Padan muka sama beliau. Hahaha. Aku ingatkan aku jer pemandu paling ‘berhemah’ dekat atas jalan tu tapi ada lagi yang cuba merampas gelaran yang aku miliki tu. Bapak punya lembab(kata orang aku pun sama). Lalu aku memotong kereta beliau dengan seribu satu perasaan bangga. Hahaha(gelak sinis).

Fuh, bestnya lalu kawasan kampung. Dapat tengok pemandangan sawah padi. Nyaman sungguh mata aku. Tapi aku tak dapat ambil gambar sebab nyawa aku lebih penting. Haha. Dekat jalan tu banyak dinosaur t-rex(lori) lalu. Jalan agak sempit. Tetiba aku terfikir pasal filem Final Destination 2(yang balak terjatuh dari lori tu) mulalah aku cuak tetiba. Ahhhh, relaksssss sudahhhhh!

Akhirnya, dapat juga aku melalui semua dugaan nih dengan berjaya walaupun kurang cemerlang. Hahaha. Sampai dekat umah bercerita dekat mak aku.

Mak : Tu mak tak mau bagi adik bawa masa pi umah mak lang ang dekat penang nuh…
Aku : Adik pemandu berhemahlah…nak takut apa…kalau abah bawa tak sampai sejam dah sampai..kalau adik bawa dua jam baru sampai.
Mak : Tu aku tak mau hang bawak tu..
Aku : Hahahahaha.

Itulah salah – silah sejarah aku untuk petang ini. Sangat teruja bawa kereta melalui kawasan kampung yang sempit. Best – best!! Dengar katanya esok aku kena bawa atas lebuhraya plak pergi ke Perak. Hidup aku sudah tidak aman. Aku sangat cuak sekarang. Benci tul!!

P/S : Janji Aku Tak Jadi Macam Nicholas Dekat Uitm Kan Dickie…Wakakaka(Gelak Besar)

P/S LAGI : Comment Tau Entry Bawah Nih Jugak..Wajib!!!

25 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dah 20 thn x reti bawak keta? harus direjam....!

    BalasPadam
  2. sajer nak blagak ngan ko, aku dah xpert bawak keter since aku form 1..siap bawak g skolah..gila bongkak tyme tuh!~

    mesti ko carut2 kan..hahaha..

    takpe..aku bg peluang!~ haha

    BalasPadam
  3. ko berjaye buat aku gelak siot!
    gile sengal ko bwk kete.
    tp cm aku jugak dul0o.
    mule2 start bwk kete.
    then bile dah dpt P try bwk btol2 sowang2.
    ko tau aku dpt ape?
    bumper + cermin lampu kete depan mama aku terbarai.
    sbb aku terlanggar bulldozar!
    hahahahaha
    blk gigil2 w0o...
    hahahaha

    wei...tabik r.
    ko lepas traffic light.
    yaeh!

    gudluck oke.
    jujur aku ckp aku gelak bace entry ko.
    ;)

    BalasPadam
  4. berdasarkan posting ank,aku rasa aku hebat lg kowt bw keta. :P

    BalasPadam
  5. ala dato'2 mcm kite ni tak harus bawak kete kan?

    duk belakang suda..hehe

    nyway, aloq staq drift kat sawah padi je ke? aduh!

    BalasPadam
  6. adik??
    hahhahaaaa..

    anda membuat sya gelak
    seorg diri..

    BalasPadam
  7. memandu biar berhemah...xsalah merendah diri ketika memandu kerana kita kena pk kita bukan melibatkan nyawa diri sendiri....xpayah ikut ego orang,yang penting keselamatan terjamin...nak bawa laju2 pi trek f1

    BalasPadam
  8. kah3..

    dah tua pon tkot nak bwk kkete ke woit??..

    hancus la camni..

    jatuh saham la woi..

    dak 17 ni pon reti bwk..

    ngeh3...

    ni ngah nak amek lesen P..

    td kete da smpi pekan da..

    ngeeee..

    wuhuuu..

    wullawei..

    khing!

    BalasPadam
  9. apakah slh umur 20 xreti bw keta smpai nk rejam n kutuk bgai?
    unfair la. yg reti bwk pun bkn keta sndri jgk. lagak lbh nk kutk org xreti drive. hahaha.

    org xreti bkn sbb apa. sbb ada ciri2 sbg sorg bos.
    yg akn menggaji org utk jd driver.
    hehehe. :)

    im 20yo n i still doesnt knw how to drive. not even knw y hafta change gear and else. :)

    btw,my family called me adik also. my adik pun called me 'adik' ;p

    BalasPadam
  10. Wai : 18 forever la(haha)...cess...aku reti la bawa kereta cuma tahap keyakinan adalah serendah teras dalam bumi....

    Aizul : Aku xpert bawa motosikal masa darjah 3...bukan motokar..aku pun nak riak juga..haha..bagus bagi aku peluang carut dkt ko..&*^(&^^%$&)(hahaha)

    ferienza88hezra : dulu masa aku dapat lesen P tak plak gugup macam sekarang...entah..kena bawa selalulah..otak aku bila bawa kereta fikir negatif memanjang..tu la masalahnya..bawa moto tak plak fikir bukan2..haha..lawak ekk..bagus2..umur ko bertambah sebab gembira..

    Pikato Ezora : no komen...tapi aku berani cakap satu hari aku lebih hebat dari ang..insyaallah..haha

    Razor : kawasan sawah padi lagi brutal dari town la weih...tapi lepas tu aku lalulah dkt bandaraya aloq staq aku tu..dekat situ aku takder masalah pun...(tetiba riak..haha)

    Pelangi : saya anak bongsu(tapi saya rock tak manja mengada2)..itu pasal dapat title adik..walaupun saya sangat besar dalam keluarga saya..haha..tq..saya membuat awak panjang umur kerana gembira

    Burungbelatuk : haha..masalahnya agak lambat disitu..kesian orang belakang aku kereta dipandu laju sekejap..haha

    fankhing : ceit..janji aku da tamat lesen P..walaupun sudah bergelar professional tapi masih amatur..hahaha..tak jatuh la saham weih...

    irma ain : weih..sbar2..ko marah saper nih??alah..orang panggil adik sebab tu sentiasa nampak 18 forever..haha..jangan risau..nanti kita2 sama jadi pelumba F1(mampukah??)..haha

    BalasPadam
  11. hahah.
    pedaa. meh aku ajar ko meh..
    kehkehkeh(gelak sinis)
    =p

    BalasPadam
  12. Fuh, bestnya lalu kawasan kampung. Dapat tengok pemandangan sawah padi. Nyaman sungguh mata aku. Tapi aku tak dapat ambil gambar sebab nyawa aku lebih penting.


    aiyoh,
    aku dah dapat perasaan yang hebat masa baca tang pemandangan sawah padi.
    tapi cerita tentang nyawa lebih penting terus potong stim!?

    geget ko baru tau.
    weh, cerita la ttg jelapang padi?
    and few pics?
    I wanna know your version. :)

    BalasPadam
  13. napa plak keyakinan tahap teras bumi ni?nasib baik past dekat trafik lite tu..hahaa...gaya penceritaan rock batu kura2 la hans...pemandu berhemah?mungkin hans bleh jadi pemandu kepada tok najib lepas ni..kahkahkah...gurau je ya...apa pun,entri kali ni sangat menggoncangkan perut yang belum terisi ni...

    BalasPadam
  14. hahaha..
    at least pandai bwk keta..
    i ni tak thu bile..

    BalasPadam
  15. kahkahkahkahkahkahkahkah
    gle lwk
    nk bwk keta pon duk pk mcm2
    (padahal ak pon cmtu gak)
    XD

    spatutnya da 20 taun ni kn tere bwk lori skali
    cuba hg try bwk lori tgk
    XD

    BalasPadam
  16. nti dh terror ajaq aku lak eyh??
    hehehe...
    nti view blog aku lak..
    ni aku la WNH a.k.a puteri_cahaya..

    BalasPadam
  17. aku pn flop bwk manual,

    tp bile masuk auto, confident skit.

    BalasPadam
  18. Hans, alah bisa tegal biasa. Practice makes perfect. Keep up the good work!

    Fee amaanillah!

    BalasPadam
  19. heheh.
    ala.
    aku pown penakot gk sbnqnya.
    ahahaha.
    hebat hebat blkg kira.
    need 2 remember dat safety first ok? ;D

    BalasPadam
  20. ak still tadak lesen keta..
    haha..
    slalu jadi bos, member yg drive..!

    BalasPadam
  21. keep on driving.
    nnti bleh bwk aku jln2(sanggup ke? hahaha)

    BalasPadam
  22. errk.. ape barang takutkan pak lang. x gangster laa gini. agagagga

    BalasPadam
  23. aimy yasmin : dah terror dah..hahaha

    aliya azmi : kalau aku rajin ku citer n post pasal sawah padi

    ajeem : taknaklah jadi driver orang..kerja tak mencabar

    rikhman : ko tak reti?tipu lorr..

    artsoul : da ada dah...habis P da pun..haha

    anyx : waktu aku bawa lori aku nak ang duduk depan lori..boleh langgaq hang..haha

    Muhammad Azli Shukri : Haha..betul2

    Puteri Cahaya : Nak aku ajaq? upah sejam RM5000..sanggup??

    Ezul Iswhat : aku suka manual..lebih mencabar..kelakian terserlah..haha

    Ahmad Wan Omar : Thanks 4 da moral support

    Pikato Ezora : itu semestinya..haha

    Hapeace : sampai bila nak jadi 'bos'??haha

    Asybedazzle : aku on jer..takut ko la tak cukup lagi amal jariah..haha

    Cikgu Wiween : bukan takut dkt dia tapi takut pasal bawa keta..gangster mesti ada juga..haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama