Aznil Nawawi Pun Kalah!! Gila Hebat!!

Hari nih jadual memang padat gila wa cakap lu. Tetiba Dato jadi rock plak. Ehh!! Dato memang rock pun. HAHAHA(gelak Bandi Amuk). Kena plak kuliah waktu pepagi buta selepas solat sunat dhuha(betul ker aku eja nih??) memanglah amat memeritkan mata aku nih yang bagai dipaku serta disimen sekali. Tahap mengantuk memang setaraf Agong. Memang mengantuk gilalah. Gila punya mengantuk. Punya mengantuk gila. Sudahhh!! Apa aku meraban nih???


Nasib kuliah yang dari petang ke malam tu habis awal. Syukur pada Allah kerana membuatkan kesihatan pensyarah aku agak kurang sihat hari nih(Ya Allah, asal Dato maha kejam nih??). Bukanlah. aku mana boleh sekejam macam tu. Aku agak simpati tapi dalam masa yang sama sangat suka hati sebab kelas habis awal. Hahaha(gelak malu – malu manja sikit). Aku dengan 4 orang classmate aku yang rock lagi ganas pun pergilah melepak dekat kedai mamak depan kampus nih. Lama tak mengketedarah nan cheese yang enak lagi empuk ditambah dengan kejunya yang memang marvellous(telan air liur lah korang kan?).


Sampai jer dekat kedai tu datanglah Mat Bangla sorang nih nak mengambil pesanan dari kami semua yang kaya – kaya belaka buat masa nih lah sebab hujung semester karang tak tahu lah kan. Tengok!! Dato dah menjalankan tanggungjawab Dato dah bawa pelancong asing datang melawat Melaka. Asal korang tak puas hati aku dapat gelaran Dato?? Haha(gelak riak lagi angkuh beserta bongkak tahap Haji Bakhil + Rika Sumanto). Boleh pula Mat Bangla nih tanya macam – macam dekat classmate aku. Mahu menggatal lah tu. Nasib aku tak belajar ilmu hitam Long Khong. Kalau tak lagi hangus Mat Bangla tu terbakar dek kesan voodoo aku. Hahahaha(gelak Degawan dalam drama Susuk).


Roti Nan Cheese takder!!!!!! Hatiiiiiii iniiiii.....hancurrr dan luluhhhh keranamu...hati iniiiiii(tetiba plak Dato ternyanyi lagu Ella). Alangkah sedih dan luluhnya hati aku beserta dua lagi classmate tersayang kerana hajat tidak kesampaian bak debu- debu berterbangan ditiup sang bayu ditemani angin sepoi – sepoi bahasa. Wah! Tetiba plak aku jiwang nih. Apa kes??? Buang tebiat??? Gagagagaga(gelak gangster). Jadi, kami pun makan roti pisang dengan roti telur jer lah(asal ada nama roti pun jadilah).


Dekat situ ada satu skrin besar. Waktu tu ada rancangan Macam – Macam Aznil. Seronok kami semua bergelak ketawa bagai nak gila(aku lagi sikit nak gila rasanya) tengok nenek – nenek tua yang mempunyai kekuatan serta stamina yang sangat tinggi tahap jula juli bintang tujuh menari(nih sah minum Tongkat Ali nih) ditambah dengan kelucuan Aznil yang memang gila – gila. Tiba – tiba ada satu aksi yang menganggu tumpuan kami semua.. Baiikkkkkkk punya aksi.


Berani betul dua makhluk Allah nih bercengkerama di hadapan kami semua. Siap peluk – peluk cium lagi. Dah berapa kali si jantan celaka tu buat love bite dekat si betina gatal tu pun aku tak tahulah. Memang sial punya perangai dua ekor tu. Tumpuan kami semua beralih kepada mereka. Dah lama sangat dah diorang nih duduk berhampiran skrin tv tu. Kami semua dah gelak – gelak dah. Mata dah tak melihat dah dekat skrin tv si nenek – nenek dengan si Aznil tu..Tetapi aku selang seli jugalah tengok pasangan couple tu. Bak kata Juhi Chawla,”mera tera zindagi hair, karan putu nara pyar” atau dalam bahasa melayunya alang – alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hahahaha(gelak sopan)


Alih – alih Mat Bangla yang gatal tadi tu lalu dekat tempat couple yang tak senonoh tu buat projek. Tahu pula diorang takut. Siap lari lagi. Dalam 5 minit macam tu diorang datang balik tapi tengah mencari – cari port lain. Yang pelik tu datang lagi satu couple siap berkejar – kejar manja lagi dekat situ(hanjeng sangat perangai diorang nih..dah tak tahu malu kut). Classmate aku yang sorang nih ajak kami semua balik. Kata dia,”kalau lama – lama sangat dekat sini kang macam – macam lagi aksi diorang buat”. Kami pun mengambil keputusan blah dari situ(lepas bayar lah..takkan makan tak nak bayar kan?).


Kami semua pun pulang kembali ke kampus yang dekat di hati dengan gembira melihat perkara yang lucu tetapi agak mengjengkelkan itu(asal ayat terakhir nih aku tengok macam karangan aku waktu darjah 4 masa fanatik dengan buku Sang Kancil jer nih??)


P/S : Jahanam betul perangai kucing – kucing dekat situ. Nak jer aku baling batu dekat diorang. Ada ker buat projek masa orang tengah makan. Sangat cilaka punya perangai.



14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aduh..
    bergigit-gigit plak..
    adeish..
    drakula ke aper?
    xtw malu tol ar..
    kit aplak yg malu..
    hampes!!

    BalasPadam
  2. kucing pun korang skodeng kan?

    bawak2 la insaf..

    huhu

    BalasPadam
  3. hahhahahaha...

    same la cm ko razor!!

    BalasPadam
  4. sekarang ni musim mengawan kot,
    semua 'benda' nak buat masa ni. hahaha

    BalasPadam
  5. manja betul gambar ni..mcm tuannya kot.

    BalasPadam
  6. kalau kau dpt dokumentari.

    aku rasa bahan-bahan kau dah ada kat situ. ;p

    BalasPadam
  7. hee..
    amik iktibar..
    jangan kantoi dikhalayak ramai.. =P

    BalasPadam
  8. adess!.
    kasihan tuceng-tuceng tuh.
    hahaha!
    lawak,lawak!

    BalasPadam
  9. ish2..takdo kojo laen ko..tak hormat lgsg!

    huh baik blah je. tk pyh duk situ.hm..tkpun tegur je depa.biar sakit telinga

    BalasPadam
  10. Lotsoflove-Pearls : ahaha..tahu xper..kucing skrg perangai teruk2..haha

    razor : bukan skodeng lah ngok..dah diorang bercengkerama depan kami..terpaksalah tgok

    Budak Hijau : haha..betul2

    Asybedazzle : itulah..aku rasa macam tu jugak..

    roslinda : tahu xper...

    hunkiecrush : tahu xper...

    teddie : hahaha

    muhamad azli shukri : mana tahu?kahkahkahkah(gelak perasan bagus)

    e-zul iswhat : iakah? masalahnya aku dapat video clip..hahhaa

    hapeace : itulah pasal....

    rikhman : haha

    farah suka cookies : haha..

    princess liyana : masalahnya diaorang kucing..tegur pun bukan diorang faham..haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama