Plastik VS Sampah

Hari nih bersamaan 5 Februari 2009 tepat pukul 2.00 petang, aku bersama 3 ahli kumpulan audio dan video(deja rozalles, geena moralez dan amalina portava) serta seorang lagi rakan kami, Ain pergi mencari kawasan chalet yang sangat berdekatan dengan kampus kami yang dikhabarkan angin sangat cantik lagi mewah bak syurga dengan menaiki sebuah kereta sewa bernama Kancil dengan semangat yang sangat berkobar – kobar. Tujuan kami semua mencari chalet itu adalah untuk melihat kesesuaian lokasi pengambaran video kami. Selepas penat berpusing, tunggang terbalik, terbang, mengesot dan sebagainya maka berjumpalah kami semua dengan tempat yang dimaksudkan. Perkataan pertama yang keluar dari mulut masing-masing....Wahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!(bentuk mulut mengikut struktur mulut badak air menguap). Perkataan kedua yang juga keluar dari mulut masing-masing....Cantikkkkkknyeeeerrrrrr!!!!! Tempatnya memang cantiklah gua cakap sama lu tapi sebelum sampai chalet tu ada satu rumah nih(berdekatan chalet tu) menjual kuih bakar dengan harga RM2 lebih sebungkus. Ada seorang lelaki dan juga seorang wanita dalam lingkungan 40-an dalam rumah itu. Kami memberi salam dan bertanya lebih lanjut pasal chalet itu. Apa yang aku perasan, riak wajah mereka yang agak menakutkan tu sangat merasakan aku seperti di dunia lain(atau mungkin diorang terkejut memandang Dato SRK depan mata diorang kut). Kahkahkahkah(gelak perasan). Akibat kelaparan yang maha dasyat ditambah desakan usus perut aku yang mengugut akan melarikan diri jika aku tidak makan makanya aku terpaksalah membeli sebungkus dan menghabiskan kuih bakar itu dengan sepantas mungkin. Sedap juga!! Nyum nyum!! Chalet itu rupanya kepunyaan orang lain lalu kami berlima pun pergilah mengembara meneroka khazanah alam di situ untuk mencari pemilik hartanah chalet tersebut. Wah, memang mengagumkan. Hutan buatan manusia yang memukau. Ada tasik kecil yang ditemani sekawan bunga teratai menyerlahkan suasana kampung yang sangat mendamaikan. Kami semua mula membayangkan adegan – adegan yang mampu dirakamkan untuk assignment kami ini. Semua ciri – ciri yang ada pada chalet ini memang dah sangat sesuai dengan apa yang kami semua cari – cari selama nih. Pappppppp!!!(nyamuk durjana mati dilenyek tangan aku). Sial punya nyamuk!!! Darah aku juga ko nak sedut. Mentang – mentanglah aku baru makan kuih bakar yang manis tu. SUKALAH ko dapat menghisap darah aku dan GEMBIRALAH aku dapat membunuh ko. Hahahahaha(gelak jin). Adoi!!! Banyak betul nyamuk!!Cilakakkk!!! Tiba – tiba di satu rumah kami terpandang seorang makhluk Allah sedang mengorek tanah dan membersihkan pokok bunga di laman rumah tersebut. Amalina Portava : Assalammualaikum , pakcik!(dengan nada yang maha lembut) Pakcik : ..............(diam sambil memerhati dengan pandangan Puaka Niyang Rapik) Amalina Portava : Tumpang tanya....pakcik tahu tak siapa pemilik tempat nih.(nada maha lembut juga) Pakcik : Sayalah pemilik tempat nih...(muka kerek) Sudahhhhhhh!!! Aku dah dapat membayangkan dah azab nak bercakap dengan orang macam nih. Aku nak bersalam dengan pakcik tu. Tapi tangan dia sangat kotor dengan tanah – tanah pasu bunga tadi. Kalau mengikut cara aku sekeluarga selalunya kalau tangan kami semua kotor, kami akan membersihkan dulu tangan sebelum bersalam dengan orang terbabit. Tapi sebab pakcik nih memandang aku semacam jer dan sebelum dia menghulurkan tangan dia dulu sebaiknya biarlah aku yang muda nih hulurkan. Terpaksalah bersalam dengan tangan pakcik tu walaupun tangan dia kotor. Kalau tak bersalam nanti dikatakan aku berlagak pula. Pakcik : Kamu nih tahu tak kalau masuk tempat orang nih kenalah bagi salam. Sebut assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Kalau sebut assalammualaikum jer dapat 10 jer pahala. Kalau sebut assalammualaikumwarahmatullah dapat 20 pahala. Kalau kamu sebut assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dah dapat 30 pahala. Saya nih jawab dapat 1 pahala jer. Tak kisah sangat. Semua : owhhhh....(tak tahu apa dah nak cakap) Pakcik : Kamu tahu tak orang yang menghulur tangan tu dapat 10 pahala??Orang yang menyambut dapat 1 pahala jer..... Semua : .............(terkaku...tetiba masing – masing teringat subject CTU) Aku : ........(bukankah aku sudah hulurkan tangan dengan penuh kemesraan tadi??atau mahukah tangan beliau yang penuh dengan tanah tu dicium dan dijilat untuk memuaskan hati beliau???) Pakcik : Kamu semua dari mana???(nada suaranya sangat membuat aku menyampah). Deja Rozalles : Kami nih pelajar dari Uitm.....(belum habis cakap) Pakcik : Owh,kamu dari Uitm sini ker? Mana bukti yang menunjukkan kamu nih student Uitm? Semua : .........(masing – masing mengeluarkan kad pelajar) Pakcik : Maksud saya mana surat pengesahan dari pensyarah kamu?? Course apa kamu semua nih???(gaya menyampah) Aku : Kami semua student komunikasi dan media pakcik. Datang sini sebab nak tanya pakcik pasal harga chalet. Kalau boleh nak bincang lebih mendalam sebab kami nak gunakan lokasi nih untuk buat pengambaran.(nada suara aku sangat baik dan lembut..xpernah – pernah aku macam nih) Pakcik : Saya tahu tapi mana surat kamu untuk membuktikan kamu student Uitm? Kad pelajar jer belum cukup bagi saya. Mana surat yang membuktikan kamu buat research?? Patutnya kamu datang sini kena bawa surat. Kena ada pensyarah dengan kamu sekali!!!(mukanya macam meminta kaki aku menapak di muka beliau) Amalina Portava : Bukan macam tu pakcik. Kami datang sebab nak survey dulu. Nak tanya pasal alamat dan lain – lain lagi. Sebab kalau tak ada semua tu macam mana kami nak buat surat nak minta pengesahan dari pensyarah.(nada suara memang sama lembut macam mula – mula tadi). Pakcik : Itulah masalah budak – budak universiti kamu nih. Sorrylah, kalau saya kata budak – budak universiti kamu nih 3rd class. Termasuklah dengan pensyarah – pensyarah kamu sekali. Universiti lain senang jer. Saya tak ada masalah pun tapi kalau dengan Universiti kamu memang banyak masalah.(muka penuh keriakan dan keegoan). Deja Rozalles : Bukan macam tu pakcik. Kami datang nih sebab nak survey dulu. Kami pun baru tahu pasal chalet pakcik nih. Jadi, sebab tu lah kami ingat nak jumpa pakcik dulu bincang....(nada suara juga sangat lembut) Pakcik : Itu saya tak nak ambil tahu. Itulah saya kata. Universiti lain semua boleh buat tapi universiti kamu jer yang ada masalah. Pensyarah universiti lain boleh jer jumpa saya. Sewa semua chalet nih. Buat seminar lah, kem motivasi lah...kamu yang dekat nih pula yang banyak songeh...ikut saya amik brochure.(gayanya meminta aku menerajang mukanya). Owh, shit!!!!......tetiba aku rasa macam roh Mona Fendy dah memasuki badan aku dan aku sedang mencari pisau, parang atau gergaji untuk membahagikan tubuh si tua nih kepada 18 bahagian. Apa hal tetiba kau berleter, berceramah dan mengutuk benda yang tak sepatutnya kau cakap pada bakal pelanggan kau???? Adakah ini cara kau melayan bakal pelanggan yang mahu memberikan kau rezeki? Atau adakah si tua nih adalah MELAYU YANG LUPA DIRI???? Sementara menunggu si tua tu datang dengan brochure nya.... Aku : Saper - saper yang tak tahan tu korang duduklah dekat belakang. Nih tempat dia...kita terpaksalah ikut gaya dia(berbisik – bisik kepada lain – lain). Tiba – tiba si tua tu muncul dengan beberapa helaian brochure di tangan beliau..... Pakcik : Ambil sorang satu brochure nih. Brochure nih budak Poli yang buat. Cantik diorang buat nih. Saya tak suruh pun diorang buat tapi dah diorang nak buatkan. Bagus diorang tu. Aku : Owh...........(muka maintain senyum dan mulia)...(ada aku kisah ker???) Deja Rozalles : Pakcik...nih semua package – package yang ada dekat sini ker?(bertanya dengan penuh merendah diri) Pakcik : Saya sediakan package – package tu jer. Kalau kamu semua tak nak kamu boleh sewa resort lain. Kan banyak lagi resort dekat luar tu.....(masa nih hati aku membuak – buak mahu bagi penumbuk dekat muka dia)...lagi satu kalau kamu nak tempah 1 bilik dua orang jer..tak boleh lebih dari dua orang...kalau lebih kena sewa lagi chalet yang lain..lepas tu saya tak nak laki dengan perempuan duduk sekali dalam satu chalet melainkan kalau suami isteri. Aku : Yer lah Pakcik..kami cuma nak buat pengambaran dekat sini jer..itulah sebab kitorang datang nih nak tanya pakcik pasal benda nih..nak bincang apa yang patut...(aku dah ke aras paling tinggi dalam arena hipokrit a.k.a plastic..tetap maintain dengan nada yang lembut dan muka yang manis lagi bercahaya kemuliaan walaupun hati macam nak bagi kame kame ha jer dekat si tua nih). Pakcik : Apa-apapun saya nak surat pengesahan...lepas tu kamu bawa sekali pensyarah kamu...baru kita boleh bincang apa yang patut dibincang...apa – apa hal call saya..dekat brochure tu semua ada...(muka yang menjengkelkan) Semua : Terima kasih yer pakcik. Maaflah menganggu tadi(sangat plastic yer disini). Kami semua pun diam jer dalam perjalanan untuk ke tempat parkir kereta sewa kami tadi. Masing - masing menutup mulut takut ada CCTV dekat tempat tu. Hahaha(gelak gila). Lepas keluar jer dari kawasan chalet semua menjerit kegilaan. Rupanya, semua menahan kemarahan yang amat sangat. Yang aku tak tahan tu...... Deja Rozalles : Ko dengan Amalina hebatlah weih!! Relax jer aku tengok. Aku tension jer tadi tapi aku ikut jer lah rentak orang tua tu. Aku : Hahaha....ko ingat aku sabar sangat ker? Tadi tu berlakon jer. Ikut hati aku nih mau gaduh jer dengan orang tua tu..tapi kita semua dekat tempat dia. So, ikut jer lah gaya dia!! Lagipun, biarlah kita balik dari tempat dia dengan keadaan yang bermaruah. Kalau gaduh – gaduh satu hal plak. Kang kecoh satu dunia kita juga yang malu. Geena Moralez : Aku memang dah tak tahan dengan orang tua tu. Sebab tu aku dengan Ain dekat belakang. Korang rajin jer melayan orang tua tu bercakap..tambah – tambah si Deja nih. Deja Rozalles : Ehh, mana ada..... Ain : Eh. korang rasa brochure tu cantik ker? Amalina Portava : Cantik ke apanya...gambar pecah kut! Ain : Itulah kan. Aku rasa aku buat 100 kali cantik dari nih kut!! Semua : TAHU TAK PER!! Ain : Gila ahhh orang tua tu..aku rasa dia cuba melepaskan kemarahan dan kebosanan dia dekat kita sebab dia dah lama tak jumpa manusia kut..tempat tu kan tersorok jer..susahkan nak jumpa orang. Amalina Portava : Hans!!! Lepas nih call jer lah terus resort dekat PD tu. Aku : Wokay!!!! Geena Moralez : Setuju!!! Deja Rozalles : Okay!!! Aku : Eh....chalet nih macam mana? Korang tak nak ker?? Geena Moralez : KO GILAAAAAAAAAAAAAAA??? Deja Rozalles : TAK NAKKKKKKKKKKKKK!!!! Amalina Portava : CANCELLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku : Muktamad??? Semua : MUKTAMADDDDDDDDD!!! Aku : Hahahahahaha!!!! P/S : Kepada pembaca – pembaca blog ini yang mempunyai perwatakan dan nilai – nilai murni seperti atau seakan – akan serupa dengan watak PAKCIK diatas, saya sangat – sangat mengharapkan anda berubah menjadi manusia yang lebih dihormati supaya tidak dipandang seperti sampah di mata makhluk tuhan yang lain!!

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. memang orng 2x mcm tue ingat dwng bgus sgggt..
    waah leh jadi pR ni..
    lol

    BalasPadam
  2. ko bgtau aku sapa org tua tu n kat mana resort dia!!

    cibai tol!!!

    aku plak yg emosi baca!

    BalasPadam
  3. AKu gelak guling2 baca penggunaan ayatnyer..
    Lawak ar..

    memang namanya pelakon ar depan pakcik tue.. siap dengan ke'plastic'an lagi..

    **Dato SRK masuk hutan plak..
    huhu..

    **aku sokong korang p tpt lain ar..

    BalasPadam
  4. Rikhman : rasa2 leh jadi PR kut..haha

    Aizul : adess....asal ko emo plak nih?nih kalau aku bagitahu kang ko buat bukan2 dkt orang tua tu plak...

    LotsOfLove-Pearls : yups...pergi PD...

    BalasPadam
  5. bajet lebih...
    aku yg jd hangin

    BalasPadam
  6. betul hans,
    bila aku baca post ko kali ni,
    aku sangat geram yea..
    mcm nak bakar je tempat tue..

    apesal plak nak kena bawak lecturer g tempat2 cam gitu..

    aku rasa semua lecturer pon x ingin nak g jumpe dia semata- mata nak deal harga..
    buang masa.. keji lah orunk tua tu..

    BalasPadam
  7. hahaha...padan muke ko..

    dah tau ko dok melake kan..

    xkan xpaham2 lagi perangai org melake cemane..
    wahaha..gelak sama dia..

    hehe

    BalasPadam
  8. Bunga Binti Nordin : haha..sabo2

    Danny Ocean : itulah pasal..aku dah cakap dah dkt dia nih assignment group..bukan pasal nak wat seminar ker apa..tapi dia tak nak dengar..dia kata nak surat n bawa lecture skali..aku sangat pelik dgn orang tua tu...

    Gjul : aku memang dah dalam duduk melaka tapi inilah pertama kali dalam sejarah aku jumpa orang Melaka yang macam nih perangainya...rambut tak sama hitam..hati pun tak sama juga...

    BalasPadam
  9. kesian korang kan...
    PR kena baik, sentiasa kata Ya...
    sorokkan emosi...

    bagi aku tengok diorang punyer maklumat...
    nak try gak

    BalasPadam
  10. ala..aku pun penah dok maesjid tanah tu setaun..memang org melake menakutkan...

    tapi layankan jek..aku dulik ape..bukan aku kenal depa..

    depa pon xkenal mak bapak aku..

    so xyah nk kesah..

    BalasPadam
  11. klu org melaka tu melayu, ak tak penah jmpe lagi yg mcm pak cik tuh... habis2 pun tyer ko tak mampus lagi...itu jer.tpi utk kes ni, pakcik tu mmg nak mampus.

    BalasPadam
  12. Boleh buat skrip teater ni.

    Psss.. chalet kat dalam hutan tu ke?

    BalasPadam
  13. Jowo : tahu xper..nak menyiasat??bila ko jadi spy???

    Gjul : yups...layan sudah kan....setahun jer bro..aku dah nak masuk 3 tahun..

    Omarkhayam : haha...sabar2...umur pakcik tu panjang lah...

    Pegawai Khalwat : ermmmm...carilah sendiri...off record yeahhh

    BalasPadam
  14. kerek gile..
    menci ak bace.. macam, "apahal org tua neh? tak pasal2.."
    iee...
    bagus2..
    at least ko hormat lg kt org tua..
    bravo..
    huhU~

    BalasPadam
  15. Bro, nak tanya apa-apa bole e-mel aku. Pegawai_khalwat@yahoo.co.uk

    BalasPadam
  16. Selamat menjalankan penggambaran di tempat baru..

    PD mari!

    BalasPadam
  17. aimy yasmin : bravo2....

    pegawai khalwat :wokay..beresss

    lotsoflove-pearls : doakan kami berjaya

    princess liyana : itula pasal..
    huhu

    BalasPadam
  18. haha,

    resort apa?

    nk pg tackle pakcik tuh=)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama