Perangai aku agak pelik bila tiba sahaja waktu peperiksaan. Risau menghadapi peperiksaan? Itu bukan pelik tapi itu realiti kebanyakkan manusia tidak terkecuali aku sendiri.
Tetapi, apa yang peliknya disini ialah aku akan menyembunyikan buku – buku yang penting ke dalam loker dan mengunci ‘mereka’ rapat – rapat apabila tiba waktu peperiksaan sehinggalah tiba waktu yang perlu untuk buku ini digunakan. Kenapa aku tersangat pelik nih? Ini adalah salah satu strategi untuk menghalang ‘perompak buku bertauliah’ dari ‘meminjam tanpa memulangkan’ buku aku atau lebih tepat dikatakan sebagai PENCURI BUKU.
Mungkin sebab aku sudah terkena maka aku sangat berhati – hati apabila tiba sahaja waktu peperiksaan. Aku dah penat merasa risau sebab tak ada buku nak digunakan untuk mengulangkaji pelajaran kerana dicuri. Alhamdulillah, semester ini hanya satu buku sahaja yang hilang dan syukur ianya hilang sebelum waktu peperiksaan. Kalau tak.....???? LU FIKIRLAH SENDIRI!!!!
Ramai juga sahabat aku yang hilang buku yang sama untuk semester kali nih. Kadang – kadang aku rasa aku tahu siapa ‘perompak buku bertauliah’ tu tapi bila aku dan rakan – rakan yang senasib menjalankan siasatan tidaklah pula berjumpa dengan bahan bukti yang dicari. HEBAT!!! ‘Perompak Buku Bertauliah’ memang hebat!!
Kepada ‘perompak buku bertauliah’ yang mempunyai akal dan perasaan sebagai seorang manusia(jika anda masih lagi seorang manusia)...tolonglah hentikan tabiat buruk anda. Jika anda boleh pergi ke kuliah tanpa membawa buku langsung itu bermakna anda seorang yang sangat bijak. Jadi, kenapa anda tiba – tiba memerlukan buku untuk mengulangkaji pelajaran? Anda kan seorang yang BIJAK!!!!!
Kalau anda tidak ada wang apalah salahnya jika anda meringankan mulut dan merendahkan diri anda seketika meminjam sekejap daripada rakan anda dan mengulangkaji lebih awal dengan membuat nota secepat mungkin? Kenapa perlu ‘MERAMPAS’ harta orang lain????
Ingatlah ‘perompak buku bertauliah’!!!! Kalau dah namanya ‘merompak’ mestilah apa yang dirompak itu haram belaka. Kalau buku yang kau rompak mestilah ilmu yang kau dapat itu tidak berkat kesemuanya. Apabila ilmu yang dipungut tidak berkat maka kehidupan pun tak akan aman. Rezeki yang kau dapat apabila bekerja nanti pun tak halal!!!
Kadang – kadang aku pelik dengan si ‘perompak buku bertauliah’ nih. Mereka tak ada apa – apa perasaan ker bila merompak buku – buku manusia lain?? Mana pergi perasaan BERSALAH mereka? Aku tahu si ‘perompak buku bertauliah’ nih tak pernah membaca blog aku tetapi aku sangat – sangat mendoakan agar mereka yang sealiran perangainya dengan makhluk yang bernama ‘perompak buku bertauliah’ nih agar segera insaf dan bertaubat. Jangan Pentingkan Diri Anda Sahaja!!!!!
Hari bukannya selalu cerah dan hidup ini tidaklah selalu indah. Hari ini mungkin si ‘perompak buku bertauliah’ bergembira dengan ‘hasil rompakan’ mereka. Tetapi, esok lusa mungkin si ‘perompak buku bertauliah’ ini akan hilang sesuatu yang lebih berharga dalam hidup mereka. Insyaallah!!!
P/S : Kepada Sesiapa Yang Pernah Atau Bakal Menghadapi Situasi Seperti Ini Diminta Agar Berhati – Hati Dan Menyimpan Buku – Buku Anda Di Tempat Yang Selamat.
hahahaha..mmg jenis2x perompak ni sgt ramai kat hostel..
BalasPadamtuh ah
BalasPadamaku dgr sater pon kenal
mintak2 la aku xkena
amin
kiterang kat skola simpan bku teks bawa meje agi..
BalasPadaminsyaAllah tak ilang..
kecuali cekgu SPBT yg 'curik'..
ehehehe XD
weh, xberkat ilmu rompak2 bku nih. haha
BalasPadamWaktu periksa, bawak jer 'toyol'...
BalasPadam*Hurmmm...*
ini adalah entri benci dengan sepenuh hati.ahak!
BalasPadamer. aku xpna lak jupa situasi cmni kt hostel lu.
mungkin aku tak ramai musuh kowt.
atau mungkin, org takot nak rompak buku aku. ntah lah.
tapi yang pentingnya, buku aku salu ilang bkn sebab perompak.
sebab lama aku x "membelai" beliau dan tertanam di dalam timbunan buku2 majalah remaja aku. hahaha!!
ek jugok orang cenggituh norhhh
BalasPadambapak keji prangai seko2 hans..
BalasPadambabi argh!!
hish sabo jela org gni..ni msti yg tk pernah photostat nota atau beli buku dr awal sem..smpai org pnyer dikebasnye...ish ish
BalasPadamnamkhir : itu lah pasal...
BalasPadamjohn takie : kalau kena matilah ang..haha
chubbycekelat : skolah lain..aku pun simpan dalam meja...haha
asybedazzle : betul2...
s.yanaz : xpernah lagi bawa toyol time exam..haha
pikato ezora : hang memang...hahaha
greeniey cactus : ada punya
aizul : uish..relax lorr...
princess liyana : betul lah tu
hamboih psl buku hans marah sungguh yek. gagagga
BalasPadamcikgu wiween : marah tul tu...huhu
BalasPadamwei, work aku kene rompak wei...
BalasPadamtau2 je die ambk n dgn belagaknyer die tunjuk kat aku n ckp "EH, LUPE NAK CKP, KU AMBK BAHAN KAT KO ARI 2..."
xtau nak ckp ape....
wei, work aku kene rompak wei...
BalasPadamtau2 je die ambk n dgn belagaknyer die tunjuk kat aku n ckp "EH, LUPE NAK CKP, KU AMBK BAHAN KAT KO ARI 2..."
xtau nak ckp ape....
sengkoool : saper oit???
BalasPadamde jgk ke org mcm ni..ish2...
BalasPadamxsangka btol...knapa ak xpnh pn dgr cta2 ni kt tmpak ak...
org perompak baju n kasut bertauliah tu ramaila..huhu
batrish : hahaha..perompak kasut pun ramai juga..tu dkt mana2 pun ada...
BalasPadamxpernah lak jd mcm ni..
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com