Sudah Setahun..

Reaksi sesetengah manusia yang tidak ada blog terhadap manusia yang mempunyai blog sendiri :-

Manusia V : Tak minatlah aku blog – blog nih. Buang masa jer nak menulis – nulis nih.

Manusia W: Blog? Rajinnya menulis. Malaslah bab – bab nak kena menulis nih.

Manusia X : Manusia jiwang jer suka blog – blog nih. Boleh luah – luah perasaan.

Manusia Y : Kalau ada blog pun tak tahu nak tulis apa dalam tu.

Manusia Z : Macam mana nak buat blog? Tolong ajarkan.

Reaksi sesetengah manusia yang ada blog terhadap manusia yang mempunyai blog sendiri :-

Manusia R : Entah apa – apalah blog nih...merepek!!

Manusia S : Tuan blog syok sendiri nih..

Manusia T : Blog yang membosankan..

Manusia U : Menarik..lain dari yang lain..suka blog nih.

Manusia sebenarnya tidak pernah puas. Mesti ada sahaja benda yang hendak dikatakan sama ada perlu atau tidak. Kadang – kadang dalam waktu yang sama manusia selalu mengkritik manusia lain tetapi tanpa disedari kritikan yang dibuat juga perkara yang sama dilakukan oleh si pengkritik itu tanpa beliau sedari.

Sesetengah manusia seharusnya memahami seseorang individu itu kerana setiap individu mempunyai gaya dan cara penulisan yang berbeza dari segi idea atau penulisan.

Kadang – kadang manusia suka mengkritik apabila manusia lain mahu berkongsi kegembiraan atau kedukaan melalui pengalaman kehidupan mereka di blog. Bagi mereka seharusnya benda itu menjadi rahsia si pengarang tetapi mungkin bagi pengarang benda itu harus dikongsi dengan di luar sana.

Hilanglah keunikan sebuah kehidupan jika semua manusia berfikiran dan bercitarasa sama sahaja dalam setiap perkara. Jadi, setiap individu memang lain dari segala sifat dan sikapnya. Setelah setahun berlalu, penulis sangat bersyukur kerana masih dapat menulis di blog ini. Sedar tak sedar penulis sudah mengumpul sebilangan rakan dan dapat berkongsi cara pemikiran rakan – rakan yang lain.

Terima kasih atas sokongan, pujian, kritikan dan kutukan kalian kerana itu semua membuatkan penulis lebih kuat dan bersemangat untuk terus menulis di blog yang sudah mencecah usia setahun ini. Terima kasih semua!!

P/S : Penat Betul Menaip Secara Formal Di Atas. Hahaha!!

P/S Lagi : Sedap Sungguh Pizza Udang! Aku Dah Rasa! Korang?? Telefon Jer Pizza Hut!!! Hehe!!

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku msuk list kawan br ko ke x?

    BalasPadam
  2. Hans,
    kawan gua ckp,
    "Penulis blog tak ada keje yg nk dibikin"
    Ayoyoo...

    Gua mao turun Alor Setar/Padang Besar 4 Jun ini tawww.

    BalasPadam
  3. yep. u r absolutely rite! (pes time aku sokong ank.lol~)

    oik! xabs2 gn piza udang ank.
    nt lh aku beli. cet!

    BalasPadam
  4. Btol xbest kalau smua org citarasa sama kan?xunik la.huhuhu.alah jgnla ckp pasal pizza.adeh!jahatt tau.da mgdam tgh2 mlm ni.huhu

    BalasPadam
  5. hans,

    blog kita berusia sma la.
    wujud waktu pd tarikh yg sma! ;)

    BalasPadam
  6. Hye Datuk..
    kahkah...
    sopan jer perbualan..

    aku rasa aku bahagia berbloggin..
    mcm best..
    boleh kenal ngn Datuk Shah Rukh Khan..
    hehe..

    biar jer ar dorang nak kater per..
    yg penting kita tau kiter buat aper..
    hhe

    BalasPadam
  7. wahwah. bagus lah anda ni.

    ps: pizza udang sememangnya sedap!

    BalasPadam
  8. sebab tu wujud pepatah rambut sama hitam(walaupun sekarang ada yg colour2) hati lain2.

    pnulisan kau dh brtambah matured. bagus lagi kau tulis macam formal tapi berisi.

    BalasPadam
  9. dh setahun ke weh??

    tahniah la...

    ingat lg masa mula2 hg menulis blog keja dk promote bloh hg kat mespace ku ja...

    penuh comment hg sj...

    hahhaa...

    BalasPadam
  10. aku manusia Z.ha2..

    BalasPadam
  11. I-sya : thanks

    Zack : maybe..haha

    S.Yanaz : betulkah?rombongan sekolah ker apa??

    Pikato Ezora : haha..bukan dah banyak kali kah ang sokong aku??haha

    Princess Liyana : betul2..order sudah..

    Irma Ain : iakah? tahniah jua pada anda..

    Lotsoflovepearl : betul2..

    Amri : thanks usha blog aku

    Ezul - Iswhat : haha..rambut xsama dah skrg..huhu..

    Gadis Kampung Tapi Bandar : awal2 promote sakan lah..haha

    Sengkool : haha..bila nak buat blog??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama