Asal Lah Aku Tak Basuh Kaki?? Kan Dah Kantoi!! Adoi!!

Kisah nih berlaku sewaktu aku di tingkatan 2. Masa tu aku bersekolah dekat SMKA Kedah. Aku di dalam kelas Bahasa Arab pada hari tu. Kelas nih berada sejam di waktu akhir hari persekolahan. Aku berasa sangat bosan mendengar apa yang di ajar si Ustaz Basri waktu tu. Jadi, aku pun mengambil buku aku dan melukis orang – orang lidi.

Macam – macam aksi aku lukis. Ada yang tengah terbang. Ada yang tengah berlawan. Siap keluar api – api lagi(lukisan adalah sangat buruk dan lebih teruk dari kanak – kanak tadika). Dan yang paling tak leh blah tu aku lukis orang lidi perempuan yang memakai tudung tapi bajunya hanyalah bra dan seluarnya pula adalah seluar dalam beserta kasut tumit tinggi(lagi sekali ditegaskan lukisan adalah orang lidi sahaja).

Lepas tu aku tergelak – gelak kecil dan perkara itu disedari salah seorang sahabat baik dari sekolah rendah sehingga sekarang, En.Luqman. Perbualan yang sangat perlahan pun bermula dikala itu :-

Luqman : Hang buat apa weih?(berbisik – bisik)

Aku : Hang tengok nih? Cun tak? Hahaha!(berbisik – bisik)

Luqman : Nak hareee(haram)..tak leh blah!Haha!(berbisik – bisik)

Ustaz : Tu kenapa bising – bising tu..(bercakap lembut)

Aku : Eh, tak ada apalah Ustaz.

Pembelajaran diteruskan dan aku berlakon kononnya memberi sepenuh perhatian padahal aku masih melukis orang – orang lidi itu. Tengah khusyuk aku melukis tanpa sedar Ustaz Basri ada di belakang aku dan memerhatikan aku melukis.

Ustaz : Eh, cantiknya awak melukis Hanis!

Aku : Eh, mana ada Ustaz…Saya saja – saja lukis.(Tahap Kritikal Punya Cuak)

Ustaz : Bak kejap buku awak tu.

Aku : Eh, tak payahlah Ustaz…(mati aku….malu giler lah kalau diorang tengok)

Ustaz : Eh, benda baik tak baik simpan. Kongsilah dengan rakan kamu. Cantik lukisan kamu nih…(mendesak – desak)

Aku pun terpaksalah bagi buku tu dan Ustaz Basri mengangkat buku tu tinggi – tinggi dan menunjukkan hasil karya aku yang agung tu pada satu kelas. Semua gelakkan aku macam nak mati. Waktu tu aku rasa aku dah menandingi Saiful Apek dari segi populariti.

Ustaz : Baiklah. Kamu tahu salahkan lukis benda – benda macam tu. Jadi, Ustaz nak kamu pergi ambil wuduk.

Aku : Baiklah……(muka malu dah tak tahu macam mana nak cakap)

Pergilah menuju dekat tandas berhampiran. Setibanya di dalam sana, aku mulalah berwuduk hingga sampai ke bahagian terakhir iaitu kaki. Perbualan dengan diri sendiri pun mula berlaku :-

Aku : Ish, kang basuh kaki nih nak pakai stoking plak. Basah kang nanti berbau plak. Tak payah lah basuh.

Aku Lagi : ……(memandang cermin sambil mengangguk tanda keyakinan yang menebal)

Sampainya di kelas, aku cepat – cepat ketempat duduk tetapi hasrat itu terbantut kerana Ustaz memanggil aku kepadanya :-

Ustaz : Dah wuduk dah?

Aku : Sudah Ustaz.

Ustaz : Betul nih?

Aku : Betul Ustaz. Buat apa saya nak tipu?

Ustaz : Awak basuh ker tak kaki awak tu?

Aku : Mestilah basuh Ustaz.

Ustaz : Tak basah pun seluar kamu!

Aku : …….(tetiba muka terkantoi)

Sekali lagi diketawakan beramai – ramai di dalam kelas. Ustaz pun menyuruh aku pergi sekali lagi dan kali ini aku betul – betul berwuduk yang lengkap dan terpaksa memakai stokin dengan kaki yang basah. Kembali kedalam kelas semula dan Ustaz memberi buku lukisan orang lidi tu kepada aku kembali.

Sejak dari itu, aku masih melukis orang lidi dan kadang – kadang ada juga orang lidi berunsur lucah seperti itu tetapi semestinya bukan lagi pada waktu matapelajaran Bahasa Arab.

P/S : Kalau Tahu Dah Lama Aku Basahkan Kaki Seluar Tu. Kantoi!

Fakta Tambahan : Gambar Tu Dari Atuk Google Tapi Lebih Kurang Aku Lukis Jer.

56 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hehe,,,tu lah kan dh katoi...ape2pn syok bace en3 ko ni...

    BalasPadam
  2. haha ada bakat nih, nnti mna tau leh ganti imuda :D

    BalasPadam
  3. grrrr..kelakar la ko ni..huhuhuh

    dulu kantoi ngn ustaz tulis lagu jiwang kat blakang buku bahasa arab...hahahaha :p

    BalasPadam
  4. hahaha~
    aduyai hans~
    kamu ni~
    lain kali bagi percik2 air pun cukup~

    =]

    BalasPadam
  5. hahah,,sgt lawak entri ni..
    tula,,nk nipu x pndai..

    BalasPadam
  6. salam... hehehe.... kan dah katoi bijak sungguh ustaz itu...

    BalasPadam
  7. Hisham : haha..thanks

    nazra : gila..ku lukis orang lidi jer kut

    suehann : hahaha...malu kut

    Lord Zara : time tu hatiku suci dan lurus..haahaa

    BalasPadam
  8. hahaha
    stylo gak zaman budak2 ko ni...haish....

    BalasPadam
  9. hahahahahahaha..


    mmg lawakkk..


    2laa pasall...cari pasall..

    t ak request owg lidi pakai tdng ala2 ct satu...
    hahahah~!

    BalasPadam
  10. Itulah..nak tipu plan la awal2 dulu..hehehe

    BalasPadam
  11. naz ilyn : hahaha..ustaz tu memang..

    wanny : hahaha..skrg dah pandai

    mr clive : stylo tu tak lah sangat...aku rasa aku nerd jer dlu

    cik haa : hahaha..bleh2..dah siap lukis..haha

    BalasPadam
  12. oh oh..

    haha! ye ke kau secomel itu?

    BalasPadam
  13. Hahaha....akak gelak sampai guling2.

    Ada satu cerita suami akak masa tingkatan dua.....kalau dia cerita kami juga akan gelak guling2....

    Nantilah, kalau dia izin akak akan buatkan satu entry untuk itu...hihi.

    Budak lelaki memang kreatip...erm.

    BalasPadam
  14. iskkkk malu seyhhhh...

    *setahun sekali je pesta penang tu, so make sure dlm setahun awk pegi sekali..hehe

    mcm2 ada kt situ. konsert, fun fair, kedai2 n many more...

    BalasPadam
  15. haha..aku pon gelak gak..ko leh kawan same org lidi la cmne..lol

    BalasPadam
  16. Ha..ha..ha...nakal sungguh!






    ckLah dulu pun selalu kantoi dalam kelas bahasa Arab.....dari form 1, sampailah form 6.....Nasib baik lulus mumtaz jugak!

    BalasPadam
  17. Kejora Di Ufuk Timur : berani mati jer masa tu

    Luna : xfaham

    Asyiq : haha..agak kreatif la kut

    Hazzy Ishak : owh,xpernah pegi la seumur hidup nih..tu yg nak pegi tu

    Chokio Nia : hahaha

    BalasPadam
  18. hahaha, gambar tu agak lawak.... Dia pakai seluar dalam je kan? Hahahaahah.

    BalasPadam
  19. hahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahhahaah

    kantoi free2!!!

    ngoks ngeks!!

    2 kali kantoi!

    hahahahahahahahaahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahah

    BalasPadam
  20. ahahaha~
    ;P

    ko pon~
    laen kali amek wuduk btoi2~

    BalasPadam
  21. hahaha..
    kantoi baekk punya..
    takpe, skang mesti dah pakar dah kan..
    hahaha

    BalasPadam
  22. Xiinam : Gua pun nasib lulus..haha

    Arief Art : cess...sikit2 la pakar..haha

    Ghostone : Suka kau yer...

    Mr Clive : Jom!

    Chentamaya : Hahaha....Stokin Basah

    Faiz Farish : Ar Ar..tapi tu aku rembat dari Atuk Google..tapi aku lukis lebih kurang tu jer..haha

    BalasPadam
  23. hahaha.
    kantoi sudah.
    terdedah karya agung.
    haha.

    BalasPadam
  24. jujr sgt..percikkn air sudah...naif2...hahaha

    BalasPadam
  25. ade bakat melukis tp xde bakat berbohong nih...
    poksu dah bis exam ;D
    nt lame xdapat komen blog hans~

    BalasPadam
  26. moral of the story..
    x guna tipu ustaz..dia tau segalanya...hehehe

    BalasPadam
  27. wuihh, ksian btol. kantoi. haha. :D
    bijak mlukis rpenye. :p

    BalasPadam
  28. Moral of the story, jgn MENIPU oke.
    :D

    BalasPadam
  29. isk3..boleh tahan honaq no..ada gak kawan sekolah agama kedah dulu..ppuan..

    BalasPadam
  30. simpan lagi tak drawing tuh? leh kumpul2 letak kat blog.pasti lagi lawak..hahahaha....

    pasal basuh kaki tu, mmg takleh blah. ust tu kasyaf ker?haha

    BalasPadam
  31. hahaha
    cikgu2 memang terer bab2 kantoikan budak2 time dlm kelas kan?

    BalasPadam
  32. klako btui la ang neh..
    tp cm same je happen kt ak tem smka dl..
    haha

    BalasPadam
  33. ekekekekeke.. baik je ustaz tu kan..

    ustaz aku dulu..

    'ko main2 waktu aku mengajar ek? berambus!!!'

    ini serius!! :(

    BalasPadam
  34. rugi aku x kasi ko tlg aku buat drawing!

    BalasPadam
  35. haha.. baik punye ustaz.. amik ko. kantoii sudah.. karya agung tayang free2 je..hahah

    BalasPadam
  36. ngahahahaha.........

    BalasPadam
  37. geeds :haha

    chah : malu juga..haha

    mia : macam2..haha

    wan sheva : dan dan sama...

    omar khayam : hahaha..dah recycle dah buku tu

    wook sengkul : haha..lagi teruk kut aku lukis dari kupu2 malam..huhu

    dobot : haha

    si tedi : huhu..yg tu memang aku pun tak berani

    solehah : saper?

    azizol : haha

    sya mansor : tahu xper..

    ella : haha

    assybedazzle : haha..jgn main2..nak kulukis muka ko?huhu

    zack : yang tahu segala2nya Allah

    Poksu Daus : masa tu jujur..skrang dah pakar dah tipu2 nih

    aminah : hahaha.masa tu naif sikit..

    BalasPadam
  38. Salam..Hans..Hihi..tu la xbek tau buat cam2 taim Ustaz ngajo..Kn dh terkantoi..Terkantoi lokis org lidi separa 18sx+Ambil Wuduk x cukup sifat!

    p/s: So naughty aar u!Rotan diaaa!

    BalasPadam
  39. Hanida Lavida : huhuhu

    Ieda The Rainbow Princess : hahaaha...ustaz baik..xper

    BalasPadam
  40. apa kes wudhu x basuh kaki? haha

    ko lukis mesti seksi2 kan... itu luahan imaginasi liar ko tu. wakakaka

    BalasPadam
  41. hahahha.. 2x kantoi dgn ustat :)
    sabo ajelah hans

    BalasPadam
  42. Miss Nina : itula pasal..2 kali kantoi yg dia ingat aku sampai aku tukar sekolah...haha

    BalasPadam
  43. haha..
    nak jugak komen..
    kuikui..
    lawak uh..
    tp ble ag nk dpt xperience cm2
    tyme mudamudi la mao bt prngi pon.
    hakhak..
    truskn brusaha mngasah bakat mlukis org lidi anda.
    ;p

    BalasPadam
  44. ustaz tu kasyaf kot? (kebolehan mmbaca fkrn)

    BalasPadam
  45. haha..sian betol..tapi betol gak nant stokin ko mesti busuk bile ko pakai basah2..

    BalasPadam
  46. ustaz tolong upload kat google tu.

    BalasPadam
  47. hakhakhak. student SMA kot. jom speaking arab ; p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama