Kesihatan : Separa Sihat
Otak : Tak Fikir Apa - Apa
Sudah 2 minggu barangkali aku bercuti semester terakhir aku dan semalam aku diserang resdung ketika berbual lucah dengan Razman(hahahahah..maria ozawa kucing ko) dan tetiba aku teringat pada hari pertama aku mendaftar sebagai pelajar Uitm. Pertama kali keluar dari utara untuk menuntut ilmu di selatan(Melaka selatan ker?) membuatkan aku sedikit teruja tetapi dalam masa yang sama agak risau.Risau?Kenapa perlu risau?Risau disebabkan aku seorang diri. Memang ada rakan – rakan yang tersesat dekat sini seperti Hambali dan Diva Pikah(saja kasi angkat hang bagi hebat sikit) tetapi sebagai manusia yang sifar pengetahuan tentang negeri Melaka maka rasa sangat cuak. Melihat ramai manusia datang mendaftar dan berfikir sejenak,”Ramai juga manusia 2nd intake nih”. Yeah, aku menjadi pelajar yang memasuki kemasukan kedua tetapi tidak kisahlah jika dianggap kami semua nih tidak bijak, bodoh atau tersisih sebab bagi aku sama sahaja cuma tarikh sahaja yang lain. Agaknya?
Untungnya aku jadi seorang perantau ilmu. Kau datang seorang diri(maksud aku tiada rakan - rakan) dan pulang ke rumah dengan beratus sahabat dari Perlis sampai ke Sabah. Daripada gemuk macam gajah berubah menjadi stabil(tapi cuti - cuti nih macam dah stabil jer berat aku...hahaha). Daripada buta fesyen kepada separa buta fesyen(kira okaylah dah tak pakai baju besar - besar gedabak). Daripada cakap loghat utara sahaja tetapi sekarang dah boleh cakap semua loghat negeri dah(sebenarnya aku perosak bahasa setiap negeri..haha). Daripada makan gulai dan sekarang macam - macam aku sumbat dalam perut nih.
Jadi, selepas ini aku rasa mahu menulis tentang rakan - rakan aku di sana yang bersusah payah dan banyak membantu aku selama 3 tahun dekat sana. Mungkin bukan semua yang akan aku ceritakan tetapi walaupun mungkin korang tak ada dalam blog ni korang semua masih kawan - kawan aku. Apa - apapun terima kasih atas segala jasa korang semua. Hanya Allah sahaja mampu membalas.
P/S : Baru Habis Tengok Ugly Betty Season 1
ugly betty dh bosan! mula2 je best.. hehhe
BalasPadamwah ur post pun buat i rindu ngn musim2 sekolah & kolej :(
ko dah balik negeeri ke?
BalasPadamperbualan lucah tu bukan ko stat dulu ke?
BalasPadamuhuhuh..
BalasPadamudah abis yerk???
besh2!!!
ak lagieyh setaun setengah!!!
arieza : yups..tgok season 1..tu rasa best jer..
BalasPadamsi tedi : negeri kedah?sudah...
razman : eh,aku ker?hahahhaa
ghostone : alhamdulillah
ko boleh cakap sabah ka?
BalasPadamhaha..perosak loghat bahasa negeri laen..mesti dah macam2 yg ko ckp tp laen bunyi n maksud kan..
BalasPadamfatt chin choy : bleh saja bha...mau putar pun boleh bha
BalasPadamiylienaz : mana tahu nih?hahaha
manusai same je akalnye..jgn rendah diri..sepak kang..
BalasPadamchokio nia : aku tinggi diri kut..haha..ko sepak aku tembak..
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com