Rakan Saya Siri 1(Dah Macam Nama Buku Plak Tajuk Nih)


Rakan pertama aku dekat Uitm juga merangkap roommate pertama yang aku kenal ialah saudara Joel Gregory sewaktu mendaftar. Manusia dari Miri, Sarawak nih baik dan ramah walaupun baru pertama kali bersua. Aku dah mula rasa gembira sebab alhamdulillah dapat roommate dengan manusia macam nih. Aku lebih selesa kerana mengenangkan aku nih sebenarnya pemalu(betul weih…) dan sedikit berat mulut(gusi aku terlebih berat) jadi perlunya orang yang ramah ini dalam persekitaran hidup. Awal – awal lagi aku dah terhutang budi dengan dia dan auntie dia dengan menaiki kereta auntie dia untuk pergi beli baju kokurikulum yang berwarna putih yang sangat kontra dengan warna kulit aku yg ‘cerah’ nih. Benci subject KO(PBSM).

Beliau sangat baik(saja jer aku bodek ko weih…jangan lupa masukkan RM5000 dalam akaun aku pasnih) walaupun hanya setengah tahun sahaja tinggal dalam satu bilik(berhadapan dengan tandas yang macam haram tu). Walaupun masing – masing berpindah ke aras paling atas(aku pun sekali) tetapi silaturahim tu masih erat sampailah sewaktu semester akhir dimana masing – masing menyewa rumah di luar kampus. Aku menyewa rumah orang kaya tetapi dia hanya rumah orang kebanyakan(hahahaha).

Kami lahir pada bulan yang sama tetapi pada tahun yang berlainan. Si tua nih lebih tua dari aku tapi perangai macam budak – budak. Banyak juga kenangan yang berlaku sewaktu aku kenal dia nih :-

  1. Bangga dengan gambar dia yang berambut panjang tu sampai sanggup mms gambar tu ke hp aku dan suruh aku simpan. Tetapi, masa aku tunjuk gambar tu baru – baru ini dia suruh delete. Jangan harap aku nak padam(sebagai ugutan dimasa akan datang).hahaha!
  2. Menyambut hari lahir masing – masing bersama rakan – rakan yang lain dan orang yang tahu hari lahir kami adalah sangat minimum(nak elak dari ritual mandi sampah). Kadang – kadang sembunyi dalam tandas(itu aku kut?)
  3. Berkongsi almari baju dengan dia sebab satu almari lagi tu rosak dan tidak ada tempat penyangkut baju(baik kan aku kongsi dengan kau?)
  4. Mengumpat seorang ahli bilik yang terkenal dengan ceramah madu dan ubat giginya(tapi kitaorang baik jer dengan roommate tu sampai sekarang)
  5. Meminjam tali leher merahnya untuk AGM course aku yang bertemakan Gothic barangkali(sebab temanya merah hitam),
  6. Semangat mamat Sarawak nih beli laksa dekat pasar malam tetapi baru makan satu sudu dah bagi dekat aku(budget aku tong sampah..haha). Katanya tak sedap tapi aku makan laju jer.
  7. Paling best masa pinjam kereta abang Asyraf dan keluar dengan dia serta Ali(rakan penulis juga) pergi membeli cucur udang yang terkenal dekat Alor Gajah tu. Dekat mana – mana pun asyik bergambar jer. Masa tu mencapap depan camera adalah hobi utama.
  8. Menghabiskan minggu study week dengan mengambil gambar dekat jalan raya depan Uitm, tangga, jambatan gantung dan lain – lain pada malam bebuta tu memang akan sentiasa kekal di memori aku.
  9. Tak salah aku kau ker yang pergi camping dan makan nasi minyak yang berminyak gila tu?Sampai kena perah nasi untuk keluarkan minyak?
  10. Juga takutkan kucing....hahahahah!!!

Semester akhir tahun nih juga, aku berpeluang keluar merayau – rayau dekat Melaka bersama beliau. Masih belum mampu mengalahkan dia dalam permainan bowling(tunggulah nanti aku berguru dengan Shalin Zulkifli), berkaraoke waktu hari jadi aku, pergi Eye On Malaysia, Air Panas Gadek dan macam – macam lagilah. Walaupun hajat nak rasakan air tangan beliau(tak pasti sedap ker tak) dalam hidangan Ayam Pansuh tak tercapai(mungkin dekat Shah Alam nanti…ko kena datang sengal sebab aku dah bincang dengan Darryl) tapi apa – apapun kau adalah salah seorang sahabat yang aku sangat hargai dan sayangi tambah – tambah lepas kau memperkenalkan aku dengan game SPORE tu. Haha.

Kalau ada apa – apa salah yang aku lakukan(memang banyak..haha),ada hutang – hutang(seposen ker dua posen ker) dan apa – apalah yang berdosa saya mohon maaf sangat – sangat dekat kau yer Joel. Harap persahabatan ini berkekalan. Kalau kahwin nanti jangan lupa jemput aku. Walaupun jauh di bumi Kenyalang tu aku tetap akan datang(bila tiket aku kau sponsor). Haha….Thanks sekali lagi weih jadi salah seorang kawan aku dan sekali lagi minta maaf sebab waktu balik rumah tu aku tak pergi jumpa kau dan lain – lain.

P/S : Selepas Ini Rakan Saya Siri 2 Plak

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. apesal ko wat surat perpisahan ni? ko dah grad ke?

    BalasPadam
  2. arghh...
    alngkah besh nyew bile ade kawan baek cam ko..
    siap tlis pasal kawan diew kat blog laks..
    cam ak..
    teringin mau ade kawan baek lagi..
    (kwn baek gurl adew: Jajubo)
    besh2!!!

    BalasPadam
  3. kauu uitm mana?
    melaka ka?
    :D

    BalasPadam
  4. wah.wah. wah. aku pn nk kwn ngn ko ah.. hakhakhak

    BalasPadam
  5. hahahah
    bersyukur....
    dapat kawan yg baik ;D

    BalasPadam
  6. hehehehe.. bleh ko jd kawan baek aku?

    BalasPadam
  7. ko nak buat sampai 200++ org ker ni? hahaha

    BalasPadam
  8. mamma mia! : alhamdulillah...aku rasa aku dah grad....sebab tu aku wat entry menghargai member-member aku nih

    ghostone : adess...aku baik ke?xkut..hahaha

    dobot : yups..asal?

    chah : ???....

    poksudaus : syukur sangat2..alhamdulillah

    kawie2020 : opss...sorry..xberminat...haha

    aminah : ialah...aku dgn dia sama2 ensem...tu la masalah kitaorang..

    fatt chin choy : adalah dalam seribu orang...tu la..tgh serabut pala nak mengarang nih

    BalasPadam
  9. oooo mmg dh really final sem of final year la ek? bgs bgs.. kira ni warkah cinta utk rakan2 se-gay u ek? hehehe. good good :) lol x

    BalasPadam
  10. ko pon suke mengumpat??haha..baek btol bagi share almari..xsangka..

    BalasPadam
  11. tgh cuti + dh grad. x wonder lah sekali trus kuar byk post =p
    bestnyer dh grad. x perlu ngadap buku and exam lagik..huhu

    BalasPadam
  12. jambu rakan hans nih. jambu air. egeggege

    BalasPadam
  13. pikah : entry lagi satu..yang bawah tu...adess...

    arieza : saya tak gay macam razman(sorry razman,hahaha)...nih member saya maaa...

    iylienaz : mengumpat tu lumrah lah...saper xpenah kan...

    alvin : aku ada kembar...dua orang...sorang tu shah rukh khan..sorang lagi brad pitt..haha

    afif : hahaha...kadang best2 kadang2 bosan

    cikgu wiween : muka dia jer jambu..

    BalasPadam
  14. tanya jekk bah. part brapa? mau grad sudah ka?? apa course?

    BalasPadam
  15. hehehehehe...
    best2.... cant believe u still remember ever single thing.... hahahahaha n i so glad that i do have such a great fren like u too... ko kwen nanti jemput ye... aku nak kwen lama lagi kot... sbb nak usaha skit cari gf skg ni... tgh edarkan borang2 cari gf ni... hahahaha

    BalasPadam
  16. chokio nio : dia takut kucing gigit dia jer..

    dobot : sudah grad maaa...course?masscom..asal?

    joel : aku pun lambat lagi...tunggu fazura kaya dlu baru aku masuk meminang...hahaha

    pearls : kitaorang sama2 ensem

    aminah : eh,apa ko cakap nih?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama