Rakan Saya Siri 4


Yeah..member aku nih plak asalnya dari KL tapi sekarang dah jadi orang Melaka dah. Nama dia Deeja atau nama ‘femes’ dia Drama Queen. Hahaha. Aku mula kenal dia pun masa part 2. Tu pun sebab batch kitaorang di shuffle sebab kekurangan lecturer. Aku betul – betul kenal dia masa kelas BEL yang kitaorang kena buat satu group(2 orang) dan diberi satu tajuk. Dari tajuk tu kitaorang kena berlakon dan beliau nih telah berlakon sebagai pemenang awards apa entah yang kau dengan amalina menang tu(tolong masuk Pilih Kasih atau Anak Wayang nanti). Tapi, sumpah memang lucu giler sampai sakit perut aku ketawa. Aku rasa dari situ kut menyebabkan aku dan yang lain – lain mula bercakap dengan kau.

Pandangan Pertama : Tahap keyakinan sangat tinggi & Sangat Drama Queen(hahaha)

Pandangan Sekarang : Sama jer tapi kau memang hebatlah Bro Ki…hahaha(shuffle please)

Aku pun boleh jadi agak rapat dengan dia sebab member aku si Gina member baik dengan minah nih. Teringat lagi waktu kelas shuffle dan kau antara yang protes jugalah. Masuk dalam kelas aku agak lambat tapi siapa sangka akhirnya kau antara budak yang sangat menyayangi kelas tu. Hahaha.

Paling tension dengan minah nih dia memang tak pernah berputus asa untuk menyuruh member – member dia bershopping dekat kedai ayah dia tu. Aku kalau kaya memang dah lama aku shopping dekat kedai ayah kau Deja. Hahaha! Tapi, aku faham sebab apa kau buat macam tu kan. Thanks bagi discount masa aku beli kasut raya dekat kedai ayah kau tu. Huhu!

Teringin nak satu group dengan kau dan akhirnya impian tu tercapai waktu assignment Audio yang kita kena buat video klip lagu Nash tu. Seronok dapat group dengan kau sebab bila buat kerja memang buat bersungguh – sungguh. Rasa – rasanya sebab jadi satu group dengan kau yang buat aku boleh join kau keluar merata – rata tu kan. Haha!

Dari Teluk Kemang, Pulau Carry, Jom Heboh, wayang dekat GSC sampai yang terbaru nih dekat Air Terjun Sagil…kalau tak kerana kau dan kereta ayah kau memang tak merasa aku nak berjalan – jalan nih. Aku sangat – sangat nak mengucapkan terima kasihlah dan nak minta maaf juga atas banyak benda juga :-

  1. Pasal sudi bersusah payah buat assignment video tu siap tipu ayah kau lagi kata pergi PD jer. Padahal sampai dekat Pulau Carry kita shooting video tu. Lagi satu sanggup bersusah payah turun dekat bawah blok ko join aku dengan Yatie buat video tu. Siap bergaduh – gaduh dengan MT Blok kau yang sengal tu. Haha. Yang tak tahan tu kita ramai - ramai tumpang umah member aku dekat Taman Intekma malam tu semata – mata nak siapkan video nih dan ETR(padahal present tak sampai 5 minit pun kan?)..hahaha! Tapi yang tension tu asal korang tak kejut aku masa member aku masak mee bagi korang makan? Cess!!
  2. Masa shooting audio nih rasanya memang banyak pengalamankan? Restoran lipas tu(kau makan tak roti canai yang ada anak lipas tu?aku nasib tak makan), pastu kereta kau bergesel dengan van ker apa dekat Pudu tu dan macam – macam lagilah.
  3. Join kitaorang ramai – ramai pergi jumpa Miss Jannah nak minta maaf padahal kita tak bersalah pun(hahahaha). Kejadian tu sangat tragis tapi bila fikir – fikir balik macam lawak pun ada.
  4. Bestnya waktu tengok Upin dan Ipin yang bersesak dalam kereta sampai 6 orang tu. Kau untunglah jadi driver. Yang kitaorang nih dekat belakang dah macam – macam posisi dah cara duduk. Yang best tu yang masing – masing bincang macam mana nak bagi Nukman masuk. Siap tipu Pak Guard konon – konon jumpa kad matrik Man dekat bus stop tapi last – last Man yang sengal tu kantoikan kita. Nasib kita dah blah dah masa tu. Huhu!
  5. Menyusahkan kau bawa kitaorang pergi Jom Heboh. Yang best tu kereta yang kita sewa tu takder aircond so terpaksa la buka tingkap walaupun hujan. Alih – alih ada kereta yang laju macam pelesit tu lalu sebelah dan habis air masuk dalam kereta. Haha!
  6. Tolong hantarkan aku masuk dalam Uitm waktu nak ambil assignment(padahal tak ada salah apa – apa pun) dari Madam Dzaa pastu pergi tengok Film Orphan walaupun masa tu bulan puasa. Sangat terharu weih!!
  7. Terhutang budi yang sangat banyak dekat kau masa Ekspo Komunikasi & Media dekat Alor Gajah hari tu. Banyak dah yang kau tolong dan tiba – tiba bila kau mesej minta maaf sebab ada satu benda ko tak dapat tolong group kitaorang tu buatkan aku rasa pelik. Hahaha.
  8. Aku tersangat – sangatlah minta maaf pasal PGL tu sebab aku mati – mati ingat kau dah tahu lokasi terbaru PGL. Rupa – rupanya ko tak tahu. Aku dah siap simpan satu kerusi untuk kau weih. Simpati aku baca ko naik bas balik kedai ayah ko. Aku minta maaf sangat – sangat pasal benda tu.
  9. Sangat berterima kasihlah kau sudi tumpangkan aku pergi dinner batch kita dekat Tom Yam Klasik tu. Aku risau juga sebab mana tahu pasal kes PGL tu kau masih terasa sentap lagi ker dengan aku. Tapi, Alhamdulillah lah semua okay. Nasib malam tu tak excident kan? Cuak weih! Dan best malam tu dapat kutuk orang kuat – kuat sebab hujan lebat giler. Hahaha!
  10. Terima kasihlah juga menunaikan impian aku nak pergi Air Terjun Sagil. Akhirnya dapat juga aku pergi diwaktu – waktu akhir semester nih. Padahal esok exam tapi relaks jer pergi mandi air terjun. Hahaha..(mana pergi gambar – gambar Sagil tu??)
  11. Paling berterima kasih sebab bagitahu rahsia besar masa nak pergi tengok filem Orphan tu. Kalau kau tak bagitahu sampai bila – bila pun aku tahu. Paling tidak kumpulan aku dah okay balik. Thanks sangat – sangat.
  12. Sorry gila sebab perancangan nak pergi Genting dengan Penang tu tak pernah – pernah jadi. Ada jer halangan nak pergi sana. Alih – alih si Yatie juga yang pergi dulu. Siyotkan? Hahaha.
  13. Aku pun bersimpati jugalah pasal kes kau gaduh dengan member kau yang satu ketika dulu baik gila – gila tu. Orang macam tu kau tak payah layanlah weih. Buang masa jer.
  14. Sangat - sangat berterima kasihlah join sambut besday aku hari tu walaupun satay kedai tu tak sedap tapi nasib kek aku beli tu sedap. Hahaha...dan trimas pasal hadiah kau bagi tu...mahal tu weih...terharu aku..sob sob sob(hahaha)!

Aku rasa banyak lagi benda nak tulis tapi aku tahu kau dengan Yatie pun sama juga sebab Malas Membaca. Apa - apapun aku bersyukurlah sebab ada member macam kau(sila bayar aku RM5000 atas ayat ini..wakakakaka)Jadi, aku dengan ini menyusun 20 jari(macam raya plak dah) memohon ampun dan maaflah atas apa – apa kesalahan selama berkawan 2 tahun setengah nih dan harapnya persahabatan nih pun kekal sampai bila – bila. Nanti kalau kau buka syarikat aku jadi partner share weih. Hahaha. Insyaallah, kalau jumpa dekat Shah Alam, kita ramai – ramai pergi Genting weih(konon – konon reunion..haha). Apa – apa mesej saja lorr…Bye2!

P/S : Rakan Saya Siri 5 Pula Pasnih!

10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahaha...banyaknya siri kawan...
    ni sampai siri brapa ya.? hahaks! kawan2 mmg best...nak nak yg sama biol macm kita..

    BalasPadam
  2. Hi..
    Banyak kisah rakan..
    tak sempat baca lagi..
    Nanti ku baca k..
    Ada keja sikit.

    Oh yaa..
    Nanti Hans beri email & passwood kat kotak komen.
    PC den dah kena format.
    Hilang semua data.

    Nanti den try isi details (details tipu2) Hans.
    Bila dah berjaya Hans edit profile.

    BalasPadam
  3. cj : banyak lagi siri nih...ialah..3 tahun hidup dekat melaka..mestilah ramai yang berjasa dalam kehidupan aku weih...aku kena hargai semua...xkisahlah pasnih mak ayah aku bising bil naik..janji jena settlekan dalam minggu nih siri2 kawan aku

    pearls : nak baca baca jer...tak kisah..tak paksa maaa...

    BalasPadam
  4. haha...bagus2....
    kalo aku takleh dah nak tulis macam ko hans, ye r...i'm very bad in decribing people...kwa3x!! silap2 hari kena pelangkong le.. apapun kwn ler banyak motivate kita kan... kdg tu aku rasa ngan kawan lagi rapat drp family. haks!!! macam ko r... mak ayah bising pun ttp nak habiskan siri kawan ko ni..haks!! all da best...tgh tunggu ni..

    BalasPadam
  5. cj : eh,aku sayang keluarga aku...keluarga penting maa...walaupun rakan2 nih penting tapi apa2pun aku sangat2 mengutamakan keluarga aku...

    BalasPadam
  6. arghh..
    sgt besh ikot siri kawan ko nieyh..
    besh2 sgt2 bace!!!
    heheheh

    BalasPadam
  7. aku yg masak!
    aku yg masak!
    wuhuuuuuuuuuuuu..!
    ale2 bihun banyak2 tu sumbat dlm perut kami berempat. hampeh betul!

    BalasPadam
  8. semua kawan ko banyak jasa
    ko apa jasa ada?
    hahaha

    BalasPadam
  9. ghostone : apa yg bestnya?

    pikah : depa malu nak makan lah tu..haha..ang dgn mariani masak sedap weih..kira memang anak dara betui lah...

    fatt chin choy : ialah..nih entry untuk member aku..takkan la aku nak bagitahu jasa - jasa aku dekat diorang..kalau aku bagitahu itu namanya tak ikhlas la pakcik..aiyo

    Alvin : ???xfaham...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama