Teruk Sangat Ker Iklan P1WIMAX Tu??


Dengar khabarnya sekarang, berikutan aduan yang diterima daripada beberapa orang rakyat yang kononnya prihatin membuatkan kerajaan terpaksa masuk campur dalam hal ini berikutan penggunaan perkataan POTONG berulang kali yang khabarnya seperti mempersendakan istilah BERKHATAN.

Penulis mengakui penggunaan perkataan POTONG yang terlalu banyak dalam iklan nih membuatkan penulis berasa sangat 'ANNOYING' juga dengan iklan nih. Tetapi, rasa - rasanya masing - masing tahu tujuan asal pengiklan nih bukannya untuk mempersendakan perkataan BERKHATAN itu tetapi terang - terangan mengajak pengguna internet agar beralih selera daripada Streamyx kepada P1WIMAX.

Penulis berpandangan lebih wajar rasanya jika pengadu yang kononnya prihatin ini agar mengadu atau mempersoalkan tentang iklan yang wajib diadu seperti iklan MINUMAN KUAT TENAGA, PRODUK MENGURUSKAN BADAN, TUALA WANITA atau sebagainya yang lebih berbaur kelucahan dan lebih merosakkan pemikiran kanak - kanak.

Sebagai contoh : -

Iklan Pertama

Iklan yang menunjukkan seorang lelaki yang baru bangun pagi dengan wajah yang murung dan menuju kebilik air. Tiba - tiba dia terpandangan seorang lelaki di luar yang sedang menggerudi tar jalan. Lelaki itu menunjukkan lengan yang kononnya kuat sambil menunjukkan tin minuman itu.

Iklan Kedua

Seorang lelaki asyik terpandangkan gambar - gambar mudanya bersama isteri di dalam album. Tiba - tiba datang seorang anaknya dari belakang dan berkata JANGAN LUPA BERUS GIGI SEBELUM TIDUR. Ayahnya pun memandangan jam di dinding yang baru menunjukkan pukul 10 malam beserta hari Khamis.

Iklan Ketiga

Seorang lelaki baru pulang dari kerja dan isterinya berkata SAYA DI ATAS BANG. Kemudian lampu rumah terus terpadam.

Iklan Keempat

Iklan memejalkan payudara bagi wanita siap dengan nama yang pelik - pelik seperti MONTOX dan siap dengan imej dari kecil kepada besar. Kadang - kadang penulis terfikir teruk sangat ker wanita dekat Malaysia nih sampai perlu iklan - iklan sebegini bersepah di televisyen ataupun surat khabar.

Iklan Kelima

Peraduan Kira Bilangan Panties anjuran sebuah produk tuala wanita. Dah macam tak ada benda lain lagi ker yang boleh dikira?

Kesimpulannya, pengadu - pengadu ini mungkin terlepas pandang tentang iklan - iklan ini atau mungkin saja - saja buat tidak tahu kerana kononnya iklan ini tidak ada apa - apa kesan atau hanya sebagai bahan lucu masing - masing. Rasa - rasanya iklan P1WIMAX taklah seteruk mana.

P/S : Iklan Sekarang Lebih Kepada Daya Tarikan Seksual Daripada Kreativiti

43 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tu lh yg disebabkan iklan depa laku: berbaur lucah.
    tapi kan.. aku x phm ah iklan wimax tu.
    depa soh potong line tmnet ka potong apa?
    mesej x jelas. tp kalau betul apa yg aku tafsir, mmg dajei nk potong periuk nasik org lain.
    TMNET LAGI LAJU KOWT!

    BalasPadam
  2. Hello...
    Nope... Bagi Vee iklan tue ok dan cool... bagi orang yg terlalu berfikiran negative akan beranggapan perkara tu melampau... tp iklan tue sangat cool. Part yg Vee paling suka bila pengantin lelaki jawab "of course...." hahaha...
    dah nama pun iklan - mestilah org akan create sthg yg related dan ppl dpt ingat atas tujuan promosi...
    =)
    selagi tak melampau - shud be okay...

    BalasPadam
  3. lucah lucah...huhu...tk suke aii iklan skrg tau...(nada gediks)

    BalasPadam
  4. btol te bro.. dorng tu saje je.. jeles.. tu yg komen2 tu x potong lagi la tu.. hahaha

    BalasPadam
  5. betol tu hans oi
    poksu pon setuju
    pk gak ape sebenarnye yg depan nak cakap?
    hahahha
    macam dah jadi trend kan...
    wish me luck for the final exam
    cuak doe~

    BalasPadam
  6. pikato ezora : haha...bagus iklan macam nih sebab kita penggunalah yg untung...masing2 lawan melawan kasi laju..kasi murah...macam maxis dgn celcom

    vee violet : yups..itulah saya persoalkan mengapa iklan macam nih yang harus dipantau sedangkan iklan yang terang - terangan berunsur lain tu tak ada apa2 tindakan...

    pakcik kordi : gaya macam suka jer...ceitt...

    fhad : hahaha...maybe...hahaha

    poksudaus : malaysia ni kan ikut trend..contoh filem..kalau filem seram tu berjaya masing2 follow jer buat citer seram yg tak berapa nak seram tu

    BalasPadam
  7. Jujur nyer tak suke jugak dorang pakai perkataan potong tu.. tapi lantak laa kan..
    huhu..
    memang banyak iklan berbaur lucah..

    iklan Jam.. tapi tunjuk model yang mengiurkan (betul ka eja? huhu)

    BalasPadam
  8. Bahasa melambangkan mentaliti kita....betul tak dik.?

    Byk iklan yg hans sebut tu akak tak perasan ianya muncul di tv...nmpk sgt akak kurang tgk tv...hihi.

    BalasPadam
  9. rasionalnya kita mudah melatah dgn benda yg remeh...

    iklan kat radio pun byk yg menyampah... kpi kuat, kopi tak kuat DLL..
    malah iklan kicap pun mengarut masakn tak ada kicap nk batlkn program.. nampk sgt singkatnya mentaliti kita, merendahkan bangsa sendiri.

    terima ksih visit BS & tingglkn komen.. moga silatulrahim berpanjangan.

    BalasPadam
  10. salam... kalau nak cite banyak sangat iklan yang melampau masuk telinga kiri keluar telinga kanan jer...

    BalasPadam
  11. Lebih baik diharamkan peraduan kira panties yang lagi mengarut itu.

    BalasPadam
  12. cik daya : itulah pasal...xder kena mengena pun dengan subject yg diiklan

    asyiq : newspaper pun banyak juga iklan macam nih

    kuina : haha..tingat iklan kopi janda tu..adoi..sangat memalukan..dah macam tak ada nama lain nak letak..thanks singgah n comment my blog

    naz iyln : dah macam jadi trend dah dkt malaysia skrg pasal iklan2 tak senonoh nih

    anuar mashor : ar ar..thanks sebab mengingatkan...patut tambah dalam entry nih..thanks

    BalasPadam
  13. huhuuu
    iklan kan
    dorg mst nak tarik perhatian ckt
    utk cari kelainan
    rasenya terpulang kpd kite utk menilai
    thing yg positif suda la kan
    heheee

    BalasPadam
  14. salam...
    first time here :)

    a'ah setuju.. banyak lagi iklan yg lagi teruk dr iklan potong2 tuh (walaupon mule2 tu aku x paham ape motif die sebenanye)
    aku sbg seorang perempuan normal berase malu iklan2 tuala wanita skunk semakin lebih2. agak2 la sket..

    BalasPadam
  15. salam hans..
    wajar juga dipertimbangkan iklan2 yang dicatat hans agar disensored!

    BalasPadam
  16. kalo tgk iklan indon lagi gilak2...

    kalo kt JB ni dapat siaran sana...

    tapi, jarang la tgk...tak bekonan den

    BalasPadam
  17. sebenarnya, kita takda akta yang boleh mengawal iklan seperti di barat. kalau di barat, iklan harus realistik, kalau tidak kena banned.

    bukan nak agungkan diorg, tp ini hakikat. ini pensyarah sendiri yang ajar masa belajar law dulu;)

    BalasPadam
  18. min : yups..tetapi rasa2nya tidak perlu terlalu ke arah seperti itu..iklan yang baik datangnya daripada kreaviti si pembuat iklan itu sendiri...

    sya mansor : tahu xper...walaupun saya bukan perempuan tetapi rimas mahu menjawab bila ditanya oleh kanak - kanak...

    nik fauziah nik hussin : itulah tapi sampai skrg iklan itu masih ditayangkan...kalaulah ada kuasa..dah lama dah kasi censored

    arryani : iklan indon memang gila...orang indon pun gila2(tetiba sedikit racism)..haha

    cheryna pires : tahu..den belajar juga...suka iklan diorang..iklan paling best pasal pepsi ker coca cola tapi iklan tu memang lebih hebat dari P1wimax dgn Streamyx

    BalasPadam
  19. memang betul.....iklan kotex seolah2 macam bahagia sgt pakai mende tu...dan kira panties iklan paling bodoh dalam sejarah pengiklanan di malaysia

    BalasPadam
  20. ahaha~
    ntah ape2 iklan tuh~
    kdg meluat tgk!
    ngee~

    BalasPadam
  21. Terima kasih atas kunjungan....



    Pssst: Saya tetap guna wiFi Streamyx Combo TMnet untuk seisi rumah...setelah tamatkan khidmat Celcom bband...tak ada masalah setakat ini...

    BalasPadam
  22. at least p1wimax ader modal la nak wat iklan, dari streamyx, cekup modal org. wat iklan sendiri. wtf

    BalasPadam
  23. iklan kat tv skang memang ntah pape je..dah le amik masa yang lama..

    kalo iklan2 yang penulis senaraikan tu kluar kan..siyes malu gler nk tgk..lagi2 kalo ade dak2 laki kat tepi..segan sey..

    BalasPadam
  24. itu namannya pandai main ayat... double meaning gitu

    BalasPadam
  25. Potong ler nak potong apa pun. Terserah pd individu nak translate ...

    BalasPadam
  26. firol : betul tu...hahaha

    chentamaya : itulah..boikot jer product dia..haha

    xiiinam : yups..tak kisah ler laju ker tak..janji pengguna untung

    omarkhayam : haha..tahu xper...xkreatif

    pencinta setia : tahu xper...kesian dkt orang perempuan la bila keluar iklan2 macam nih

    fatt chin choy : itula aku pelik diorang report pasal benda2 remeh macam nih

    precious : yups...terserah

    BalasPadam
  27. salam...Bro Sudah POtong ka ? aku dah lama potong laaa, atas batang pisang lagi hahaaa

    Selain dari P1 ada 3 lagi telah diberi lesen, tapi mungkin 2 lagi syarikat bumiputera sebab tu sampai sekarang tak dengar berita ....

    BalasPadam
  28. Best lg iklan-iklan dr Petronas.
    Siap ade moral story lg...

    :)

    BalasPadam
  29. anda sangat bernas :)

    BalasPadam
  30. mungkin sbab iklan potong ni dh jadi agak menyeluruh(billboard,internet,s/khabar) dan dpt mnarik prhatian semua orang, so sebab itulah timbul isu 'potong',

    lain plak dgn iklan2 yang 'lucah' ni~ sbab iklan mreka kurang di-publish scara menyeluruh so sbab tu la orang tak buat issue sgt.

    BalasPadam
  31. Kwn ku ckp iklan tu memang lucah tapi ntah lah..
    sengaja nak buat kelainan lah tue.
    Dah namanya iklan..

    cuma org lain fikir ke arah negatif.
    tu yg iklan tu jadik isu..

    BalasPadam
  32. Dah boleh ke iklan tue..?
    dah add YM tue tapi xapprove lagi..

    BalasPadam
  33. apepon iklan petronas amat- amat berkualiti n berkrim..
    serta di sukai ramai....
    waaalaaaaaaahhh~~

    BalasPadam
  34. Salam..Hans..Sori..sy pun bila dgr dorg nyanyi lagu potong2 sambil men kompang dgn latar lagu Aris Ariwatan tu sy rs mcm annoying jg la..Knp tah..Paling x suka iklan tuala wanita tuh..Bende cam2 x payah iklan pun x per..Semua pempuan tau la!Tp sy sngt suka iklan by Telekom Malaysia "Everyone Connects - Through My Window"!Sngt sweet ohh!

    p/s: Hans,reading is the good way to gaining knowledge ayte.. ;)

    BalasPadam
  35. tp i mmg xsuke dgn iklan potong tu (i mean yg iklan dlm radio ar sbb kt cni xberpeluang lg nk tgk iklan tu kt tv btw)..

    sebut skali dua dah la. org leh paham. sebut byk kali mcm redundant la pulak. mcm saje nk buat jokes yg mmg org dh tau ape mksd dia.. bit annoying to me la.. just my 2 cents :)

    BalasPadam
  36. jap..aku xpaham kenape nk band iklan kedua tu??

    BalasPadam
  37. jap aku xpahm kenp dgn iklan kedua tu?? ade unsur xbest ke?? bukan tu iklan brus gigi je ke??

    BalasPadam
  38. ekceli benda kecik je tuh .
    pdhal iklan len lg terang2an lucah .
    biasa la tuh . da jd trend da skrg .

    BalasPadam
  39. Hang Nadim : thanks 4 da info..of course sudah(iklan p1wimax)

    Ms Independent : iklan petronas memang kreatif..tgoklah saper yg buat

    Hanida Lavida : Alhamdulillah dari beberapa aspek..ada juga ting tong nya..haha

    E-zul Iswhat : Maybe sebab publisiti dia meluas tetapi iklan yg lain tu pun tak kurang juga dari segi publisiti dia

    Lotsofthepearls : itulah pasal..huhu

    Lala xylose : iklan petronas memang berkualiti sewaktu Arwah Yasmin ada...

    Ieda The Rainbow Princess : ar ar...iklan tu best...memang kreatif giler...hehe

    Arieza : itulah pasal..banyak sangat sebut benda tu..naik rimas dengar..haha

    azizollaushi : haha...ko kena tgok betul2 dari mula sampai awal...mula2 dia usha frame gambar2 dia dgn bini sambil senyum...pastu masa nak berus gigi dia tgok jam..khamis malam jumaat..faham2 jer lah

    hajime : wah,pene komen blog aku..terharu siyot..haha

    BalasPadam
  40. sowe lmbt komen dik non,
    halluu...

    1) Senang cmgini la bab2 iklan,
    first, utk yg mcm double meaning tu, sucikn minda maksudnye akan jadi okey..makne yg terpapar, ayat yg diberi ckup setakat ctu je, tak menerawang kemana2, kepala otak akn jadik okey,jadik lu pk la sndiri.. tQ..

    2) iklan payudara, kdg3 iklan ni mmg perlu dipblishkan sbb ade yg tak tau mane nk crik produk yg cmtu, sbb segan nk tnya, tpi benda ni pnting kt wanita yg da kawin, nnti kang kendur laki carik lain.. klau duk selit dlm majalah,kdg tak pasan kt tv ni mgkin la pasan, klau tak bini dia pasan laki dia pasankan.. utk keharmonian rumahtangga, xsalah pn.. bukan suh stim bila tgok iklan tu,pemikiran positif itu sngt lah penting.. :)
    haihh..

    iklan tuala wanita,kire panties tu, mmg xsesuai, klau da nk gedikkn sngt iklan tu ngape tak suh kire bulu dibadan jekan.... huhuu.. sngt xsetuju..

    P/s : hidup dgn tenang.. hadapi dgn senyuman.. kan indah..

    BalasPadam
  41. leana : ok..nih penjelesan saya plak yer...

    1 : Saya tak kisah kak non oit...tapi kak non kena ingat..pemikiran rakyat malaysia nih 3 peringkat...peringkat pertama manusia cerdik pandai....peringkat kedua pertengahan..dan peringkat ketiga mereka2 yang tidak cerdik..jadi kena ambil kira semua benda nih...bukan semua mak ayah pensyarah atau doktor yang mampu memutarbelitkan ayat bila anak - anak bertanya maksud iklan tu...

    2 : saya bukannya mengatakan tak patut langsung siarkan iklan macam tu tapi bagi saya yang bukan wanita nih...saya rasa cukuplah sekadar mengiklankan sahaja dkt tv tanpa menunjukkan imej keadaan asal dan keadaan selepas menggunakannya..sebabnya perempuan juga yang malu menjadi bahan bualan lelaki...

    3 : terima kasih kerana setuju...'

    apa2pun saya menghargai komen akak non..hahaha...yups..sentiasa senyum dan mengamalkan makan tomato sehari sebiji..hehe

    BalasPadam
  42. sebenarnya bukan iklan saja, berita2 dan cerita2 drama yang tak habis2 nak sedih - urban sikit skarang cerita lumba kereta - jugak yang merosakkan minda rakyat2 malaysia. takyah lah aku sebutkan kt sini contoh ang sndiri pun tahu. the media itself used to manipulate our mind kot. memang itu cara "orang atas(yg mkn nasik dan berak tahi sama mcm kita jugak)" untuk control "orang bawah(kita la kot..)" supaya kedudukan depa tu terus di atas. propaganda ni dari zaman pharaoh lagi sebenaqnya :) kalau rasa berminat nak sembang ym aku.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama