Episode 1 JJMM : Char Kuewteow Sani Mai Dari Penang Punya....

Hai semua! Bersama saya lagi Hans Tunku Sabri dalam rancangan JJMM iaitu Jalan - Jalan Mari Mengketedarah.
V.O : Jalan - Jalan.....Mari Makan.....lalalalalalalala(suara latar rancangan berkumandang)

Baiklah! Hari ini saya akan bawa anda semua mencari tempat - tempat makan yang sedap di Shah Alam. Ini dia kedai pertama yang kita jumpa -> Char Kuew Teow Sani Penang (sambil menunjukkan tangan kepada kedai untuk penonton)

Baiklah, saya dengar Char Kuew Teow Sani nih sedap. Jom kita mengketedarah! (berjalan masuk ke dalam kedai).

Di atas meja saya sekarang ini ialah Char Kuew Teow Penang yang di kata - kata orang sangat sedap tu. Hah! Tengok tu! Ada 3 ekor udang dalam nih. Eh, kerang pun ada? Cili potong pun ada? Saya suka nih. Harga dia tak mahal. Cuma RM3.50 jer. Saya ambil yang biasa jer nih. Company tak cukup budget.

Nih air Teh Ais. RM1 jer. Tunggu apa lagi. Saya mengketedarah dulu yer(sambil menyuapkan char kuew teow kedalam mulut).

Hurm! Sedap!(sambil menunjukkan ibu jari tanda bagus dan terus makan lagi dengan pantas).

Fuh, sedap betul saudara dan saudari sekalian. Sekarang saya nak rasa teh ais dia pula. (minum dengan sekali sedut sahaja sambil menunjukkan tanda bagus).

Jadi, kepada saudara saudari yang nak merasai sendiri kehangatan dan kelazatan char kuew teow Sani ini bolehlah berkunjung ke flat PKNS berdekatan dengan pusat Komersial. Tempat ini terletak bersebelahan dengan sekolah rendah tamil dan blok bernombor 50.

Encik Sani! Ini plat JJMM tanda kami sudah merasai keenakan makanan encik.(sambil menyerahkan plat JJMM kepada Encik Sani).

Anda tunggu apa lagi? Jomlah datang sini mengketedarah!

P/S : Nantikan Episode Ke-2 JJMM

23 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. singgit je teh ais giler murah hehe

    BalasPadam
  2. Char kuey teow Penang memang besh..!Tapi...lom penah try dak sani punya ni...Kalau dtg Penang sure singgah!!

    BalasPadam
  3. gila! haha.
    oi. makan tak ajak.
    dekat gila kot dengan umah aku!
    sentap mek!

    BalasPadam
  4. org berimaginasi tinggi mcm aku baca entry nie memang terasa gila lawak dia hahaha

    :P promoted lokasi ko skrang bukan main nie hahahah :))

    BalasPadam
  5. ari tu aku makan situ, kulit telur belambak2 dlm char kuey teaw..aku rasa dye xpuas hati kat aku kot.letak telur ngan kulit2 sekali..last2 aku xmakan pon..asingkan kulit telur tu, pastu aku tunjuk pada mamat tu..bile bayar mintak kurang,dye tolak harga 50sen..

    BalasPadam
  6. try nasi goreng ayam mamak Barra plak weyh..
    sure terangkat!

    BalasPadam
  7. kat area bandar baru darulaman, jitra banyak kedai char koay teow sedap!

    BalasPadam
  8. Kakakaka..

    Hans, hang punyer body mesti lebey 'tough' drp pengacara tu...

    Kekekekeke

    BalasPadam
  9. gila kau hans...
    nanti ko berisi macam maria tu tau r..erk888

    teringat aku char kuey teow kat pdg kota
    rm8 aku kena, cilakak tol

    BalasPadam
  10. pergh mang sedap ar kat situ!! byk kali ar makan kat situ.haha

    BalasPadam
  11. alah..jeleslah..akak mmg dah rindu sgt nak makan char kuewteow ni....kat johor ni susah tul nak menepati tekak..ish....geram tullah...kalau akak ngidam. mcm mana ni?

    BalasPadam
  12. cedapnyer~
    tp lae sedap law ko blanje aku~
    wakakaka~

    BalasPadam
  13. kah kah kah...adik maria tunku sabri la ni erk.....hahahahhaahha

    BalasPadam
  14. jom JJMM kat Mali's Corner taman Bunga Raya

    BalasPadam
  15. char kuewteow?
    sedapnyeee... nyam nyam.....

    BalasPadam
  16. hahahhahha

    hans tunku sabrik
    ekekkekekek

    jom cari2 makan di bangi
    best best
    jjcm bersama biru mata hitamku
    gegeegege

    BalasPadam
  17. perghh!!!
    dapat 3 udang + kerang...
    tapi rm3.50 jer...
    memang berbaloi!

    :)

    BalasPadam
  18. wakakakka..

    pandai kamu buat lawak ye hans

    sis sampei buleh bayangkan camaner..sejibik cam maria ! :p

    BalasPadam
  19. meleleh siliva ak kat atas keybod ni...

    BalasPadam
  20. Pnh mkn Char Koay Teow dkt Pmtg Pauh x,Hans??Sedapp..Klu pnh mkn agak2 sama tak kesedapan dia dgn Char Koay Teow Sani tu?Sampai dkt plat JJMM tu mmg sedap la tuh!

    BalasPadam
  21. gua syak lu makan free malam tuh...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama