Biarkan Pandangan Pertama Itu Adalah Yang Terbaik

Dont Judge A Book By The Cover atau apabila dimelayukan dan maksudnya berbunyi jangan menilai seseorang itu melalui luaran. Adakalanya pepatah ini boleh dipakai tetapi bukan semua mengamalkannya.

Sebagai contoh, sewaktu temuduga untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Adakah engkau yakin akan terpilih dari beribu - ribu orang yang memohon jika engkau berpakaian seperti orang gila atau menjawab pertanyaan seperti baru lepas menghisap dadah atau gam? Sudah tentulah tidak melainkan memang sudah ditakdirkan itu memang rezeki kau. Punca engkau tidak akan dapat kerja itu tentulah kerana pandangan pertama dari bakal majikan kau yang memandang kau sebagai seorang yang tidak berkelayakan dan tidak mempunyai imej untuk jawatan yang kau pohon. Mungkin kau hebat dan layak sebenarnya untuk jawatan itu berbanding yang berjaya mengisi kerja kosong itu namun pandangan pertama itu sebenarnya adalah sangat penting.

Kadang - kadang ada orang yang terlampau bangga dengan kejayaan atau pencapaian yang pernah diraihnya. Tanpa sedar mereka suka mencanangkan hal itu kepada orang lain hingga mereka terlupa ada orang yang lebih hebat daripada mereka. Sebenarnya, mereka tidak perlu melakukan semua itu. Hanya buat kerja dan tunjukkan hasilnya. Jika kerja anda memang betul - betul hebat dengan sendirinya orang lain yang memuji anda tanpa perlu anda memuji diri sendiri.

Mereka juga mungkin seorang yang terlampau berterus terang atau terlalu lurus dan mereka berkata itulah diri mereka. Kata - kata mereka kadang - kadang mengguris hati orang lain tanpa sedar. Apabila mereka sedar secara tak sengaja kata - kata mereka itu telah menyinggung perasaan orang lain tidak pula mereka cuba berbuat apa - apa. Hanya berkata itulah diri sebenar mereka dan tidak mampu mengubahnya.

Sebenarnya, kadang - kadang kita kena sedar ada orang yang suka kita atau pun tidak sukakan kita. Hakikatnya pun kita memang tidak dapat puaskan hati semua orang dan bukan semuanya boleh dibuat kawan. Tetapi, harus diingatkan jika hanya beberapa orang tidak sukakan engkau itu mungkin bukan masalah engkau tetapi jika semuanya macam cuba mahu mengelak dari engkau sebaik - baiknya cubalah muhasabah diri sendiri.

Kadang - kadang kita mengatakan itulah sikap kita sejak dari azali lagi hinggakan seolah - olah perkara itu langsung tidak boleh diubah. Sebaik - baiknya rendahkanlah ego sendiri dan cuba bermula dari bawah. Tunjukkan pada orang lain yang kita tidak seperti yang digambarkan. Dan jika betul kita keseorangan dan kita sedar kita seorangan maka janganlah kita lagi menyendiri. Cuba cari sesuatu formula untuk kembali merapatkan hubungan itu.

Dan apabila kita bercakap mungkin untuk bersikap jujur tetapi seboleh - bolehnya jagalah hati orang - orang sekeliling anda. Bukannya tidak boleh bercakap jujur tetapi lihatlah pada situasi.Memang betul kita tidak mampu menjaga hati semua orang tetapi kita juga mampu mengelakkan dari menyentuh sesuatu isu yang boleh membuatkan orang lain makan hati dengan kita.

Kesimpulannya, kita haruslah menunjukkan diri terbaik kita pada pandangan pertama orang lain dan apabila kita diterima kita masih boleh tunjukkan diri kita baik seperti biasa atau cuba menunjukkan sikap sebenar kita sedikit demi sedikit. Mungkin dengan cari itu orang boleh menerima kita seadanya.

P/S : Simpati Dan Kasihan Tetapi Apa Boleh Buat.

Perhatian : Kepada Blogger Izzad. Ini Langsung Tidak Ada Kena Mengena Dengan Kisah Hidup Saya. Saya Cuma Memerhati Keadaan Sekeliling. Harap Maklum.

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ehem,.

    btolla,.
    dan jgk,1st impression org thdp kita tu pon msti la elok

    BalasPadam
  2. tunjukkan yg terbaik walau terpaksa hipokrit sbb aku bukan baik!

    BalasPadam
  3. ye jangan menilai seseorang hanya dari segi luaran jer...dalaman pon kita nilai juga..

    BalasPadam
  4. kadang2 pandangan pertama itulah yang paling betol..

    suka no bil follower u setakat nie...333..

    suka no 3

    BalasPadam
  5. 1st impression ku kpd ko...
    ni musti mat jiwang yg tgk citer hindustan n tamil

    BalasPadam
  6. mesti ade org salah erti ko kan?sbab 2 ko mrah!haha

    BalasPadam
  7. deus : hahaha...ko xfaham ker?

    eny : tak serius la..nampak cam serius ker?just my opinion jer eny

    cikti : yeah...betul2

    si tedi : hipokrit untuk kebaikan okay jer

    rizputra : betul tapi pandangan 1st adalah penting

    beddle : haha..tiba2 jadi 332..sorang dah lari

    I'msosupernotcool : semua manusia penah hipokrit

    crazy : jiwang?tak juga...aku rasa semua benda aku buat...

    BalasPadam
  8. 1st impression, 1st instinct, slalunye 'agak betul'

    BalasPadam
  9. disebabkan 1st impression menjadi penilaian pertama orang2 di sekeling kita, jadi kite haruslah sentiasa membuat sesuatu perkara tue dengan sehabis baek.. bak kate orang dulu2, "menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan".. x gitu.. aha!~

    Putera Melaka,
    Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
    e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

    p/s: Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama