Jangan Cakap Aku Jiwang....Aku Hanya Bernostalgia

1) Teringin mahu pergi pasar waktu pagi macam dulu. Seronok tengok orang menjerit - jerit,"Ikannnnnn....Ikannn...Murah - murahhhhhhh".

2) Teringinnya mahu berbual dengan kawan lepas baca Yassin malam Jumaat dekat luar masjid. Seronoknya bertenggek tepi dinding.

3) Seronoknya berkejar - kejar makan nasi dekat kedai makcik tepi Super Store Taman Badlishah tu. Siap lepas makan angkat pinggan bawa ke dapur lagi. Sebab tu selalu dapat makanan lebih.

4) Gembiranya main kejar - kejar dengan Polis Tangkap Pencuri dekat taman permainan dekat rumah lama. Siapa kata budak gemuk tak suka bersukan. Hahaha.

5) Bangganya dapat pakai baju hujan warna hitam sewaktu balik dari sekolah petang sewaktu hujan lebat. Rasa macam artis plak waktu tu.

6) Indahnya makan beramai - ramai waktu rehat bawah pondok. Semua makanan dapat rasa. Mana tak gemuk.

7) Beraninya mampu baca doa depan budak - budak waktu perhimpunan pagi dulu. Yang bestnya walau depan ramai orang tapi taklah terketar - ketar macam kena parkinson sewaktu presentation seperti sekarang.

8) Terkejut pemadam yang mahu dibaling kepada kepala seorang murid perempuan melompat ke meja cikgu yang sedang bercakap dan hampir kena mukanya. Kena maki 5 minit. Haha.

9) Rasa tak sedar diri apabila mengutuk cikgu Muzik seorang wanita yang gemuk sedangkan diri sendiri pun gemuk juga. Mungkin cermin yang aku tengok dulu nampak muka jer kut. Hahaha.

10) Rindunya nak naik basikal pergi kesana dan kesini macam dulu - dulu dan boleh main lumba - lumba dengan budak - budak dekat rumah. Masa dapat basikal dulu seperti dapat motosikal. Sangat rasa gembira. Satu daerah aku keliling dengan basikal.

11) Mana pergi anjing - anjing yang garang yang suka menakutkan, mengikut atau mengejar aku? Adakah sudah menjadi mendiang?

12) Teringin mahu berutus surat dengan kekasih lama. Hahaha. Macam nak gila setiap hari Sabtu sanggup tunggu posmen berhenti depan rumah. Jika berhenti pasti terukir senyuman sentiasa tetapi jika posmen terlajak ke rumah sebelah pasti muka mencuka.


13) Kerana penangan cekodok pisang mak aku tadi buat aku bernostalgia tiba - tiba tentang kisah lampau.

Aku rindu semua itu cuma sayang Doraemon tidak wujud. Jika tidak sudah lama aku kembali ke masa lampau menggunakan mesin pengimbas masa.

Tetapi, jika Doraemon wujud mungkin aku tidak menghargai semua perkara di atas kerana aku boleh mengulanginya pada bila - bila masa yang aku mahu.

Pengalaman itu sangat berharga dan tidak ada sesiapa yang boleh membeli pengalaman kerana pengalaman ini hanya untuk dirasai dan bukan untuk dibeli.

P/S : Hargailah Pengalaman Anda Kerana Bukan Semua Orang Bertuah Mempunyai Pengalaman Yang Sama Seperti Yang Anda Miliki.

53 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Kdg2 bila dok sorang2 teringt kenangan dolu2...
    bestt (mana yg best la hihi)

    BalasPadam
  2. nak isi yang gemuk 2 ckit...aku kurus ja...haha...sharing is caring

    BalasPadam
  3. Saya setuju dengan pernyataan di atas Tuan yang arif ... hehehe

    i like ;)

    BalasPadam
  4. aku teringin nak tengok mmber berak dlm seluar masa drjah 1 hahaha

    BalasPadam
  5. hanjing jadi mendiang??? haha! gile lawakss ko!

    BalasPadam
  6. rindu-rinduan jadi kenang-kenangan,
    insan tersayang kini milik orang,
    kasih dan sayang jadi rindu dan dendam,
    di manakah setiamu?
    di manakah rindumu?

    ~lirik lagu kumpulan mane ni? lupa dah. btw, lagu ini aku tujukan khas utk ko. hehe~

    BalasPadam
  7. Setuju sgt2!hargai pengalaman kita sebab pengalaman ini la yg mendewasa dan mematangkan kita...

    BalasPadam
  8. wahhhhhhhhhhhhhhhh,.,


    sungguh jiwang,.
    kah4,.
    mat jiwang upenye,.,

    BalasPadam
  9. sebab tu la kita kena hargai setiap detik dalam hidup kita.. peace hans.. =D

    BalasPadam
  10. aha nom12 tu comel je XD

    rindu jgk nk pakai baju hujan kaler kuning pegi skola dulu tp cabut b4 kwn2 nmpk. haha xrase lak cm artis. :p

    BalasPadam
  11. ehehehe... kena la... dgn kenangan aku jugak

    BalasPadam
  12. aku suke tang last tu weh!!~
    pasal doreamon!! stuju wei!!

    BalasPadam
  13. kadang2 peristiwa mennakutkan spt dikejar anjing boleh jdi kenangan yg indah utk dikenang2 hehe...

    BalasPadam
  14. Kalau doraemon tak wujud...apa kata ko jdi saintis dn wujudkan semua bnda2 sains yg ko nak tu.

    BalasPadam
  15. 8) Terkejut pemadam yang mahu dibaling kepada kepala seorang murid perempuan melompat ke meja cikgu yang sedang bercakap dan hampir kena mukanya. Kena maki 5 minit. Haha.

    aku suke ko kena marah.

    ahahahahaha

    BalasPadam
  16. keh..keh..keh...
    no 12 tu..
    tak tahan...
    siap surat menyurat gan awek lagi yer..
    sekarang mesti pakai sms atau email aje kan..
    takyah nunggu posmen...

    err.. ade teringin ke nak jumpe anjing yang kejar hans dolu??
    aiyooo...

    BalasPadam
  17. kenangan silam time beudak dlu best plak...huhu

    BalasPadam
  18. wakakaka...
    entri ni ada lawak..
    dan ad gak yg leh dijdikan pengalamna..
    pepun..penglamn itu suatu yang sgt indah..
    xkisah la penglaman suka mahupun duka...
    dlu aku pena ad sorng kwan;
    yg sgt obses dengn doraemon..
    after bca entri..
    ttbe tringt lak kt kawan aku 2...
    camne la diey kat bumi jepun sana...
    ntah2 da jmpa doraemon..walalalal;)

    BalasPadam
  19. bace entry ni, tringat kenangan mcm kecik.. hehe..

    BalasPadam
  20. kehkehkeh...hans.,...seronok ek..mmg nostalgia beb...rindu juga bl terkenangkan.

    BalasPadam
  21. aku pon mula merinduii msa2 silam ku..selepas baca n3 ko..
    huhuhu
    sungguh terharuu

    BalasPadam
  22. teringin masuk sekolah menengah blk time form4-5....kenangan paling indah dalam idup...blaja erti idup masa 2....

    BalasPadam
  23. rasanya hari ini mng hari bernostalgia..
    akak pun tadi asyik mengimbau kenangan lalu dengan menatap kembali gmbr2 masa remaja..indahnya dan lucu tguk muka suci masa remaja..andai bisa ku undurkan waktu..yg paling ku inginkan..bertemu lelaki pertama yg berjaya mengetuk pintu hatiku..

    BalasPadam
  24. pengalaman dan kenangan mmg tak ada nilai yg mampu beli kembali hehe

    BalasPadam
  25. no 12 tu taleh blah...hahaha..tp btol gak ape ko ckp..pglmn tu penting..owh..i luv experiences..=)

    BalasPadam
  26. dlu basikal.skrg moto plak.bdk2 nk pkai basikal ke skolah pn malu..

    BalasPadam
  27. kenangan dulu memang mencuit hati..tersangat manis..
    nak juga kembali pada masa lalu..tapi..

    BalasPadam
  28. haha aku pun rindu gile zmn skolah.. tulis2 surat cinta mcm ko jugak.. haha tp xfhm ngape ada baju hujan warna hitam? adakah kerana baju putih baju sekolah tu dh transparent menampakkan kaler natural bdn ko?

    aku dlu kt skolah suke balik kalkulator kt org! haha bila marah je baling., hambek!

    BalasPadam
  29. basikal? naik je la skg pun.. ajak adik2 ang pusing kat aloq staq;)

    BalasPadam
  30. ko gemok ke?
    upload la gambar kasi tgk!
    ;)

    BalasPadam
  31. bestkan kenangan jaman kecik2[hrmm pernah kecik ke wa??]

    tapi semua yang terindah hanyalah sementara.....

    layankan aje.....

    BalasPadam
  32. hahaha , badlishah kat kulim ke..
    hahahaha..
    aku 2thn stay kulim kot .
    belajar..
    hahahak..

    ceh , trgt lak zaman dulu2..
    kekeke

    BalasPadam
  33. Btul2x..Hargailah pengalaman yg dilalui..krn ia sesuatu yg amat bermakna!!

    BalasPadam
  34. jadikanlah kenangan yang ada ini sebagai satu kenangan yang akan mematangkan diri kita suatu hari nanti

    BalasPadam
  35. huuuu . entry ni buat rasa rindu zaman muda muda . huuu

    BalasPadam
  36. hahahahaha jiwang jugakkk x kira jiwangggggggggg jugak kahhhhhhhhhhhhh.....

    BalasPadam
  37. hu..hu..aku dah mula teringat zaman
    dulu2 dah....
    dioreamon x der..akalau ada doremon..ntah2 nak balik jer zaman dulu...x nak tua mungkin..he..he..

    BalasPadam
  38. ko mmg x jiwang,,,tp aku x puas hati header ko jer...hehehehe

    BalasPadam
  39. kerana Doraemon itulah...... hmmmmm

    BalasPadam
  40. ko pernah bercinta guna surat ek.. klasik tuuu..

    BalasPadam
  41. Aku pun gemuk jugak. Hahaha :D

    Pengalaman adalah cikgu yg terbaik.

    BalasPadam
  42. aku salu teringat kenangan2 dulu especially masa bawak kete sensorang..kalo sedih pasang lagu sedih pastu nangis sensorang..

    nak dekat sampai umah.kesat air mata buat macam biase..hehe!

    BalasPadam
  43. comel2.

    ehe.

    mari mengenang zaman silam.

    BalasPadam
  44. hahaha..
    berutus surat yer..
    siap berposmen ag..sweett

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama