Apabila kita telah berjaya mencapai sesuatu yang kita idamkan di dalam hidup kita sama ada di dalam bidang kerjaya mahupun alam rumah tangga seharusnya kita berkongsi rahsia kejayaan kita itu dengan orang lain.
Kita berasa pelik kenapa ada orang yang tidak berjaya mencapai angan – angan seperti yang telah kita kecapi di dalam hidup sekarang. Adakah kerana malas atau pemalu tetapi kelihatan orang itu terlalu kuat berusaha. Mungkinkah telah ditakdirkan nasibnya begitu? Atau tiada rezeki?
Jadi, bagaimana kita mahu menggalakkan orang – orang seperti ini supaya paling tidak mengikut sedikit cara – cara yang membuatkan kita berjaya? Perlukah kita memberi galakan pada mereka? Atau perlukah kita menyindir mereka sehabis boleh? Atau perlukah kita memberi kedua – keduanya kepada mereka ini?
Kita cuba memberi galakan kepada mereka supaya cuba keluar dari kepompong mereka sekarang. Mungkin dengan cara itu ia akan membakar semangat mereka supaya lebih kuat berusaha, membuang rasa malu dan membina sifat agar mereka tidak takut kepada kegagalan. Tetapi, mungkin dengan hanya memberi galakan hanya akan memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Bagaimana pula dengan menyindir? Adakah ini akan mematahkan semangat orang itu? Sudah semestinya semangatnya yang berkobar akan hancur lebur dan perasaan malunya akan semakin meningkat. Atau mungkin orang itu akan lebih bersemangat dan akan membuktikan segala sindiran yang diterimanya itu adalah salah?
Jika kedua – duanya pula iaitu memberi galakan dan dalam masa yang sama menyindir, bagaimana pula kesannya kepada orang tersebut? Semangatnya yang mungkin malap tiba – tiba berkobar apabila diberi sedikit galakan tetapi semangat itu mungkin akan kembali luntur apabila disindir pula selepas itu. Atau mungkin juga sebaliknya.
Kadang – kadang kita perlu juga beringat juga daripada mana kita bermula hingga mencapai tahap sekarang. Kita juga harus ingat bukan semua orang bernasib baik seperti kita. Semua mempunyai alasan masing – masing kenapa dan mengapa mereka berkeadaan begitu pada masa kita melihat mereka berdiri di depan kita.
Tidak salah kita memberi galakan tetapi jika betul kita ikhlas, berilah galakan itu seikhlas mungkin kerana kata – kata kita pasti memberi paling tidak sedikit kesannya kepada individu yang terbabit.
P/S : Sentiasa Beringat Dan Tidak Mahu Perkara Yang Sama Berulang. Insyaallah.
Sentiasa la kita beringat... Contoh Ingat Tuhan...
BalasPadamdalam setiap perbuatan - ikhlas yang paling penting...
BalasPadam:)
InsyaAllah.. terima kasih sebab ingatkan.
BalasPadamhehehehe ... slunya gitu lerr.
BalasPadamsindir or perli sama maksud ke?
wa gagal BM. keh3x
baerilah galakan & kritikan secara berhemah .. tultultul
>>___<<
sesetengah org jenis sensitif....kene tegur x bleh terima...patutnye open mind la skit....terima sume kritikan tu dan anggaplah sebagai kritikan membina
BalasPadamye.. insyaAllah..
BalasPadamterpulang pada penerimaan orang.
BalasPadamnyway terima kasih hans!
aku x reti menyindir orang. hoho~
BalasPadamim too innocent.
(=.=)"
kalau aku berjaya suka diam2 jer.. malu kalau org tau n takut diri nie alpa. pelik kan.
:p
x sume orang leh terima teguran, sindiran...tapi klu teguran yang membina apa salahnya terima :)
BalasPadamaku heran ngn blog ko..
BalasPadamdari dl smp skang..
asal blog ko bahagian atas kuning dan bahagian bawah hitam?
kenapa ckp macam ni hans? ada org support ko and at the same time dia sindir ke?
BalasPadamperli perli skit.... pastuh galakkan... gurau2...
BalasPadamtapi cara aku, lantak le, kalo orang tuh sendiri nak berjaya cam aku, then dia sendiri akan ada usaha sendiri untuk bertanye. wat pe aku nak sibuk2. kalo usaha untuk bertanye pun tak mau, then abaikanlah kejayaan yang nak dimiliki :P
kekadang xbleh kena tegur gak time aku ngah bad mud..hehe
BalasPadamoh sudah terang dan bersuluh....
BalasPadamthank you...
manusia xde yg perfect, tp beragaklah...
BalasPadamgood advice
BalasPadamsetuju . ikhlas itu penting dalam apa je yang kita buat (:
BalasPadamgalakan atau menyindir??.. me said ketuk kepala dengan sudu hehe..
BalasPadamtak kisah la galakan atau menyindir, ape yg penting, kata2 perlu disusun dgn hemah.. kdg2 klu salah susun ayat, yg galakan pun bunyik mcm sindiran.. kan :)
BalasPadamape2 aje asalkn tak buat org tersinggung..ade org cepat terasa..ade org sangat terbuka..
BalasPadamjadi lain org lain cara nk menegurnya...
kdg2 berangan aje lebih,.
BalasPadamberusaha tidak,.,
Herm, berdasarkan pengalaman Mak Long
BalasPadamdalam hal ni, dulu, Mak Long pernah
poyo2 beri galakan, tapi bila diberi
galakan, benda tu sementara sahaja
dan lagi pulak, benda ni seolah2
mereka bergantung dengan motivasi
kita, bukan motivasi dari diri mereka
sendiri.
Bila Mak Long sindir, orang Melayu
ni payah. Lagi disindir, lagi down.
Jadi, lepas daripada tu, Mak Long
guna cara Nabil, 'Lu pikir la sendiri'.
Beri motivasi tapi dalam bentuk biar dia pikir sendiri.
Sebab semua motivasi yang kita bagi, takkan menjadi kalau tak datang dari diri dia sendiri.
sentiasa lah beringat kawan2..
BalasPadamHans, anda telah di TAG
x nak jawab pun x pe, x paksa :)
Galakan dalam bentuk sindiran..depend pada diri sendiri jenis penyabar atau jenis dendam kesumat.
BalasPadamapa2 pun semuanya bergantung pada niat
BalasPadam:)
aku tangkap cintan ngn entri kali nih...tapi la kan..
BalasPadamaku rase kite berfikiran positif la..
kite kadang2 cube menyindir ..tapi bukan untuk jatuh kan..tapi cube die bukak minda utk berubah..sbb mungkin cara lembut tak bekesan..
[reverse psycology]..
abaikan sindiran.. amik yang galakan sudaa.. hehe
BalasPadamaku xsuke pada sindiran
BalasPadamklu nak beri galakan aku akan hargaii nyer
renung2 renungkan!
BalasPadamaku nak galakkan ko neh tp yg aku tau pasal blog jer. ko teruslah menulis ya... tu ler galakan aku
BalasPadamhaha
ingati yang tersayang ?
BalasPadamcaner haa ?
hahaha
jgn la marh atau sendr2...aku nangisnnti...tgur lek lok aku tak kisah,,,haha.
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com