Episode 3 : Jalan - Jalan Mari Makan di Meatball IKEA

Pada Jumaat Minggu lepas, aku mengalami penyakit kemalasan serta kebosanan yang amat teruk. Lepas pulang dari solat Jumaat patutnya aku lebih berasa rajin daripada biasa tetapi tiba – tiba rasa mahu ponteng kelas. Ditambah pula dengan sakit perut yang datang secara tiba – tiba membuatkan hati bertambah cekal untuk ponteng kelas.Jadi, hari itu aku ponteng kelas dan tak dapat pergi teman kawan aku, si Erna interview dekat fakulti perubatan. Kalau tidak mesti dah dapat tilik nasib. Hahaha.

Aku menggunakan broadband budak rumah untuk online sewaktu aku ponteng kelas hari tu. Tapi, facebook masa tu sangat membosankan. Tak tahu kenapa. Tengok pula blog aku yang hidup segan mati tak mahu nih pun buat aku rasa bosan juga.Jadi, tanpa perasaan malu langsung aku pun sajalah sms Pikah & the Gang ajak meronggeng sebab kebosanan gila. Aku sajalah sms tapi aku rasa mesti diorang nih busy ker atau tak ada duit. Alih – alih Pikah balas sms aku ajak keluar.

Fuh, memang gembiralah sebab dapat menghilangkan kebosanan yang aku pun tak tahu nak cakap macam mana.Hari tu aku, Piqah, Yan dan Faiz pun pergilah makan Meatballs yang dekat IKEA tu. Tak silap aku dekat The Curve kut. Entah, aku tak arif sangat tentang tempat tu sebab 1st time baru sampai situ. Wakakaka. Aku nih suka bila dengar tempat makan yang ada makanan yang pelik – pelik atau aneh sikit nih sebab aku suka mencuba.

Perjalanan agak mencabar kerana tersesat dan memasuki tempat – tempat aneh tetapi suasana waktu tu sangat lucu. Untuk mencari jalan keluar, kami semua memerhatikan kawasan yang banyak lampu untuk menandakan itu adalah kawasan bandar dan aku sangat suka ayat,”Didepan Sana Ada Pembangunan”. Hahaha.

Sampai dekat tempat makan tu memang rasa aneh sikitlah. Ini kalau aku sorang – sorang jer pergi mesti malu nih sebab tak berapa faham sangat. Rupa – rupanya tak susah pun. Macam makan dekat SUBWAY jer. Huhuhu. Sebab aku tak ada duit jadi aku hanya rembat 10 biji meatballs, muffin blueberry dengan kek apa ntah. Serius memang aku tak ada duit tapi sebab aku fikir bukan tiap – tiap minggu aku datang sini. Mungkin setahun hanya sekali. Hahaha. Lagipun, orang kata jangan berkira – kira sangat dengan makanan. Jadi, tak kisahlah melabur untuk makanan nih.

Yeah, meatball dia memang sedap. Mungkin aku lapar tapi aku rasa kalau aku tak lapar pun memang meatball disini sedap. Kira sekejap jer lah aku makan 10 biji tu dengan fries dia. Marvelous. Muffin blueberry juga sedap sebab lembut dan kek coklat apa ntah aku ambil tu boleh tahanlah sedap. Tapi, mungkin sebab 10 biji meatball yang aku makan tadi tu mengembang dalam perut so rasa kenyang gila hingga aku bagi kek tu dekat orang lain. Sayang kalau tak habis. Kalau seposen tak apalah nak tinggal – tinggal. Hehehe.

Walaupun ada sedikit insiden menyayat hati yang berlaku sewaktu berada disitu tetapi masing – masing cuba buat selamba jer lah. Jadi, pada siapa – siapa yang belum pernah merasa meatball dekat IKEA tu silalah cuba kerana pastinya anda akan berasa puas menikmati kesedapannya.

Selamat menikmati MEATBALL IKEA.

P/S : Entry Selepas Nih Akan Menceritakan Apa Yang Berlaku Selepas Makan Meatball IKEA.

21 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sedap ke meatball ikea..??

    err..

    BalasPadam
  2. Aku malas baca sebab panjang. Tapi tetiba nampak nama aku, so aku bacala.. hehehehe. Tgk2 bkn aku, nama ja sama. huhu

    BalasPadam
  3. Aku tiap-tiap 2 minggu makan meatball tu. Boleh tahan sedap. Lagi-lagi kalau ada kek Daim. Memang terliur.

    BalasPadam
  4. penag gak rasa.. ntah.. rasa meatball.. xde rasa sedap huhu

    minum air semangka pepanas camni lagi sodappppp.... slruppppppppp

    BalasPadam
  5. g ikea sbb nak cr kusi je.
    n langsir.

    BalasPadam
  6. ckLah lebih tertarik kepada perabot IKEA tu....daripada meatballnya!



    Ceritalah...ceritalah...

    BalasPadam
  7. dah lama x g ikea nih

    lalallalal

    BalasPadam
  8. sedap ke? heee! laen kali kamu bwk sy lah!

    BalasPadam
  9. Oit.. aku penah keje kat ikea.. pergh.. meatball die memang kaw punya sedap.. pasti nak lagi.. karipap dia pun ok jugak.. hahha..

    BalasPadam
  10. alaaa , terasa nak makan meatball pulak ):

    BalasPadam
  11. aku nk tau adegan menyayat hati tuuuuuuuuuuuuu...........

    BalasPadam
  12. wa makan ulam-ulaman jer ...


    >>___<<

    BalasPadam
  13. Makan-makan-makan, lain tak daaaa

    BalasPadam
  14. mmg sedap meatball ikea..lor, rasa nak makan lah pulak tp jauh beribu batu..mana nak dapat. telah air liur je lah.. apa adegan yang menyayat ati tu?? xcukup duit nak bayar ye?

    BalasPadam
  15. lama dh tak gi ikea...dulu ari2 datang sana....hrmmm...

    BalasPadam
  16. Meatball buat sop pun ok..jadi nya sop meatball satuu..

    BalasPadam
  17. ooo...dkt damansara ye.....ak sk hang out dkt curve

    BalasPadam
  18. apa insiden yg menyayat ati tu? =.="

    BalasPadam
  19. MEATBALL tu memang terbaik la wei!! ahahaha.. RM10.50 ja..

    BalasPadam
  20. ala jauh la hans nak gi ikea tu..
    agak2 hans blk sini leh tak tapau kat sis? hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama