Fan Page H.P.B Blog Sudah Mencapai 200 Orang

Aku sempat tidur dalam sejam lebih masa emosi aku sangat - sangat terganggu tadi selepas mendapat markah midterm untuk subject management. Tak pernah seumur hidup aku dapat markah yang sangat 'TINGGI' macam tu. Bila dapat macam tu aku mula membayangkan benda yang bukan - bukan.

Selepas mendapat nasihat dari seorang member baik iaitu Diva Afiqah yang menyarankan aku tidur sekejap untuk menenangkan fikiran maka aku pun tidurlah sebab memang aku tak boleh fikir apapun. Bangun dari tidur nak kena buat assignment Script pula sebab petang nih nak hantar. Jadi, aku pun gigihlah siapkan dan ubah sikit - sikit apa yang salah sebelum ini.

Terjumpa classmate merangkap groupmate iaitu si Erna di facebook. Aku pun mintalah tolong dia printkan assignment aku sebab aku memang tak ada mood nak pergi kelas. Lagipun hari macam nak hujan jer. Lepas tu dia tanya aku asal aku pelik jer. Aku pun ceritalah apa yang terjadi. Lepas tu dia pun cerita dan nasihat aku lah macam - macam. Dia mengingatkan aku pada kakak aku dekat rumah. Hahaha.

So, sekarang aku rasa dah sedikit tenanglah. Lagipun cadang nak main game dekat iklan Mr Potato tu. Macam best jer. Haha. Thanks lah pada korang yang sentiasa click nuff aku. Malam nih aku akan blogwalking click nuff korang. Insyaallah. Adoi, menaip punya best sampai lupa pula nak cerita pasal topik di atas.

Dulu, aku gelak macam nak gila waktu mula - mula buat fan page blog nih dekat facebook. Aku fikir siapalah nak join. Kalau aku invite pun mungkin diorang ignore jer. Tapi tak sangka jugalah sekarang dah ada sampai 200 orang join H.P.B Blog dekat facebook. Thanks lah pada semua. Cuma aku tak tahu siapa orang yang ke-200 tu. Hahaha.

Apa - apapun, aku masih dalam mood yang kurang bagus lagi dan aku nak ceriakan kembali hidup aku. Baiklah! Aku terima cabaran nih. Aku akan buat sehabis baik untuk subject management dan insyaallah paling tidak aku takkan repeat subject nih. Aku akan berusaha untuk lepas subject nih. Doakan kejayaan aku yer. Amin!

Assalammualaikum dan thanks pada semua. Hanya Allah mampu membalas jasa korang.

17 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Err..

    apesal aku tatau pasal bnd ni kat fb..??

    BalasPadam
  2. saba ye......chill!!
    buat yg terbaik!!!

    BalasPadam
  3. nini jakun ketinggalan zaman...

    BalasPadam
  4. wah..bravo..dah 200...bagi cukup 2000 k..

    BalasPadam
  5. wowww....
    relex2....
    x berjaya sekali bukn bermksud x berjaya selmnya...
    teruskn usha k...

    BalasPadam
  6. relax..cheer up yrself! life must go on~

    BalasPadam
  7. Peh giler arr..tahniah byk peminat ko...

    BalasPadam
  8. adeh. ni takut ni.
    final 12hb start.

    BalasPadam
  9. tiba2 xde mood nak men fb

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama