Kadang - Kadang Aku Berasa Pelik...

Kadang – kadang aku pelik dengan segala macam hal di luar sana. Masing – masing menegakkan benang yang basah. Masing – masing cuba untuk menjadi jaguh. Masing – masing mahu memberitahu diri mereka hebat. Masing – masing mengaku hanya mereka sahaja yang betul.

Mereka ada kuasa dan ditakdirkan mempunyai kuasa. Tetapi, kenapa mereka tidak menghargai kuasa itu. Kenapa tidak gunakan kuasa itu untuk kebaikan? Kenapa perlu bergaduh sesama sendiri? Sedangkan masih banyak masalah belum selesai dan masalah baru juga semakin banyak mencengkam kehidupan. Kenapa perlu menambahkan masalah yang ada?

Mereka berkata mereka cerdik pandai tetapi kata – kata dan perbuatan mereka menunjukkan sebaliknya. Adakah ini yang mahu dibuktikan pada pemerhati diluar sana? Belum sedar lagikah masalah yang lebih besar bakal menimpa? Kenapa mereka tidak sedar atau adakah buat – buat tidak sedar?

Mungkin mereka bijak namun bukan dalam semua perkara. Jadi salahkah jika merendahkan diri untuk menerima pandangan atau cadangan orang bawahan? Walaupun mereka orang bawahan tidak bererti mereka bodoh. Dan tidak perlulah membangga diri mencanang satu dunia bahawa mereka telah berjaya melakukan perubahan. Hakikatnya perubahan itu sepatutnya sudah lama dilakukan kerana hakikatnya idea itu telah lama diutarakan oleh orang bawahan. Jatuhkah imej jika mengaku idea itu diambil daripada orang bawahan?

Masing – masing berebut kuasa. Masing – masing bermain kotor. Perkara yang sepatutnya memberi dan berkongsi maklumat terpaksa dikotorkan dengan perkara sampah seperti ini. Adakah mereka belum sedar zaman sudah berubah? Masing – masing menerima pendidikan jadi janganlah samakan mereka seperti kanak – kanak tadika.

Tersangatlah rugi apabila keindahan yang sepatutnya wujud dan dapat dirasai semua tiba – tiba berubah menjadi sebaliknya. Inilah jadinya apabila ketamakan menguasai diri. Amanah yang sepatutnya dilaksanakan telah ditolak ketepi. Mereka menjerit mengatakan mereka memperjuangkan keamanan tetapi hakikatnya merekalah perosak kebahagiaan hari ini.

P/S : Sedihnya Hati Melihat Perkara Ini Berlaku Di Hadapan Mata Pada Hari Ini Tanpa Mampu Melakukan Apa – Apa.

7 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. yang menjadi mangsa orang macam kte ni..rakyat..gua memang cukup benci jenis orang macam tu,ade kuasa tapi salah guna..

    BalasPadam
  2. penulis blog yg gigih!!!
    hhehehehhehe

    BalasPadam
  3. lumrah manusia yg selalu hanya pentingkan diri sendiri..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama