Kisah Pengembaraan Hans Di Waktu Pungguk Merindukan Bulan(Part 2)

Korang rasa apa gua nampak lepas gua tegur bau wangi tu? Hantu? Preity Zinta? Bukan..salah – salah! Sebenarnya gua terpandang kilang coklat Cadbury dekat sebelah kanan gua. Bau coklat tu lah yang buat gua terangkat tu. Hahaha. Jadi, gua mengharungi jalan yang sunyi seorang diri sambil menikmati angin yang sejuk tu dengan kepuasan.

Sampai di rumah gua simpan laptop gua dan sempat kedarah epal 2 biji sebelum member gua tu sampai rumah gua. Gua pun tanyalah dia apa ker hal nya pukul 3 pagi nak pergi LCCT nih. Rupa – rupanya dia kena jemput seseorang yang istimewa sebab penerbangan beliau delay. Haih, begitu kisahnya. Gua ingatkan apalah tadi.

Jadi, sepanjang perjalanan gua cuba timbulkan pelbagai cerita bagi mengelakkan kami berdua mengantuk sekaligus menjamin kehidupan gua di hari esok masih ada. Gua rasa gua buat keputusan yang betul sebab kalau dibiar member gua yang penakut nih datang seorang diri memang gua tak dapat bayangkan. Dengan jalan yang sunyi, kadang kala tiada lampu jalan dan di kiri kanan dikelilingi ladang kelapa sawit memang mampu membikin cuak sesiapa sahaja.

Sempat juga dalam kereta bercerita pasal hantu dengan membayangkan hantu berkepala mengekori kereta dari tepi tingkap sambil tersenyum kepada kami memang agak menyeronokan sebenarnya. Hahaha. Akhirnya, tibalah kami di LCCT dan selamatlah sudah orang istimewa rakan gua tadi. Kami pun terus memulakan perjalanan untuk pulang semula ke Shah Alam.

Bermula dari sini gua sudah rasa mengantuk dan teman istimewa member gua nih membuat banyak juga cubaan membuka topic untuk berbual dengan gua. Tapi, otak gua sudah blur dan telinga gua seakan – akan tidak berfungsi ketika itu. Mata celik tetapi jiwa berada di angkasa bersama pramugari MAS. Hahaha. Kalau gua sedar gua balas balik apa dia tanya tapi selalunya gua banyak mendiamkan diri sebab gua tak sedar pun dia berbual dengan gua. Kehkehkeh.

Akhirnya, gua tiba dengan selamatnya di rumah sewa gua dan mereka berdua mengucapkan terima kasih kerana gua sudi menemani mereka di pagi buta ini. Akibat keletihan yang keterlaluan akhirnya gua tidur mati pada hari itu.

Penat maaa!

P/S : Hah, Jangan Lupa Click Nuff Gua. Berapa Kali Gua Mau Paksa Nih? Hahaha.

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tido je mati kan?
    lu x mati kan?

    BalasPadam
  2. awek ke teman istimewa kwn ko tuh??gle kental amek awek pagi bute..huhu

    BalasPadam
  3. tu dia.. sggup tu.. nnt klu la flight aku delay,, ko jgn xg jemput aku kt KLIA plak.. leh aku landing umah sewa ko 1 mlm.. hahahah boleh? hahahahaha

    BalasPadam
  4. sabar je laa teman istimewa kwn ko 2..
    dia ckp ngn ko..
    ko wat2 xdgr je..
    huhuuu~

    BalasPadam
  5. ayat ko menarik la.. cam novel lak aku bace

    BalasPadam
  6. sape teman istimewa tuhhh? ;D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama