Apabila satu kenyataan sebelum ini oleh seorang menteri yang terkejut melihat kebanjiran ramai pendatang asing membanjiri tempat – tempat tumpuan negara maka hal itu juga membuatkan aku sangat terkejut. Bukannya terkejut dengan lambakan pendatang asing tetapi terkejut dengan kenyataan menteri itu. Sampai sekarang aku masih tidak dapat menerima apa yang cuba disampaikan oleh menteri itu.
Hal ini sudah berlarutan sejak sekian lama. Jadi, kenapa baru sekarang beliau mahu terkejut dengan hal ini? Aku betul – betul musykil. Bukankah mereka sepatutnya sudah tahu lebih awal kerana ini adalah salah satu masalah besar yang wujud sejak sekian lama dahulu dan makin mencengkam keamanan negara?
Singapura adalah negara yang sangat tegas mengawal kedatangan pendatang asing dan harus diingat pendatang asing yang ada di Singapura bukanlah jenis pekerja bawahan kerana kebanyakkannya adalah pekerja berprofil tinggi. Itupun telah memberikan kesan yang serius kepada keharmonian rakyatnya. Apatah lagi kita di Malaysia yang mana rakyat asingnya datang bercambah – cambah sama ada melalui cara yang sah ataupun haram dimana kedua – duanya sama banyak.
Tolonglah wahai pemimpin – pemimpin yang mempunyai kuasa. Tegaslah dengan tindakan dan bukannya dengan kata – kata. Buat apalah berlembut sedangkan yang ruginya kita sendiri. Sayangilah rakyat sendiri dan jangan biarkan pepatah ‘Kera Dihutan Disusukan Sedangkan Anak Mati Kelaparan’ menjadi kenyataan.
P/S : Maaf Entry Sekarang Agak Politik Sebab Aku Rimas Dengan Suasana Sekarang.
ya, kenalah buat sesuatu, jgn susukan kera di hutan, anak sendiri mati tak makan.
BalasPadambetul setuju dgn kamu hans
BalasPadamkadang2 terasa spt bukan berada di m'sia
ramai sgt org2 asing
huhuuuu
kita pown rimas..naik bus nak gi kl macam kat jakarta dan bombay !!! bau !! tak yah citer..jamban umah kita lagi harum
BalasPadamhans,
BalasPadamaku suka n3 yg ini..
thumbs up!
menukar kerajaan.
BalasPadamaku rasa itu je penyelesaian yang mungkin...
mereka yang diatas perlu diajar
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com