Aku Rindu Pelangi


Matahari pagi menyimbahkan harapan,
Aku berlari mengejar pelangi,
Pelangi tetap juga jauh,
Aku mula terduduk kecewa,

Tiba - tiba pelangi itu datang,
Datang dekat padaku,
Bibirku melirikkan senyuman,
Aku sedar aku tidak lagi bersendirian.

Alunan irama mengikat hati,
Nada suara membangkitkan emosi,
Syukur padamu yang esa,
Kerana menghadiahkan pertemuan ini.

Pelangi itu tidak akan kekal,
Tetapi pelangi itu indah,
Walaupun pertemuan hanya seketika,
Namun akan tetap di memori.

Mari mengejar pelangi,
Mari menyentuh pelangi,
Mari menunjuk pelangi,
Kerana pelangi itu istimewa.

Karya Asli Hans Hanis

P/S : Sentiasa Menanti Pelangi

P/S : 
Maaf Busy Dengan Study Untuk Exam Khamis Ini...
Letih Dengan Gelagat Manusia Yang Mahu Semua Mudah...
Benci Dengan Gelagat Manusia Yang Tidak Sistematik..
Nasib Masih Ada Pelangi Di Hadapan. 
Terima Kasih Pelangi Membawa Warna - Warni Keceriaan Dalam Hidupku.

16 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku rase macam nak rindu penagi jugak lah :D

    http://nomborsebelas.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. adakah aku tergolong antara pelangi itu?? lama betul xtgk pelangi..

    BalasPadam
  3. ahad lepas nampak pelangi~ada dua..ehehe..indah kan ciptaan Allah~

    BalasPadam
  4. n3 ni wat aku nak tgk pelangi real punye.ish

    BalasPadam
  5. Pelangi juga adalah bayangan, adalah harapan, adalah keceriaan.Dalam pelangi ada cinta, ada resah, ada santun, ada gelora,ada jiwa dan semua hakikat yang tersembunyi di balik 7 warna.....

    BalasPadam
  6. aku mau jd petir.. hehe boleh? *aku juga rindu pelangi*

    BalasPadam
  7. pelangi memang indah..xjemu dpandang.. Terpegun bila berpeluang menatap keindahan nye.. Gud luck hans utk exam t...

    BalasPadam
  8. ia bukan selalu ada
    tp yg aku tau
    pelangi itu ada tujuh warna,hak3

    BalasPadam
  9. pelangi jarang2 muncul.namun sekali muncul...bermakna.

    p/s:gudluck bro!!

    BalasPadam
  10. lama sudah tak tgk pelangi..esok nk wt pelangi la..hehe

    BalasPadam
  11. hebat.
    kalah a.samad said nie.
    wish u luck 4 exam yea.

    BalasPadam
  12. kadang-kadang saya mahu percaya, yang pelangi itu bukan hanya ada tujuh warna... =)

    BalasPadam
  13. hans,
    aku mencari pelangi.

    silalah hadir walau hanya seketika.
    seketika yang penuh dengan keindahan.

    oh pelangi..

    Hans,
    memang 'Aku Rindu Pelangi' nie best!

    syabas!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama