Aku Tak Suka Berjiwa Melankolik....Aku Risaukan Kamu.....

Sejak akhir - akhir nih kamu selalu menghadapi masalah,
Kadang - kadang kamu kata kamu kuat,
Aku cuba percaya walaupun hatiku tidak,
Namun aku tetap memberi semangat.

Sejak akhir - akhir nih kamu selalu jatuh,
Kadang - kadang kamu kata kamu tak kuat,
Aku tidak percaya walaupun hati aku mengiyakan,
Namun aku tetap menyokong kamu.

Sejak akhir - akhir nih kamu selalu bercakap tentang dunia yang lagi satu,
Kadang - kadang kamu kata kamu sudah tak mampu,
Aku tidak percaya walaupun hati aku sedang mengira waktu,
Namun aku tak mampu berbuat apa - apa.

Sejak akhir - akhir nih aku selalu terfikirkan kamu,
Kadang - kadang aku bagai orang gila melihat skrin telefon,
Menanti bunyi deringan telefon menghinggap halwa telinga,
Namun aku sedar kamu tiada masa.

Sejak pertama kali aku berkesempatan berborak dengan kamu,
Kadang - kadang aku rasa semua ini lucu,
Aku tidak percaya aku berani bercakap dengan kamu,
Namun aku sedar itulah keistimewa diri kamu.

Sejak aku tahu rahsia hidup kamu,
Kadang - kadang aku rasa benci dengan pertemuan ini,
Kenapa setiap pertemuan itu pasti berakhir begitu pantas,
Adakah memang ditakdirkan hidup aku selalunya begini.

Sejak aku kenal siapa kamu,
Aku berasa sangat - sangat beruntung,
Kamu mengajar aku banyak perkara yang selama ini aku lupa,
Sebab itu kamu sangat istimewa bagi aku.

Jika beginilah pengakhirannya nanti,
Aku redha dengan takdir yang ditentukannya,
Apa - apapun yang terjadi,
Kamu akan tetap hidup dalam jiwa aku.

Aku sayang kamu!

P/S : Harap Kamu Kuat Macam Pertama Kali Aku Mengenalimu.

Entry ditulis sewaktu jiwaku berputar risau memikirkan keadaannya. Tidak ada copy paste dari mana - mana artikel. Hasil nukilan sendiri. Aku tidak suka menulis puisi. Aku tidak suka menulis sajak. Aku tidak suka menulis syair. Namun tidak bermakna aku tidak mampu menulis. Entry ini lahir ikhlas dari lubuk hati. Mungkin sesuatu yang mengejutkan kerana aku menulis entry sebegini. Tetapi, aku juga manusia yang tidak dapat lari dari berjiwa melankolik. Aku sedang cuba tenangkan diri.

Mungkin pada kalian ini semua satu bahan lucu untuk kalian persendakan atau sebagainya namun tidak bagiku. Aku tidak perlukan kalian memuji atau mengeji entry ini cuma aku berharap kalian menyelami apa yang aku cuba sampaikan melalui entry ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

16 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku mcm tak percaye entry ni datangnye dari ko..hehehe nice one!

    BalasPadam
  2. wahh.. tulisan jiwa hans..

    kagum

    eheee~

    BalasPadam
  3. gua tau lu risau akan seseorang..

    BalasPadam
  4. trima kasih kerana risaukan aku.
    xpe. aku akan kuat macam dulu!
    aku akan tetap tabahkan hati aku...

    ko byk bg sokongan pada diriku secara x langsung.

    thanks friend. :)

    (haha..prasan sekejap)

    BalasPadam
  5. setiap yang terluah adalah sesuatu yang benar-benar suci dari dalam jiwa. tak perlu disalahkan, tak perlu dipermainkan, tak perlu diremehkan.

    uh, serpihan aksara kadang-kala bisa menjadi sesuatu yang bermakna =)

    BalasPadam
  6. pergh..
    speechless..
    tak sangka ko ada bakat terpendam.
    beruntung si dia..:)

    BalasPadam
  7. ko riso sape hans???
    aku ke???
    xyah la concern sangat...
    aku baik je...
    hahahaha

    BalasPadam
  8. ahhh kita seri hahaha :) jiwang sama

    BalasPadam
  9. utk sape ni babe? jgn sedih2.. kalau dia tak call, ko la yg kena call dulu.. kalau suka, luah saje.. :) tak salah meluah perasaan.. klu tak diterima, itu lain cerita. at least kita sudah buat part kita :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama