Drama Blog Hans Minggu Ini : Kerana Pisang Goreng

Scene1

Kereta berhenti di hadapan lot parkir kereta berhadapan Pasaraya Bintang.


Syah : Ahhh! Hari tu dah rosak! Hari nih pun rosak lagi. Adoiii!! (dengan nada mengeluh)
Yatie : Asyik – asyik rosak jer kereta nih. Aku suruh tukar kereta buruk nih dia tak nak. Hish!! (keluar dari kereta buruk sambil mengipas muka dengan kipas tangan)

Pengemis datang dan memegang bahu Yatie dari belakang. Yatie terkejut laju memandang belakangnya. 

Yatie : Ouch!! Siapa nihh….Argghhhhhhhhhh!!! (menjerit dan seakan – akan nak pengsan)
Hans : Eh, maaf Cik! Maaf! Maaf!
Syah : Eh, kenapa nih Sayang? Lah, tak ada apa – apalah. Ini kan orang nih.
Yatie : I takutlah sayang. Lagipun tiba – tiba dia muncul dari belakang I.
Syah : Nah, ambil RM200. Kamu pergilah beli makanan dekat mana – mana (sambil senyum).
Hans : Terima kasih! Terima kasih encik!
Yatie : Banyaknya duit. Suruh tukar kereta tak mahu pula.
Syah : Hehehe..(senyum)

Syah dan Yatie pun menaiki kembali kereta mereka yang sudah dibaiki sambil Hans pula melihat duit di tangannya dengan gembira.

Scene 2

Adegan menunjukkan 3 orang wanita ‘Means Girls’ sedang berjalan – jalan dengan bangganya melintasi deretan kedai di hadapan mereka. 

Erna : Hey, U’ols! Tengoklah rambut I nih? Cantik kan? Kan? I baru buat nih tau! Tak mahal pun. RM200 lebih jer! (sambil tangan bermain – main rambut)
Wiyah : Ar ar..cantiklah rambut U! (memuji dengan ikhlas)
Aisha : Cantiklah! Kagum I bila tengok rambut U! (nada tak ikhlas dan menyindir)
Wiyah : Eh, korang! I laparlah! U’ols semua tak nak makan ker?
Erna : Er, tak apalah. I tengah on diet sekarang nih.
Aisha : Yerlah tu! (sambil menjuih bibir)
Erna : Eh, U’ols tengok tu. Ada goreng pisang. (sambil menjilat bibir tanda lapar)
Wiyah : I tak ada duitlah U’ols.
Erna : Aik, you pakai cantik – cantik, glam – glam macam nih pun tak ada duit? (nada menyindir)
Aisha :  You tu ada ker duit? (dengan nada sinis)
Erna : Errr….Hahaha….I tak adalah. Duit dah habis buat rambut. (dengan nada malu – malu)
Aisha : Hah, tahu pun!
Erna : Habis, U ada ker duit? (nada ingin tahu)
Aisha : Errr…hehehehe…I pun tak ada. (dengan nada malu – malu)

Scene 3


Kemudian Erna, Aisha dan Wiyah ternampak Hans dan mereka memerhatikan duit yang diterima oleh Hans sebentar tadi.

Erna : I ada satu rancangan. Jom rompak pengemis tu.
Aisha : U biar betul? (nada terkejut)
Wiyah : I takutlah.
Erna : U nak makan ker tak goreng pisang tu?
Wiyah : Nak! Nak sangat – sangat! (mata bercahaya)
Aisha : Kalau macam tu…I ikut jer…Jomlah rompak!
Wiyah : Sebelum tu baca doalah dulu. (sambil mengangkat tangan)
Erna : Okay, jom cepat!
Scene 4

Lalu mereka bertiga pun pergi mendekati Hans di sebalik lorong yang sunyi dan cuba mencuri beg Hans. Akhirnya, mereka berjaya merampas beg si Hans dan cepat – cepat melarikan diri dari tempat itu. Hans menjerit minta tolong tapi tiada siapa pun yang mendengarnya. Namun, selepas mereka melarikan diri tiba – tiba Hans berhenti menjerit dan tersenyum seorang diri sambil mengeluarkan duit di dalam poketnya. Kemudian, datang sebuah kereta berhenti di depan Hans dan kemudian tingkap kereta perlahan – lahan turun dan menampak wajah seorang wanita.

Anis : Hai, handsome! Cepat naik!
Hans : Owh, nasib U sampai tepat pada masanya.

Hans membuka cermin mata hitamnya dan memakai blazer hitam yang diberi oleh Anis kepadanya sambil ketawa besar. Hans pun menceritakan apa yang terjadi sebentar tadi kepada Anis.

Anis : Hahaha!! Bodoh betul 3 perempuan tu kan?
Hans : Tahu takperrr!! Hahaha. Eh, itu perempuan yang tadi tu. U berhenti kejap tepi diorang!
Anis : Itukah perempuan – perempuan tu? Iyewwww! Hahahaha. (nada mengutuk)

Kereta berhenti di sebelah mereka. Tingkat turun secara perlahan – lahan sambil bunyi ketawa besar daripada Anis dan Hans.

Anis : Banyak duit dapat yer cik adik??
Hans : Duit nih ker yang korang nak?
Erna : Celaka!
Wiyah : Tak Guna!
Aisha : Sial!
Anis & Hans : Hahahaha.

Kereta bergerak meninggalkan mereka. Tiba di satu persimpangan lampu isyarat yang berwarna merah maka kereta Anis pun berhenti. Di sebelah kereta mereka kelihatan kereta Syah dan Yatie. Syah dan Yatie memandang Hans manakala Hans pula merendahkan badannya.

Anis : Kenapa dengan U nih?
Hans : Itulah orang yang bagi I duit RM200 nih?
Anis : Erkk…..(terkejut sambil memandang Syah dan Yatie)

THE END

9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. haha..ni drama manderin ko ke??yg ko jadi pengemis tu??

    BalasPadam
  2. hahahaha
    mana ko tahu nih
    hahaha
    aku baru habis edit video dia
    tapi xnak tunjuklah
    nak muka aku cam penagih dadah + orang gila pun ada
    hahahah

    BalasPadam
  3. hmmm...ape kena mengena ngan pisang?

    BalasPadam
  4. ko mmeng pengemis yang agak berkesan..
    wlala

    BalasPadam
  5. haha..upload laa..at least bg aku tgok..nk gak dgr bunyi ko sebut bahasa mandarin camne..

    BalasPadam
  6. hahahahaha, kelakar laaaaaaaaaa.. :p pandai buat cerita!

    BalasPadam
  7. bhahahaakx
    shenget2 cter hans nie..
    ape pown kelakar la..hee;)

    BalasPadam
  8. wah! drama! siap ikut format skrip lagi tu. best, best... =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama