Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 24

Siti Nurbaiyah : Ibu nih sekarang cepat pelupa betul kan? Mestilah Pak Tam yang syok dekat ibu tu yang nak pinang Baiyah nanti. Hahaha.

Elmyra : Pak Tam? Pak Tam mana nih Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Pak Tam yang ada banyak sawah padi  tu. Alah! Sawah padi dia tepi jalan yang kau lalu sebelum nak sampai rumah aku tu. Perasan tak?

Elmyra : Pak Tam mana yer? Owh! Yang gigi depan tak ada tu ker? Yang pakai gigi emas tu? Biar betul kau nih Baiyah. Dengan Pak Tam pun kau nak. Gila!

Siti Nurbaiyah : Okay apa! Kaya kut orang tua tu. Sawah dia jer dah ada berelung - relung. Tak rugilah kalau aku kahwin dengan dia.

Makcik Rokiah : Apa kau nih dah gila ker Baiyah? Dengan orang tua tu juga kau nak jatuh cinta? Dah tak ada laki lain lagi ker dekat kampung nih kau nak?

Siti Nurbaiyah : Macam cemburu jer Baiyah tengok ibu nih. Ibu kata ibu tak suka si Pak Tam tu. Nih tiba - tiba Baiyah tengok macam ada unsur - unsur cemburu jer nih. Hah, kantoi! Hahahaha.

Makcik Rokiah : Hish!! Setakat orang tua tak bergigi tu baik aku membujang sampai mati. Tak kuasa aku nak layan orang tua tu. Yang kau nih Baiyah dah gatal sangat ker nak kahwin? Umur tu baru 11 tahun tapi bila bercakap mengalahkan orang tua.

Elmyra : Hahaha. Lawaklah makcik dua beranak nih. Sakit perut saya ketawa.

Makcik Rokiah : Hah! Ketawa tu ketawa juga. Dah pukul berapa dah nih? Korang berdua nih!! Kecik - kecik dah pandai yer cerita pasal kahwin lah cintalah apalah. Gatal sungguh. Aku nikahkan betul - betul juga dengan Pak Tam tu kang baru kau tahu. Dah! Pergi siap - siap cepat. Nanti terlewat pula sampai rumah Ustaz Budiman tu.


Siti Nurbaiyah pun bergegaslah menyiapkan dirinya sambil ditemani Elmyra yang diam membisu sahaja malam pada malam itu. Selepas Siti Nurbaiyah bersalaman dengan Makcik Rokiah maka dia pun bertolaklah ke rumah Ustaz Budiman dengan basikalnya sambil diikuti oleh Elmyra di belakang.

Elmyra : Weh, Baiyah! Janganlah bawa basikal tu laju sangat. Penat aku nak kejar kau nih.

Siti Nurbaiyah : Tak mahulah aku bawa basikal malam - malam macam siput. Seramlah aku. Semacam jer aku rasa malam nih!

Elmyra : Hari nih bukan malam Jumaat pun. Yang kau nak seram buat apa?

Siti Nurbaiyah : Entahlah Myra! Meremang jer bulu roma aku nih. Hish! Cepatlah kayuh basikal kau tu!


Akhirnya, mereka berdua pun tibalah di halaman rumah Ustaz Budiman. Rumah itu kelihatan meriah sekali dengan kehadiran kanak - kanak yang datang mahu mengaji Al-Quran dan Mukaddam dengan Ustaz Budiman.

Elmyra & Siti Nurbaiyah : Assalammualaikum Ustaz!

Ustaz Budiman : Waalaikumsalam. Hah, masuk - masuk! Kenapa kamu berdua lambat sampai rumah ustaz malam nih?

Siti Nurbaiyah : Ada hal sikit dekat rumah tadi Ustaz. Minta maaflah yer.

Ustaz Budiman : Baiklah! Anak - anak semua. Berlatih baca dulu yer bahagian anak - anak. Nanti Ustaz panggil sorang - sorang datang baca depan ustaz nih.

Maka, rumah Ustaz Budiman pada malam itu pun bergema lah dengan bacaan ayat - ayat suci Al-Quran daripada kanak - kanak yang datang pada malam itu. Ustaz Budiman mula memanggil seorang demi seorang untuk membaca surah - surah daripada kitab suci Allah iaitu Al-Quran.

Ustaz Budiman : Firdaus!

Firdaus : Yer Ustaz!

Ustaz Budiman : Mari sini. Giliran kamu pula.

Firdaus : Baik Ustaz!

Ustaz Budiman : Hah, baca tengok. Ustaz nak dengar betul ker tidak bacaan kamu. Kalau salah ustaz nak betulkan.


Firdaus yang sama usianya dengan Elmyra dan Siti Nurbaiyah itu pun membaca Al-Quran dihadapan Ustaz Budiman dengan tertib. Lagaknya persis benar seperti wakil Malaysia dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Berkulit kuning langsat dan bermata sepet serta berwajah persis lelaki Cina memang membuatkan Firdaus tampak lain berbanding rakan - rakannya disitu.

Ustaz Budiman : Apa nih Firdaus? Banyak sangat kesalahan kamu malam nih. Ini patutnya dibaca begini. Yang ini pula patutnya kamu baca macam nih. Kamu nih banyak main betul nih. Kan ustaz dah ajar semalam. Esok ustaz nak kamu baca balik surah nih. Tahu? Kalau salah lagi esok Ustaz denda kamu.

Firdaus : Baik ustaz!

Siti Nurbaiyah : Itulah ustaz! Si Firdaus nih banyak main sangatlah semalam tu. Itu yang asyik salah jer bacaan dia.

Ustaz Budiman : Betul tu Baiyah. Firdaus! Cuba kamu contohi sikit perangai si Baiyah tu. Rajin mengaji. Beri tumpuan pada apa yang Ustaz ajar. Barulah cepat tangkap dan senang baca Al-Quran nih. Cepat sikit nak khatam.

Elmyra : Saya pun pandai macam Baiyah jugakan Ustaz.

Ustaz Budiman : Sudah - sudah! Kamu tu Myra. Baca lagi bagi lancar.

Siti Nurbaiyah : Ekekekekekkee...

Ustaz Budiman : Apa yang kamu ketawa macam tu Baiyah? Pelik sangat bunyi ketawa kamu tu. Dah macam ketawa kuda pula Ustaz dengar. Cuba ketawa elok - elok. Baru nampak sopan sikit. Hah, cepat! Giliran kamu pula Baiyah.


Firdaus memandang Siti Nurbaiyah dengan jelingan tidak puas hati. Tiba - tiba Firdaus tersenyum seorang diri. Dia sudah ada idea bagaimana mahu membalas dendam terhadap Siti Nurbaiyah. Firdaus pun menjalankan misinya seorang diri selepas meminta izin untuk keluar sekejap daripada Ustaz Budiman. Sambil menjalankan misi jahatnya itu, Firdaus bermonolog dalaman :-

Firdaus : Owh, suka sangat kau yer Baiyah gelak kan aku. Sudahlah kaki bodek Ustaz Budiman. Rasakan kau lepas nih. Hahaha.


Akhirnya, selepas semua membaca Al - Quran di hadapan Ustaz Budiman maka tibalah masanya untuk mereka pulang ke rumah masing - masing. Elmyra yang sudah pun bersiap sedia di atas basikalnya memerhatikan Siti Nurbaiyah yang dari tadi masih berada di atas tangga.

Elmyra : Baiyah! Cepatlah! Apa lagi yang kau tercegat dekat tangga tu? Kau taknak balik rumah ker?

Siti Nurbaiyah : Myra!!!!!! Macam mana aku nak balik rumah nih?

Elmyra : Macam mana nak balik rumah? Dengan basikal kau lah. Takkan ada helikopter nak datang jemput kau pula dekat sini. Adoi! 

Siti Nurbaiyah : Nak balik macam mana kalau..................


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 25
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. adoiii...
    saspension betoi..
    hahahahaha

    BalasPadam
  2. tayar basikal pncit???

    BalasPadam
  3. gara2 si firdaus!aku ingatkn bdk2 tu dh sekolah menengah,ghopenye2 bru 11 tahun..

    p/s:bg lbh xsen the movie bro!!

    BalasPadam
  4. lorr mudah skolah rndh lg ke..mati2 ingt form 3 ke form 4..

    BalasPadam
  5. wah..suspen...tp rasanya..msti basikal baiyah pncit...
    sian dia...:(
    harap2 de org nmpak pbuatan firdaus tu....
    xpun roda basikal baiyah hilang atau bengkok..hehehe.....
    klu btul la..nkal juga si firdaus tu ek..dari apa yg nulis bgtau..ingatkan firdaus seorg yg pmalu..hehehe..

    den ni: Nur Amani..:)

    BalasPadam
  6. wah..comment dah pop-up window..senang sket aku nk komen..pancit la tu tayar basikal dia..buat orang punya, kena balik..haha

    BalasPadam
  7. Wah... episod baru... next please

    BalasPadam
  8. Nak balik macam mana kalau..................(ustaz tgh men beskal aku...hahahaha)

    *adeh...suke wat suspens!!!!

    BalasPadam
  9. selipar hilangkan.. heheh.. berteka teki ni.. heheh..

    BalasPadam
  10. helo.. hans.. boleh tak wat label kisah antara dia, kau & aku nie.. nanti dah wat label.. wat link kat sidebar.. dah tertinggal banyak siri nie.. baru baca siri 1 je.. jenuh nak menggali balik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama