Sekarang banyak isu yang berlegar sama ada dalam kehidupan seharian kita mahupun isu negara. Paling hangat sekarang ialah isu Lesen Judi Bola Sepak Bakal Dihalalkan Di Malaysia. Baiklah. Aku tidak menyokong mana - mana pihak cuma mahu berkongsi apa yang ada di dalam pemikiran aku.
Kebanyakkannya menentang judi bola sepak ini dihalalkan dan ada juga yang menyokong walaupun hakikatnya manusia akan sentiasa berjudi kerana pendudukan di Malaysia bukannya semuanya beragama Islam. Apa kebaikannya jika dihalalkan? Tidak akan ada lagi sindiket judi secara haram seperti sekarang. Tidak ada mangsa yang ditipu kerana tindakan undang - undang tidak boleh diambil kepada syarikat perjudian yang menipu kerana tiada peruntukan undang - undang.
Keburukannya pula ialah orang akan lebih ramai pergi berjudi tanpa ada lagi perasaan ragu - ragu seperti sekarang. Ragu - ragu? Kenapa bukannya perasaan takut? Kerana orang Melayu Islam yang berjudi sangat ramai. Selain itu, keburukannya juga ialah lebih banyak keluarga yang akan derita gara - gara si suami yang tidak sedar diri pergi berjudi menghabiskan wang. Ditakuti ramai pihak juga selepas ini akan ada perkara - perkara lain yang haram di halalkan seperti pusat pelacuran.
Bagi aku dalam kes ini memang ada pro dan kontra. Aku memang tidak setuju jika Lesen Judi ini dihalalkan tetapi jika ditakdirkan perkara ini dihalalkan, aku masih boleh kawal diri. Aku tak akan bodoh menabur duit dengan berjudi kerana sudah dijanjikan Allah hidup tidak akan selamat dengan berjudi. Kalau kamu semua perasan, orang Islam yang berjudi ini tidak kemana hidupnya. Duit yang dimenangi pun tak rasa banyak walaupun hakikatnya banyak jumlah wang yang dimenangi si penjudi. Kadang - kadang tak sempat merasa terus mati kerana kemalangan dan sebagainya selepas mengambil duit kemenangan hasil taruhan perjudian mereka. Ada kamu semua lihat orang Melayu kaya kerana berjudi? Tidak bukan? Rasuah mungkin ada yang buat Melayu kaya tetapi judi rasa - rasanya tidak. Tak tahulah jika ada. Wallahualam.
Kadang - kadang orang Melayu beragama Islam nih pelik. Benda yang haram nih lah yang mereka nak buat. Cuba bayangkan jika semua umat Islam di Malaysia nih tidak berjudi alangkah indahnya hidup di bumi Malaysia. Sana - sini Melayu berjudi. Dari yang berseluar jeans hingga ke kain pelikat. Daripada rambut yang tercacak sana - sini hinggalah yang berkopiah putih. Masing - masing suka berjudi tanpa ada perasaan malu atau bersalah. Bila ditangkap tahu malu tapi sayangnya hanya malu pada manusia dan tidak pada Allah.
Lesen judi bakal dihalalkan untuk orang yang bukan beragama Islam cuma sayangnya si penjudi yang berketurunan Melayu yang lebih suka dengan pengumuman ini. Apa yang aku pasti sama ada masih haram atau bakal dihalalkan, penjudi Melayu masih akan tetap berjudi. Hakikatnya sekarang terletak pada diri masing - masing. Kita sebagai umat Islam tahu judi itu haram di sisi agama. Jadi, kenapa masih berjudi?
Silalah tinggalkan perbuatan terkutuk ini. Apabila berjudi, keluarga porak peranda. Hutang sana sini. Mulalah merompak. Mulalah membunuh. Apabila tekanan hidup melanda diri, arak jadi pilihan dan akhirnya bunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Tak nampak lagikah kesan buruk berjudi wahai si penjudi - penjudi sekalian?
ramai orang tak faham pro dan kontra
BalasPadamsaya percaya bila kerajaan buat begini,akan turun lebih banyak bala dari bahagia..
BalasPadam:)
dah memang tabiat hans. diorang pikir bergaya kot berjudi ni. palehot dia!
BalasPadamsetuju dgn ekau
BalasPadambila benda haram dihalalkan
BalasPadamdah majoriti melayu penyumbang pada kekayaan tauke judi,lihat saja pada kedai2 nombor ekor,kebanyakan melayu yg sebok beratur nk membeli kertas harem tu.......:)
BalasPadamtak lama lagi alam akan mengutuk kita.
BalasPadambersedia
yg dh sedia haram..banteras terus, jgn nk bg lesen lak...
BalasPadammemang bongek je hal ni~
BalasPadambengang yang amat kalau tengok orang yang pakai songkok haji, kopiah masuk ekdai nombor ekor~ (lari topik ke ni?)
bagi gua, isu orang melayu saja di heboh2kan. kenapa cina buat kita tak kecoh. contoh orang melayu rogol anak, kecoh senegara.walhal orang cina dah banyak jual anak dan sendiri pakai. Ada kecoh.
BalasPadamahha.
BalasPadamtahu takpe.
hurm.
entah.
bila benda haram dihalalkan
BalasPadampasti akan turun musibah
percayalah
haih...melayu semua benda taram..haram pown ley jadi halal...=(
BalasPadambetol tu bro,,,
BalasPadamaku mmg x setuju.....
gila ah,,
la;o camtu Pelacuran pun boleh ar dihalalkan??
peerhh kaw nye,,,hahaha
Ramai yang cetek ilmu, biasa nya bagi alasan, duit judi tu takkan diguna untuk makan. Tapi beli barang2 lain. Sebab dia tau judi tu haram dimakan! Tapi tak tau yg lain2 tu pun tetap haram.
BalasPadamTakde kebaikan pun judi ni. Mcam ko tulis kat atas tu..
nice points bro~betting pun termasuk judi jugak..huhu..ramai org tak sedar tuu
BalasPadamsalam..
BalasPadamsangatlah setuju dgn entri ni..
=)
dunia akhir zaman..
BalasPadamwat makan kat pakli duit tu lagi bagus
BalasPadamitulah manusia. hidup semua nak cepat senang je. biar lambat, yang penting rezeki yang kita dapat tu terjamin dunia akhirat.
BalasPadambetul kata tukang kata tu. macam2 bala yang akan datang nanti.
bersedia menerima bala
BalasPadamdah tahu namapun judi.. haram tetap haram r.. adalak dihalalkan.. hancur2..
BalasPadamkalau bukan pergi b'judi pon..org melayu ni kdg2 suke pergi beli no ekor...ape la percaya sgt dgn benda2 mcm 2!
BalasPadam*excited*
BalasPadambetting jom!!!
X)
xstuju sgt ngn najib!!
BalasPadamtanggungla ape yg die halalkn tuh!
Allah lbh mngetahui..
pemimpin bercelaru, rakyat jadi mangsa.
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com