Tak silap aku ini adalah entry aku yang pertama yang mengulas tentang buku atau novel yang aku baca. Sebelum nih aku ada beritahu aku beli 6 novel dan salah satu darinya ialah Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bekri. Aku beli dekat MPH sebelum tengok wayang Iron Man 2. Harga dia tak silap aku tak mahal pun. Dalam RM9 ker RM10 jer kut. Aku lupa sebab novel nih ada dekat rumah sewa dekat Shah Alam.
Aku sebenarnya beli novel nih sebab nak memanfaatkan MPH Member Card yang aku buat dengan harga RM20 kalau tak silap aku. Hahaha. Jadi, memang sakanlah aku borong. Lagipun dekat Alor Setar nih tak ada MPH. Ada Popular jer. Bosan betul. Baiklah. Aku nak cerita bagaimana aku tertarik nak beli novel nih.
Sebenarnya dah lama aku tak baca novel. Kali terakhir aku baca novel ialah novel Lagenda Budak Setan waktu Ahadiat Akashah datang ker Uitm Melaka sempena seminar penerbitan. Sebelum novel LBS, aku suka baca novel siri Yoyo karya Liena Afiera Malik dan novel - novel karya Ramlee Awang Murshid. Jadi, hari tu memang target nak beli novel. Saja usha - usha dan terpandang 1 rak nih. Ada satu sahaja lagi novel yang tinggal dekat rak tu.
Diari Mat Despatch? Macam comel - comel jer kulit buku novel nih. Sebab novel tu berbalut so tak dapatlah nak buka baca. Aku lihat di bahagian belakang. "Jika Anda Terjumpa Buku Ini, Sila Jangan Baca Kerana Ia Akan Memalukan Penulis...." Ada lagi tapi aku lupa. Sebab benda tu lah buat aku senyum sorang - sorang depan rak tu dan aku terus beli. Sampai rumah aku buka dan sekali lagi aku ketawa. Ketawa besar! Setiap helaian dia memang macam buku laporan sains. Ada garis - garis. Hahaha.
Aku baca helaian pertama dimana si Mat Despatch atau namanya Idlan Rayyan(bukan nama sebenar) nih kata dia tak mampu nak beli diari untuk dibuat diari. So, dia beli buku laporan sains yang panjang tu untuk dijadikan diari. Sumpah aku gelak baca. Dan memang bestlah. Aku habiskan novel nih tak sampai sehari. Lagipun novel nih taklah tebal macam novel - novel lain.
Aku bagi sinopsis novel Diari Mat Despatch nih. Novel ini mengisahkan Idlan Rayyan (bukan nama sebenar) yang berhadapan dengan kesukaran hidup sebagai mat despatch yang mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. Selain mengisahkan kisah hidup Idlan, ada juga diselitkan tip-tip Bahasa Melayu Tinggi.
Bagi aku ini pertama kali aku jumpa novel yang unik, kreatif, sempoi dan sangat jujur. Hahaha. Aku harap pihak penerbitan novel ini menerbitkan siri sambungannya dan aku pasti akan beli.
Serius, sangat kelakar.
P/S : Hanya Orang Skema Yang Baju Di Dalam Seluar Beserta Rambut Disikat Tepi Saja Yang Ada Diari = Salah Satu Ayat Dalam Novel Nih Yang Buat Aku Gelak Besar. Hahaha.
kalau hans terbitkan novel, bagitau sufy..org pertama baca nih..ahaha
BalasPadamehhhhhh baru hari tu g kinokuniya jumpa buku tuh, tertarik tgk buku tu sbb comel gila...tgk cover buku tu pun dah gelak..macam best je nak beli..rm9 je kan..
BalasPadamhehehe~
BalasPadamdah baca dah~
^^
haha~
BalasPadamterbitkan cerita antara dia , kau dan aku .
>.<
haha. cambest jer.
BalasPadamtgk cover pun da bole gelak.
haha..
bila ko nak buat novel bro?
BalasPadamaku baca ulasan ko pun dah tersenyum kambing...hahahha
BalasPadamhans : like juga la ayat tu, ada lagi ke buku tu???
BalasPadamx stuju!
BalasPadamsbb aku sikat tepi...
xde pn diari!
haha..
rambut aku pacak2 ade je diari...
BalasPadamhahahaha~~
aku nak cari lah nnt buku nih
BalasPadammcm best jek
tengkiu hans gitau
muah!
jgn segan ke laman sy yek
Awek kesepian, kamu sudi teman?
aku nk cri la novel ni..tp tnggu aku ada duit
BalasPadamnak pinjam !!
BalasPadamnext time aku kluar aku nak beli..sepatutnya buku2 camni harus dijual di pos ofis.barulah stylo.posmen pun boleh jual time nak hantar urat rumah ke rumah,
BalasPadamLatest Entri : Peristiwa Subuh
hahaha....nk g cri lah...meksh3...
BalasPadamhahaha....nk g cri lah...meksh3...
BalasPadamcumel la hai kulit buku dia. hahaha.. mesti lelaki tulis ni kan.. sempoi..
BalasPadamsungguh menarik nmpknye buku laporan sains itu ! :)
BalasPadamaku dah tertarik dah!heeehe..nanti aku nak cari gak!
BalasPadamdah lame aku tak bace novel. Ko wat aku tertarik utk beli buku nih :)
BalasPadamaku bukan seorg pembaca novel..tp cam menarik je review ko ni..haish
BalasPadamkasi aku pinjam ler...hehehe
BalasPadamPergh..mamam best jek.. MEsti Cari nih~
BalasPadamnak baca..ko xnak bagi aku pinjam ke??
BalasPadamThanks semua sudi komen dekat entry nih.
BalasPadamPada pandangan den, buku nih sangat menarik.
Cubalah beli. Tak mahal pun. Insyaallah anda semua terhibur.
Novel ker tu hans? Unik sangat cover dier tu.. Baru cover dah unik, apa lagi isi kandungan tu.. hehe
BalasPadamwaahh.. macam best je.. nak pinjam.. boleh?
BalasPadamMmg klakar novel ni. skali tgk trus tertarik nak beli.Ckp kt kwn nak beli kt adik, pdahal kakak yg syok lebih nak baca buku ni. heheh
BalasPadamMmg klakar novel ni. skali tgk trus tertarik nak beli.Ckp kt kwn nak beli kt adik, pdahal kakak yg syok lebih nak baca buku ni. heheh
BalasPadamtengah baca buku ni..tapi tak abes lagi sbb pinjam buku org..kah kah kah..
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com