Kemunculan beliau pada ketika itu memang langsung tidak di alu - alukan mereka yang masing - masing terlopong melihat wajahnya yang tidak pernah terukir langsung sekalipun senyuman.
Cikgu Azlan : Apa lagi yang korang semua memekak dalam ni? Ini kamu Danish! Atan! Saya cakap kamu berdua kena cuci tandas pelajar yang mana?
Atan & Danish : Tandas pelajar lelaki cikgu!
Cikgu Azlan : Bagus! Jawapan yang tepat! Habis tu??? Kenapa kamu menyemak dalam tandas pelajar wanita nih???
Mei Ling : Cikgu! Mereka tolong kami berdua lah cikgu! Kalau tak ada mereka tadi tak tahulah apa jadi sama saya serta Baiyah.
Cikgu Azlan : Tolong kamu berdua? Tolong apa??
Mei Ling : Cikgu Azlan! Tadi ada ular dalam bilik air nih cikgu. Warna hitam. Panjang! Nasib Atan tolong halaukan!
Cikgu Azlan : Apa?? Ular? Kamu nih biar betul Mei Ling! Macam mana boleh ada ular dalam bilik air nih? Mana ular tu pergi?
Atan : Ular tu dah keluar pergi ke sana cikgu! Tak tahulah mana dia menghilang. Nasib ada mop yang panjang nih! Kalau tidak tak tahulah apa jadi dekat si Mei Ling dan Baiyah nih tadi.
Cikgu Azlan : Wah! Bahaya betul nih! Sudahlah! Kamu semua tinggalkan tempat nih! Pergi balik! Nanti saya bagitahu tukang kebun suruh berhati - hati dan cari ular tu.
Danish : Kami boleh balik sekarang ker cikgu?
Siti Nurbaiyah : Eh, cikgu! Banyak lagi nih tak dibersihkan. Takkan cikgu nak suruh kami balik awal pula?
Cikgu Azlan : Sudah - sudah!! Jangan buat - buat rajin! Pergi balik! Bahaya tempat nih. Ada ular lah apalah! Entah - entah nanti Anaconda pun ada. Esok kamu semua datang awal! Jangan lupa!
Atan & Danish : Baik cikgu!
Mei Ling & Siti Nurbaiyah : Terima kasih cikgu!
Mereka berempat pun bergegas meninggalkan tempat itu dengan segera. Selepas dirasakan jarak mereka dengan Cikgu Azlan berada sudah tersangat jauh maka masing - masing bersorak riang diiringi gelak tawa yang cukup melucukan.
Siti Nurbaiyah : Oit, Atan! Terima kasih weih sebab selamatkan kitaorang dari kena maki lagi dengan orang tua tu. Penatlah aku dengar dia berleter. Mengalahkan mak nenek jer! Sakit telinga aku nih.
Atan : Sama - sama!
Mei Ling : Atan! Terima kasih kerana tolong saya. Saya mahu minta maaf pada awak!
Atan : Minta maaf? Minta maaf sebab apa?
Mei Ling : Saya nak minta maaf sebab saya dah...ouch!
Tiba - tiba mulut Mei Ling ditekup kuat oleh Siti Nurbaiyah yang datang dari arah belakang. Siti Nurbaiyah dengan muka tersenyum tanpa rasa bersalah terus mencelah perbualan antara Atan dan Mei Ling itu.
Siti Nurbaiyah : Dia nak minta maaf sebab menyusahkan kau Atan pergi flush kan 'ular' tu untuk dia.
Atan : Owh! Tak ada apalah! Aku tahu korang semua geli. Jadi, aku tolong jer lah flush kan. Tak ada hal lah!
Mei Ling : Bukan pasal itulah Atan. Sebenarnya..ouch!
Siti Nurbaiyah : Mei Ling nih aku rasa tak sihatlah Atan! Asyik nak bercakap jer dari tadi.
Danish : Kenapa awak tutup mulut Mei Ling tu dengan tangan awak Baiyah? Biarkanlah dia yang bercakap sendiri.
Siti Nurbaiyah : Erk...hurmm....erk...okay!
Mei Ling : Hish! Apalah Baiyah nih! Suka - suka jer tutup mulut saya waktu saya tengah bercakap! Hishhh!
Siti Nurbaiyah merasa risau kerana jika Mei Ling membocorkan rahsia kepada Atan tentang perbuatan mereka yang mendalangi kes memancitkan tayar basikal Atan itu selama ini maka tidak mustahil mereka berdua akan lebih teruk didenda oleh cikgu Azlan selepas ini.
Atan : Sebenarnya awak nak bagitahu apa dekat saya nih Mei Ling?
Mei Ling : Saya nak minta maaf sebab....sebab.....
Siti Nurbaiyah : Gulp!.......
To Be Continue...........
P/S :
Nantikan
Episod 33
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang!
Insyaallah!
Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.
uiksss...!!!
BalasPadammei ling mahu bocorkan rahsia ke???
huhuhu....
tapi kan...rasanya atan dah xmara kot....
hehehe...:)
sebab ape?? ko sambung la malam nih. sok siang aku takdo. uwaaaaaaa!!!!
BalasPadamdah jauh dah ceta ne ...but ok will follow ...: )
BalasPadamadeh smbung la pulak,, bru tgh besh nie
BalasPadamhttp://bukansaye.blogspot.com/
banyak tul unsur2 saspen...huhuhu
BalasPadamnext plz...
BalasPadamEpisod 33? hehehehe... aku ni tak menyabar betul
BalasPadambukan atan da tau ke yg me ling ngan baiyah yg bocorkan basikal dia?
BalasPadamhuhu...saspen2....ade ular plak....takot aku....:P
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com