Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 35

Siti Nurbaiyah : Yer lah! Yang kau tiba - tiba terkejut nih kenapa Myra?

Elmyra : Tak pernah - pernah kita main bola sepak. Ini tiba - tiba kau ajak main sah - sah lah aku terkejut. Jangan - jangan kau nih dah buang tebiat nak mampus agaknya Baiyah? Hahaha.

Siti Nurbaiyah : Cess! Mulutttt! Cepatlah pompuan weih! Nanti kang lewat! Aku dah lama tak main bola sepak nih!

Elmyra : Okay! Okay! Aku gi tukar baju kejap!

Siti Nurbaiyah : Okay!


Untuk menghilangkan kebosanan sementara menunggu Elmyra bersiap - siap maka Siti Nurbaiyah pun bersiul - siul di laman rumah Elmyra sambil melihat keadaan sekeliling. Tiba - tiba Elmyra muncul di hadapan pintu rumahnya. Siti Nurbaiyah pula tergamam seketika melihat penampilan Elmyra yang lain daripada biasa.

Siti Nurbaiyah : Oii Myra! Kau nih nak main bola sepak ker nak masuk pertandingan ratu sanggul? Adoi! Pakai seluar lah!!

Elmyra : Erkk! Aku tengok kau main jer lah Baiyah! Kaki aku sakitlah!

Siti Nurbaiyah : Hish! Banyak betul alasan ko nih! Adoi! Nih kau nak pergi sana dengan basikal kau ker atau kau nak tumpang aku?

Elmyra : Aku pergi dengan kau lah Baiyah! Kaki aku sakitlah! Macam mana nak kayuh basikal tu.

Siti Nurbaiyah : Mengada - ngada jer ko kan? Kaki sakitlah! Tangan sakitlah! Lepas nih apa lagi nak sakit pun tak tau lah! Aku tengok elok jer pun. Tak ada pula berbalut - balut kaki kau tu.

Elmyra : Okay lah! Aku tak payah pergi lah! Senang! Tak payah nak susah - susahkan sesiapa pun!!

Siti Nurbaiyah : Hahaha! Emo pula perempuan nih! Dah! Dah! Jom aku bawa! Hah! Naik cepat!

Elmyra : Tak apalah! Aku malaslah nak pergi! Kau pergi jer lah!

Siti Nurbaiyah : Haih pompuan nih! Gedik betullah hari nih! Cepatlah!! Dah setengah jam dah nih aku dekat sini!

Elmyra : Yer lah! Yer lah! Jom! Cepatlah! Tunggu apa lagi!

Siti Nurbaiyah : Hah! Kan senang! Ini tak! Banyak songeh betul! Okay! Tiba waktunya untuk Baiyah Rossi kembali beraksiii!!!! Yehaaaaaaaa!!

Elmyra : ...............


Akhirnya, mereka berdua tiba di sebuah padang yang luas di hujung kampung. Kelihatannya terdapat dua pasukan yang sedang berbincang sesama mereka untuk mencongak strategi masing - masing bagi mencapai satu misi penting - Kemenangan!

Firdaus : Hoi, Baiyah! Apa hal tiba - tiba kau datang sini?

Siti Nurbaiyah : Suka hati aku lah! Yang kau kecoh pehal???

Firdaus : Oii, Baiyah!! Ini padang tempat orang main bola sepak! Kau tahu kan bila sebut bola sepak mestilah yang main permainan nih budak - budak laki. Yang kau tu perempuan! Pergilah tempat lain! Ada fahammm??

Siti Nurbaiyah : Habis tu? Kenapa tiba - tiba kau suka - suka jer nak halau aku dari sini? Padang nih padang bapak kau ker?

Firdaus : Hoi, Baiyah!! Bapak - bapak kau jangan main yer!!

Elmyra : Sudahlah Baiyah! Jom lah kita balik!

Siti Nurbaiyah : Relaks lah Myra! Suka hati kita lah nak datang sini. Sibuk jer mamat nih!!

Firdaus : Hoi, Baiyah! Kau pergilah tempat lain! Pergi main masak - masak ker! Congkak ker! Batu seremban ker! Kahwin - kahwin ker!

Siti Nurbaiyah : Eh, suka hati aku lah nak datang sini ker tak nak datang ker? Bukan aku kacau kau pun! Yang kau tak puas hati dengan aku sangat nih kenapa? Takut kalau aku main bola nih nanti pasukan kau kalah?

Firdaus : Kau nak main bola? Hahahah! Woi, kawan - kawan! Budak pompuan nih kata dia nak main bola! Kaki pun pendek ada hati nak main bola! Hahahaha!

Budak - Budak Lain : Hahahahaha.

Siti Nurbaiyah : Belum cuba belum tahulah weih! Kalau kau berani jom lah kita lawan! Amacam? Ada berani?

Elmyra : Dah lah tu Baiyah! Jom lah balik!

Siti Nurbaiyah : Kalau kau nak balik...kau balik dulu Myra! Aku nak lawan dengan team M.P.B nih!

Elmyra : M.P.B?

Firdaus : M.P.B tu apa?

Siti Nurbaiyah : Kau diamlah Firdaus!

Firdaus : Hurmm! Sebab kau nak lawan dengan team aku jadi kau hanya boleh join team yang lagi satu nih jer lah. Itu pun kalau diorang nak ambil kau masuk dalam team diorang! Hahaha.


Siti Nurbaiyah pun berlari menuju kepada sekumpulan manusia iaitu pasukan lawan kepada pasukan Firdaus dengan pantas. Ketua pasukan itu ialah Asyraff.

Siti Nurbaiyah : Boleh tak aku nak join team korang? Please! Bagi aku masuk! Bolehlah weh!!

Asyraff : Hurm.......


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 36
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. baiyah masuk kan..then baiyah main dgn bgus..apa ingt org prmpuan xreti main ke? opss sy emo plak..hehe

    BalasPadam
  2. pasti boleh....

    dan pasti baiyah menang...

    caya lah cakap den...

    hehehehe....

    BalasPadam
  3. baiyah buat goda2 skit asyraf tu comform bg... hahah..

    BalasPadam
  4. wah banyak betullah masa kaumenulis kan...hehe

    BalasPadam
  5. hans.. citer nie sampai berapa episod.... heheheheehe dah lama tak baca.. sajek tunggu kasik abess.. baru best mau bacaa... heheheheheehhe

    klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ...

    BalasPadam
  6. baiyah kene pakai seksi2 sikit..huhu

    BalasPadam
  7. baiyah main bola..jeng..jeng..jeng...

    BalasPadam
  8. haha, lawak betui..kecoh ja budak 2 org tue...nknjugak men bola...haha

    BalasPadam
  9. go baiyah! i love u! dari dulu lagi :D

    BalasPadam
  10. hahahaha aku xphm betul.asal pompuan je,main congkak,main kawen2,main masak2.

    BalasPadam
  11. confirm asyraff kasi kan2? :)

    BalasPadam
  12. wooo....baiyah main bola beb...

    msti menang....

    kaki dia kan mcm messi....

    hehehehe.....

    nape myra xjoin skaki ek??

    teruk ke luka dikakinya...?

    baiyah...chayok2...!!

    BalasPadam
  13. baru aku berkesempatan baca cte ko ni hans sbb sblm ni sibuk sikit... eh! ape jd kat baiyah? dia dpt main x????

    BalasPadam
  14. overall comment stkt ni..
    cite nih best..tp kn..asl bdk2 tu bru 11 thn? xsyokk la...
    neway,,danish tu cool la..i like..
    cpt smbg ye..waiting~

    BalasPadam
  15. wah..best nyer citer ni..setengah jam lebih sy khatamkan bab 1 hingga bab 35 ni..best giler..hans x nak buat novel ker? kalau buat novel, gerenti best seller nyer..x sia-sia blogwalking kat sini..
    from:Iqah Irah(fb),Fiqah
    p/s: novel addicted. citer ni memang best..thumb ups!

    BalasPadam
  16. wah..best nyer citer ni..setengah jam lebih sy khatamkan bab 1 hingga bab 35 ni..best giler..hans x nak buat novel ker? kalau buat novel, gerenti best seller nyer..x sia-sia blogwalking kat sini..
    from:Iqah Irah(fb),Fiqah
    p/s: novel addicted. citer ni memang best..thumb ups!

    BalasPadam
  17. nak tunggu episod yang seterusnya. =))

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama