Asyraff : Baiklah! Aku benarkan kau main! Lagipun team kitaorang memang tak cukup orang hari nih. Tapi, kau nih serius ker nak main bola dengan kami semua nih?
Siti Nurbaiyah : Asal? Kau pun tak yakin perempuan macam aku nih boleh main bola sepak?
Asyraff : Eh, bukan aku tak yakin tapi aku takut nanti apa - apa jadi dekat kau macam mana? Lagipun, kitaorang nih kasar sikit bila main bola sepak nih. Kau tak takut?
Siti Nurbaiyah : Kau jangan risaulah mat! Ini Baiyah Rossi! Setakat main bola sepak nih tak adalah ganas mana pun. Kau cool jer okay?
Asyraff : Owh, nama kau Baiyah Rossi? Wah, macam nama Mat Salleh lah nama kau.
Siti Nurbaiyah : Erkk! Hahaha. Yang Baiyah tu nama aku lah. Yang Rossi tu sajalah aku letak. Kasi orang cuak sikit bila dengar nama aku. Hahaha.
Asyraff : Hahaha. Okay! Macam tu aku letak kau dekat bahagian middle lah yer Baiyah Rossi!
Siti Nurbaiyah : Aaaa....aaaapa? Bahagian middle? Pehal plak lu nih mat? Takkan letak gua dekat bahagian tengah kut. Tak best lah!!
Asyraff : Erk!! Habis tu kau nak main dekat posisi mana? Defender?
Siti Nurbaiyah : Tak best lah! Aku nak main bahagian lain!
Asyraff : Kau nak jadi penjaga gol? Kau nih biar betul?? Hish!! Jangan merepeklah!
Siti Nurbaiyah : Bukanlah!! Aku nak jadi penyerang!
Asyraff : Apa?? Penyerang?? Kau nak jadi penyerang?
Siti Nurbaiyah : Kenapa? Kau pun macam si Firdaus tu juga ker? Pandang rendah pada aku sebab aku nih perempuan?
Asyraff : Eh, bukan macam tu! Jangan samakan aku dengan mamat tu. Aku lain!
Siti Nurbaiyah : Kalau betul kau tak sama macam mamat tu...kau letaklah aku dekat posisi penyerang untuk pasukan kau!
Asyraff : Hurm! Aku pergi bincang kejap dengan budak - budak lain. Kau tunggu sini yer!
Siti Nurbaiyah : Okay!
Sementara Asyraff sedang berbincang dengan rakan - rakan sepasukannya yang lain, Elmyra pula datang menghampiri Siti Nurbaiyah dengan wajahnya yang berkerut tanda tidak bersetuju dengan pilihan rakannya itu untuk bermain bola sepak bersama budak - budak lelaki kampung mereka.
Elmyra : Kau nih betul - betul ker nak main bola sepak nih Baiyah?
Siti Nurbaiyah : Ish! Betul lah Myra! Takkan aku main - main plak. Tengok muka aku nih! Muka serius kut!
Elmyra : Kalau tengok muka kau ibarat aku sedang tengok filem sedih tetapi filem tu buat aku ketawa. Haha!
Siti Nurbaiyah : Cisss!
Elmyra : Kau tak takut ker kalau mak kau dapat tahu? Mahu dia mengamuk lagi macam dulu - dulu waktu dia tahu kau main bola sepak dengan budak - budak lelaki nih.
Siti Nurbaiyah : Hish! Takkan mak aku tahu punya kalau tak ada orang bagitahu. Relaks sudahh!
Elmyra : Buatnya mak kau tahu macam mana?
Siti Nurbaiyah : Aku cari kau dululah Myra! Hahaha.
Elmyra : Eh, pehal plak kau cari aku? Apa kena mengena aku dengan hal nih plak.
Siti Nurbaiyah : Sah - sah lah kau yang bagitahu mak aku. Hahaha.
Elmyra : Ewah - ewah! Sedap jer mulut kau tuduh aku macam tu kan. Nih yang dekat padang nih! Ada lebih 22 pasang mata yang tengok kau main bola sepak tau hari nih. Mereka semua nih ada potensi untuk ikut jejak langkah Makcik Timah dengan Makcik Joyah sebagai ahli baru mesyuarat tingkap kalau kau nak tahu.
Siti Nurbaiyah : Hurm! Aku malaslah nak fikir Myra. Yang aku tahu sekarang aku nak kalahkan pasukan Firdaus tu. Itu jer misi aku sekarang!
Elmyra : Kenapa yang kau marah sangat dekat si Firdaus tu Baiyah?
Siti Nurbaiyah : Sebab mamat tu Poyo! Sombong! Bongkak! Takbur! Angkuh! Perasan handsome! Busuk! Bongok....
Elmyra : Eh, dah lah tu! Buat tambah dosa kau jer Baiyah! Hish! Marah betul kau dengan dia yer! Jangan lepas nih kau jatuh cinta dengan dia sudah! Hahaha.
Siti Nurbaiyah : Hello! Excuse me! Mamat tu kau bagi free pun aku tak mau lah! Hishhh!
Elmyra : Ek eleh! TAK MAHU KONON!!! Tak percayalah aku!
Siti Nurbaiyah : Tapi, kalau si Mat tu macam okay lah juga! Handsome! Hehe! Eh! Dah! Dah! Jangan ganggu aku! Aku tengah fokus nih!
Elmyra : Ciss! Fokus apa kebendanya! Mata kau tu aku tengok asyik pandang si Firdaus tu jer dari tadi!
Siti Nurbaiyah : Ini namanya peperangan psychology! Salah satu cara untuk menakutkan musuh! Kau apa tau!!
Elmyra : Hahahaha! Jangan kata musuh! Aku pun tak takutlah Baiyah! Hahaha.
Siti Nurbaiyah : Bisinglah kau!!
Kemudian, Asyraff datang menghampiri mereka berdua dengan wajah yang tidak dapat digambarkan apa perasaannya ketika itu. Mungkin sekarang dia sedang gembira atau mungkin sedih atau pun sedang gundah gulana atau mungkin juga dia memang tiada apa - apa perasaan pun ketika itu.
Asyraff : Baiklah! Kau jadi penyerang!
Siti Nurbaiyah : Betul nih? Yes! Thanks weih Mat sebab kau bagi peluang dekat aku! Nih aku sayang kau nih...eh? Nih aku suka team kau nih!
Elmyra : ..............
Asyraff : Tapi rakan - rakan lain bagi kau peluang dalam 15 minit jer tau. Kalau kau main okay kitaorang akan suruh kau stay dengan team kitaorang tapi kalau kau main tak bagus...kau terpaksalah keluar dari team kitaorang. Amacam?
Siti Nurbaiyah : 15 minit? Lebih dari cukup lah tu! Okay! Aku akan main dengan bersungguh - sungguh petang nih.
Elmyra : Erk! Tumpang tanya yer saudara bernama Mat! Si pompuan nih main dalam pasukan awak sebagai apa?
Asyraff : Nama saya bukan Mat! Nama saya Asyraff! Boleh panggil Acap! Owh, Baiyah ini main di posisi penyerang!
Elmyra : Apa? Penyerang? Kau dah gila ker Baiyah?
Siti Nurbaiyah : Hehehehehehe......
To Be Continue...........
P/S :
Nantikan
Episod 37
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang!
Insyaallah!
Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.
aku sedia menanti,hehe
BalasPadamselesai membaca...
BalasPadammakin menarik....
tak sabar bak tgk aksi baiyah rossi...
hehehehe...:)
ko sajakan buat aku tertarik dgn watak baiyah nikan.. hhaha.. aku tggu..
BalasPadamakan ku tunggu..detik tiba saat itu~~
BalasPadamhahahah..best giler...thumbs up to the writer.. :)
BalasPadamsambung lagi~
biar btul baiyah jadi penyerang?mampukah dia?sama2 kita tunggu hehe..
BalasPadamorang tak panggil middle, orang panggil centre.
BalasPadamcpt2 wat episod 37.. heeh
BalasPadamapa agaknya jadi kat baiyah tu..
aku main hockey. :-P
BalasPadamrajin ko kan? bgs bro. nt dptla pembace setia. ak xleh nk wt cm ko cz xpandai.hehe
BalasPadamadakah baiyah ader bakat untuk main bola sepak?
BalasPadambolehkah baiyah menahan bola dan menyepak bola itu?
kene tunggu ni..mungkin baiyah bakal jd pemain bola sepak wawnita kmpung dia..huhuh
banyaknya gua tertinggal episod..
BalasPadamapacer lah si baiyah tue..
nanti gua terjah ep before..
hebat baiyah nih hehee
BalasPadambaiyah main dalam posisi peyerang? hahhaha boleh ke?
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com