Antara Dia,Kau Dan Aku - Episod 31

Danish : Eh, kenapa dengan awak nih Mei Ling? Asal awak tiba - tiba menjerit nih?

Atan : Apa yang kau jeritkan sangat nih Mei Ling? Macam nampak hantu jer. Aku tengok tak ada apa - apa pun dalam nih.

Siti Nurbaiyah : Mei Ling kata dalam tu ada ular! Saya pun tak berani nak buka pintu bilik air tu lah Danish!

Mei Ling : Ada ularrrrrrrrr!!!!! Saya takut lahhhh!!

Danish : Eh, mana ular tu? Dekat dalam bilik air nih ker?

Mei Ling :  Ar ar!! Dalam bilik air tu!!! Ada ular dalam mangkuk tandas!! Saya rasa ular senduk lah!! Takuttt!!

Atan : Biar aku periksa!!

Danish : Eh, janganlah Atan! Bahaya tu! Biar kita panggil cikgu Azlan ker tukang kebun ker.

Mei Ling : Ialah Atan! Bahaya! Jangan!

Atan : Tak apa. Jangan risau!


Atan pun membuka pintu bilik air secara perlahan - lahan sambil mengendap - ngendap ke dalam untuk melihat dimana kelibat ular itu berada sekarang. Tiba - tiba Atan menghembus nafas yang panjang sambil merenung langit. Seperti ada rasa kecewa di riak wajahnya ketika itu.

Danish : Kenapa Atan? Ada ular ker dalam tu? Dekat mana dia duduk sekarang?

Atan : Kau tengoklah sendiri Danish. Aku tak ada mood nak cakap lah!

Danish : Taknak lah aku! Aku tak berani!

Siti Nurbaiyah : Biar aku lah yang tengok! Asal muka Atan nih relaks jer! Mesti bukan ular nih!


Siti Nurbaiyah pun mengorak langkah perlahan - lahan menuju ke arah pintu bilik air itu. Walaupun riak wajah dan langkahnya menunjukkan tahap keberaniannya adalah tinggi tetapi di dalam hati hanya dia sahaja yang tahu. TAKUT!!! 

Sebentar tadi Atan dan kali ini Siti Nurbaiyah pula berkelakuan sama. Wajah yang penuh dengan rasa ingin tahu tadi secara drastik bertukar kepada rasa kecewa dan sedikit marah.

Siti Nurbaiyah : Aiyo nyonyaaaaaaaa!!! Apa kebendanya ular nyonya oittt!! Kalau ular dah lama dah kau mati kena patuk!! Adess!! Jerit jer lebih!! Apa daaaa!!

Danish : Eh, bukan ular ker? Habis tu apa yang dekat dalam tu Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Awak tengoklah sendiri Danish! Saya pun malas nak cakap! Tak ada mood!!

Danish : Haih! Apa bendalah dalam tu yer! Astafirullahalazim! Mei Ling! Ini bukan ular! Ini lingkaran ubat nyamuk versi menegak kalau awak nak tahu!

Mei Ling : Aiya! Bukan ular ka?

Siti Nurbaiyah : Itu tahi lah Mei Ling! Tengok betul - betul mulut aku nih. T....A......H....I.....TAHI!

Mei Ling : Aiya! Saya fikir tadi itu ular. Banyak terkejut owh!

Siti Nurbaiyah : Pengotorlah diorang nih!! Celaka!! Berak tak reti nak flush!! Aku tahu siapa yang buat perkara terkutuk nih memang aku sula dia hidup - hidup. Cis!!

Danish : Habis tu? Siapa yang nak flush 'ular' tu?

Siti Nurbaiyah : Mei Ling! Sebab kau yang jumpa dulu jadi kau lah flush kan. Itu tanggungjawab kau. Kan Danish?

Danish : Betul tu!

Mei Ling : Tak mahulah! Saya gelilah! Awak tolong saya boleh tak Danish?

Danish : Erk...saya pun geli lah Mei Ling!

Mei Ling : Adoi! Kalau awak tak tolong saya nanti Cikgu Azlan datang. Kita semua kena marah maa!!


Tiba - tiba kedengaran bunyi pam air mengepam mangkuk tandas di dalam bilik air tadi. Mereka bertiga serentak memerhatikan bilik air tersebut dan terpandang kelibat Atan di situ dan serta merta terbit rasa kagum di hati masing - masing.

Mei Ling : Wah, hebatlah kamu Atan!

Siti Nurbaiyah : Ar ar! Hebatlah kau weih! Aku bangga dengan kau!

Atan : Erk? Apa yang hebatnya?

Danish : Kau selamba jer pergi flush benda tu kan? Hebat lah kau! Serius aku kagum!

Atan : Itu pun hebat ker? Flush jer pun!


Belum sempat mereka berborak lebih panjang tiba - tiba.........


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 32
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahahaha....tahi disngkanya ular..

    hampeh punya mei ling...

    wat suspen den ja....

    erm...rasanya yg dtg tu...

    myra....

    dia dah penat mnunggu....

    xpun mama meiling tu...

    ermmm....

    BalasPadam
  2. rupanya cite ni ko reka sendiri

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Alat Pengesan Laptop Di Kereta"

    BalasPadam
  3. ah Mei Ling, buat saspen jer.....

    BalasPadam
  4. ko jangan r buat cikgu azlan tu datang. penat la aku dengar dia marah heheeee

    BalasPadam
  5. best cter ni..teruskan usaha :)

    BalasPadam
  6. best..!!
    dun 4get 2 continue dis story.. :)))

    http://ichazaini.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. hans agak2nya lagu apa yang sesuai tuk cerita ni? hehe :)

    BalasPadam
  8. huwaaa. nak follow citer nie, tp, dah banyak episod pulakk. huhu.

    BalasPadam
  9. hans.
    aku first time baca ni.
    kikiki.
    ular mcm tahi ek? =))

    BalasPadam
  10. eiii...jejek!
    Hans kalau rajin wat tag kat umah akak..haha

    BalasPadam
  11. hans, vee letak link hans dekat blog vee ye...
    :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama