Besarnya Kapal Nih! - Part 4

Zaqhrie : Hamba masih belum mengemas barang hamba! Pada pandangan tuan hamba berdua adakah sempat hamba menaiki kapal ini jika hamba pulang ke rumah terlebih dahulu untuk mengambil pakaian hamba?

Budiman : Hamba rasa tuan hamba masih sempat pulang kerumah untuk mengambil baju tuan hamba. Mari kita pulang segera!

Faruqi : Ayuh tuan hamba berdua. Nanti saudara Zaqhrie kita ini lewat pula untuk menaiki kapal besar itu.

Zaqhrie : Mari cepat tuan hamba berdua. Hamba takut hamba tidak sempat pula untuk melihat apa yang ada di dalam kapal besar itu.


Mereka bertiga pun bergeraklah ke rumah Zaqhrie dengan pantasnya. Setibanya mereka di hadapan rumah Zaqhrie maka seraya itulah Zaqhrie melompat dari basikal dan terus berlari memasuki rumahnya.

Ibu Zaqhrie : Kenapa dengan kamu wahai anakanda ku? Bonda lihat kamu tergesa - gesa sebegini rupa. Apa kamu mahu kemana sebenarnya wahai anakanda ku?

Zaqhrie : Bonda ku! Anakanda mahu pergi belayar jauh mengelilingi dunia dengan sebuah kapal besar yang sekarang sedang berlabuh di sungai sana. Apa bonda mahu membenarkan anakanda pergi belayar?

Ibu Zaqhrie : Adakah anakanda sudah tidak sayangkan bonda lagi hingga sanggup meninggalkan bonda keseorangan disini?

Zaqhrie : Wahai bonda ku yang ku sayang sepenuh hatiku ini. Anakanda sebenarnya tidak sanggup untuk meninggalkan bonda berseorangan di sini. Namun, anakanda juga mahu mengejar cita - cita anakanda belayar mengelilingi dunia. Sebab itu anakada mahu meminta izin dan restu dari bonda. Apa bonda mahu benarkan anakada pergi belayar? Jika bonda tidak benarkan maka anakanda tidak akan pergi walaupun anakanda tahu peluang untuk anakanda belayar di kemudian hari memang tidak ada.

Ibu Zaqhrie : Berikan masa bonda berfikir dahulu wahai anakanda ku.


Sedang ibu Zaqhrie berfikir di dalam bilik tiba - tiba muncul Budiman dan Faruqi di belakang Zaqhrie.

Budiman : Wahai tuan hamba! Kenapa begitu lama tuan hamba mengemas barang? Kita sudah tidak ada masa wahai saudaraku.

Faruqi : Apa yang dikatakan saudara Budiman itu sangatlah benar wahai saudaraku Zaqhrie. Apa tuan hamba tidak jadi pergi belayar dengan kapal besar itu?

Zaqhrie : Hamba sedang menanti jawapan daripada bonda hamba.


Tiba - tiba keluarlah ibu Zaqhrie sambil air matanya tidak henti - henti jatuh berlinangan membasahi pipinya yang mulus itu.

Ibu Zaqhrie : Bonda telah membuat keputusan dan bonda harap anakanda menerima keputusan bonda dengan redha. Bonda rasa anakanda.....



To Be Continue.....

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. arghhhhh!!!!! tensen akuh...
    lg tensen dari jwp soklan akaun..cett...
    ckp jer la ni siri terbaru cerita dongeng hans kn senang..huk3

    BalasPadam
  2. confirm mak dia kasi punye la. kan??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama