Zaqhrie : Adakah bonda tidak membenarkan anakanda pergi belayar? Jikalau begitu anakanda redha dengan keputusan bonda.
Budiman : Mungkin kali ini bukan rezeki tuan hamba. Banyak - banyak bersabar wahai saudaraku.
Faruqi : Hamba rasa adalah lebih baik jikalau tuan hamba mendengar sendiri keputusan itu dari mulut bonda tuan hamba sendiri tanpa membuat sebarang andaian.
Ibu Zaqhrie : Betul kata sahabat anakanda itu. Bonda sebenarnya membenarkan anakanda untuk pergi belayar di lautan sana namun bonda harap anakanda tidak akan melupakan bonda di sini.
Zaqhrie : Anakanda tidak akan sesekali berlaku kejam terhadap bonda sehingga tergamak melupakan bonda di sini. Jangan risau! Insyaallah anakanda akan pulang kembali ke sini jika Allah mengizinkan umur anakanda panjang wahai bondaku. Anakanda berharap agar bonda mendoakan keselamatan anakanda di sana.
Ibu Zaqhrie : Jangan risau anakanda ku! Bonda akan sentiasa mendoakan anakanda pagi dan malam.
Budiman : Bagaimana pula dengan waktu petang?
Faruqi : Wahai saudaraku Budiman! Adalah tidak baik jika tuan hamba mengganggu percakapan orang lain tambah - tambah jika orang itu lebih berumur daripada kita wahai saudaraku.
Budiman : Maafkan hamba!
Zaqhrie : Baiklah Bonda! Anakanda pergi dulu yer! Selamat tinggal bonda!
Ibu Zaqhrie : Baiklah! Selamat jalan anakanda! Hati - hati di sana nanti! Jangan lupa solat! Jaga makan minum! Jaga diri baik - baik yer di sana.
Mereka bertiga pun bertolak kembali ke sungai berdekatan pasar basah tadi. Setibanya di sana kelihatan kapal besar itu sudah tidak kelihatan lagi di sungai itu.
Zaqhrie : Eh, kemanakah kapal itu menghilang wahai tuan hamba berdua?
Budiman : Hamba pun kurang pasti.
Faruqi : Apa kata jikalau tuan hamba bertanya kepada si orang tua itu.
Zaqhrie pun mendekati lelaki tua itu tadi dan dengan sopan menegur orang tua itu dengan lembut dimulai dengan memberi salam terlebih dahulu.
Zaqhrie : Assalammualaikum!
Orang Tua : Waalaikumsalam! Uhuk - uhuk! Owh, anak muda! Ada apa - apa yang boleh pakcik bantu?
Zaqhrie : Hamba mahu tumpang bertanya. Pakcik tahukah kemana kapal besar itu pergi?
Orang Tua : Owh, kapal besar itu sudah pun belayar sebentar tadi. Kenapa kau bertanya wahai anak muda?
Zaqhrie : Apa? Kapal itu sudah pergi belayar?
To Be Continue.....
laaaa...
BalasPadamterlepas jewk..
pg la kejar..
hahahahahaha
uik...besambung lak...adoi...tgh bes bace......ok....sabar nie
BalasPadamowh..upenyer ader siri terbaru..klasik punyer..baru perasan...ehehehe...syok bce nih...:P
BalasPadamsabau je la sambung le plak lg hahaha..
BalasPadamjenuh bace dr part 1 :)
BalasPadamasal laa ko nie kejam sangat hans!! ksian dia tak sempat naik :( cepat2 suh kapal tu patah balik heheee
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com