Orang Tua : Wahai anak muda! Nampaknya engkau telah terlepas peluang untuk menaiki kapal besar itu!
Zaqhrie : Arghhh! Tidak mungkin! Kenapa semua ini berlaku kepada aku?
Budiman : Kenapa dengan tuan hamba? Dari jauh hamba lihat tuan hamba seperti sedang bermuram durja sahaja.
Faruqi : Hamba pun perasan riak wajah tuan hamba seperti orang yang bagaikan dilanda kecewa yang amat sangat. Kenapa saudaraku?
Zaqhrie : Hamba tidak dapat menaiki kapal besar itu wahai saudaraku sekalian. Hamba tidak dapat menunaikan cita - cita hamba sendiri mahu pergi belayar mengelilingi dunia yang luas ini sedangkan hamba sudah pun memperoleh peluang keemasan ini. Hamba gagal! Hamba gagal wahai saudaraku! Hamba sangat kecewa!
Budiman : Hamba rasa tuan hamba tidak gagal. Tuan hamba masih punya peluang!
Zaqhrie : Peluang apa lagi yang hamba ada wahai saudaraku Budiman? Hamba sudah tidak berpeluang lagi untuk merasai nikmatnya pergi merentas lautan yang luas itu sambil ditemani pemandangan matahari terbit dan terbenam di lautan biru yang indah. Peluang hamba sudah pun tertutup. Sudah tertutup wahai tuan hamba!
Budiman : Siapa kata peluang tuan hamba sudah tertutup? Hendak seribu daya wahai saudaraku Zaqhrie.
Zaqhrie : Apa maksud tuan hamba?
Faruqi : Maksud saudara Budiman itu ialah masih belum terlambat jika tuan hamba mahu mengejar kapal besar itu. Mungkin kapal itu akan berlabuh di mana - mana buat seketika waktu. Maka disitu tuan hamba masih berpeluang untuk menggapai cita - cita tuan hamba dengan menaiki kapal besar itu.
Zaqhrie : Perlukah hamba mengejar kapal besar itu sedangkan kapal itu bergerak terlampau pantas wahai saudaraku. Mustahil! Mustahil apa yang kalian bicarakan ini!
Budiman : Percayalah! Tuan hamba masih belum terlewat. Pergilah sekarang saudaraku. Hamba mendoakan tuan hamba dapat menunaikan impian yang sudah lama terbuku di hati tuan hamba itu.
Faruqi : Cepat saudaraku! Tuan hamba masih punya waktu untuk mengejar kapal besar itu!
Zaqhrie : Jikalau begitu kalian doakan perjalanan aku sentiasa dilindungi Allah dan aku selamat menaiki kapal besar itu yer. Aku pergi dulu. Assalammualaikum!
Budiman & Faruqi : Waalaikumsalam.
To Be Continue.....
bila mau abis daa...
BalasPadamusaha!
BalasPadamkapal ape?
BalasPadamdrama pendekar kah?
BalasPadamapakah di sebalik crte kapal besar nih?
BalasPadammsh belum dapat memikirkan crte2 dan motif2 tg seterusnya
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com